omniture

PHBS Kampus UK Sambut Ulang Tahun ke-125 Peking University

Peking University HSBC Business School
2023-06-29 15:56 117

SHENZHEN, China, 29 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Kampus UK Peking University HSBC Business School meraikan ulang tahun ke-125 Peking University dan dalam masa yang sama turut menyambut ulang tahun kelima kampus satelit di Boars Hill, Oxfordshire.

Sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut, sebuah forum yang bertajuk "Cabaran Baharu dan Permintaan Baharu untuk Pengajian Perniagaan di Peringkat Pengajian Tinggi" telahpun diadakan, menarik minat lebih 200 ilmuwan dan peserta daripada universiti dan institusi ternama di seluruh dunia. Para hadirin melibatkan wakil-wakil daripada University of Oxford, London School of Economics and Political Science, University College London, University of Bristol, China Construction Bank Cawangan London dan QS World University Rankings Education Consulting Research Institute.

Forum Ulang Tahun
Forum Ulang Tahun

Semasa ucapan pembukaan, Profesor Wen Hai, dekan pengasas PHBS, mengetengahkan usaha kolaboratif yang telah membentuk kampus PHBS-UK sepanjang lima tahun lalu. Beliau menekankan peranan penting oleh kampus tersebut dalam memajukan matlamat pengantarabangsaan kedua-dua PKU dan PHBS, menggalakkan pertukaran akademik antara China, UK dan Eropah.

Selepas ucapan pembukaan, forum tersebut diteruskan dengan ucaptama yang disampaikan oleh ahli-ahli profesional dan pakar-pakar terkemuka dalam bidang masing-masing. Cik Rebecca Leung, pengarah Hal Ehwal Rantau Besar China HSBC, merenung tentang sokongan sekian lama HSBC untuk PKU dan PHBS serta kepentingan menggalakkan pertukaran Sino-British. Daniel Kahn daripada QS World University Rankings membentangkan tentang penurunan permintaan terhadap pendidikan perniagaan antarabangsa dalam kalangan pelajar Cina.

Selepas ucaptama tersebut, forum berkenaan memudahkan perbincangan antara ilmuwan dan tetamu, meneroka cabaran dan peluang dalam pendidikan perniagaan dari pelbagai perspektif. Profesor Soumitra Dutta, dekan Saïd Business School di University of Oxford, menekankan keperluan terhadap pendidikan perniagaan untuk beradaptasi dengan impak kecerdasan buatan dan sains data raya. Profesor Neil Mclean, pengarah Jabatan Bahasa dan Komunikasi di London School of Economics and Political Science, menegaskan kepentingan persefahaman dan pembelajaran bersama antara budaya-budaya berbeza dalam pendidikan perniagaan, sementara Profesor Alessandro Spano, pengarah China Centre di University College London, menekankan keperluan untuk pendidikan silang-budaya. En. Aimin Yang, pengurus besar China Construction Bank Cawangan London, menekankan kepentingan memupuk bakat perniagaan kompaun dan Profesor Palie Smart, dekan Sekolah Pengurusan University of Bristol, menekankan keperluan terhadap pendidikan dan kerjasama antara disiplin.

Profesor Pengfei Wang, timbalan dekan Peking University Shenzhen Graduate School dan dekan PHBS, mengakhiri persidangan dengan menekankan kepentingan untuk membincangkan cabaran yang dihadapi oleh pendidikan perniagaan pada awal revolusi perindustrian keempat.

Ucapan penutup, disampaikan oleh Profesor Paolo Tasca daripada University College London dan pengasas-bersama DLT Science Foundation, mengumumkan geran yayasan tersebut bagi menyokong teknologi kewangan dan penyelidikan blok rantai PHBS-UK.

Profesor Hai menyampaikan syarahan tentang ekonomi Cina
Profesor Hai menyampaikan syarahan tentang ekonomi Cina

Satu lagi sorotan sambutan ulang tahun tersebut, satu syarahan yang bertajuk "Ekonomi China: Keadaan Semasa dan Masa Depan" yang disampaikan oleh Profesor Wen Hai, menarik minat ramai orang untuk hadir. Profesor Hai berkongsi pandangan beliau tentang prospek makroekonomi China dan cabaran berpotensi dalam pertumbuhan masa depannya.

Sambutan ulang tahun tersebut menawarkan detik yang sesuai untuk pelajar, ilmuwan, fakulti dan alumni meraikan pencapaian PHBS-UK dan Peking University serta terus menjejaki cabaran baharu dengan baik untuk pengajian perniagaan di peringkat pengajian tinggi.

Source: Peking University HSBC Business School
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)