omniture

Uber memilih teknologi eSIM Valid untuk perkhidmatan terhubungnya di seluruh dunia

Valid
2023-06-29 20:00

MADRID, 29 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Uber, sebuah syarikat gergasi teknologi yang membantu menghubungkan dunia fizikal dan digital untuk menggerakkan manusia dan benda dengan hanya menekan butang di lebih 10,000 buah bandar di seluruh dunia telah mengguna pakai mioSIM eSIM Valid untuk melaksanakan penyelesaian teknologi UberSIM mereka.

Uber_Announcement
Uber_Announcement

MioSIM eSIM Valid disepadukan dengan platform penyelarasan ketersambungan ConnectedYou yang unik yang turut merangkumi perisian Peruntukan SIM Jarak Jauh Valid yang membolehkan pengurusan ketersambungan berbilang pembawa di seluruh dunia untuk Uber merentasi semua pengendali mudah alih dalam ekosistem UberSIM.

Penyelesaian UberSIM ini membolehkan pelbagai kes penggunaan IoT Uber untuk kekal terhubung kepada perkhidmatan dengan lancar manakala ekosistem Uber mendapat manfaat daripada fleksibiliti yang dicipta oleh seni bina ini untuk mendapatkan kos dan kualiti yang terbaik.

Dengan mematuhi spesifikasi terkini GSMA, teknologi eSIM tercanggih Valid memperkasakan para pelanggan kami dengan penyelesaian yang saling kendalian dan cekap bagi mempermudahkan rantaian bekalan mereka untuk akses ketersambungan serta mengurus atau menukar langganan ketersambungan tanpa mengira lokasi peranti dari jarak jauh secara langsung daripada perkhidmatan yang pantas dan sangat selamat.

Matlamat Uber untuk produk UberSIM adalah untuk mencipta pengalaman terhubung dan kualiti perkhidmatan yang tiada tandingan dengan menyampaikan ketersambungan yang lancar untuk semua penggunaan IoT Uber di seluruh dunia. Melalui penyelesaian ini, Uber mampu mengendalikan satu SKU UberSIM global yang dapat memudahkan operasi mereka dengan amat besar di lebih 70 buah negara.

"Dengan akses kepada berjuta-juta peranti terhubung, kami memerlukan model perniagaan kedai sehenti untuk menangani kemas kini secara jarak jauh dan memperkemas ketersambungan peranti di seluruh dunia dengan cara yang mudah. Penyelesaian Valid menawarkan cara untuk memudahkan operasi kami dan menyediakan keselamatan kepada peranti terhubung kami sambil melaksanakannya." kata Rahul Vijay dari Uber.

"Kepakaran kami dalam menyediakan penyelesaian saling kendali eSIM memberi kami latar belakang yang mencukupi untuk dapat menyediakan, menguji dan memberi perkhidmatan dalam masa yang pantas, sambil memenuhi syarat khusus Uber. Bekerjasama dengan syarikat gergasi seperti Uber dan dengan penyedia perkhidmatan ketersambungan tangkas seperti ConnectedYou menggambarkan strategi berteraskan pelanggan eSIM Valid dengan sempurna yang bertujuan untuk menyokong para pelanggan kami menawarkan perjalanan digital yang lebih baik semasa pelaksanaan eSIM yang menghubungkan antara penyedia ketersambungan dengan OEM. '' kata Salvador Cabrera, Ketua Pegawai Operasi Valid Mobile, Valid. 

Tentang Uber 

Uber ialah sebuah syarikat teknologi yang menghubungkan dunia fizikal dan digital untuk membantu menjadikan pergerakan berlaku dengan menekan butang.

Idea untuk Uber telah lahir pada malam bersalji di Paris pada tahun 2008 dan sejak itu DNA imaginasi semula dan ciptaan semulanya diteruskan. Uber telah berkembang menjadi sebuah platform global yang menguasakan penjanaan pendapatan yang fleksibel dan pergerakan manusia dan benda dalam cara yang sentiasa berkembang. Ia telah beralih daripada menghubungkan penghantaran barang menggunakan kenderaan 4 roda kepada 2 roda dan seterusnya kepada 18 roda. Daripada makanan bawa pulang kepada keperluan harian, ubat preskripsi dan kepada apa sahaja yang anda perlukan pada bila-bila masa sambil memperoleh pendapatan anda. Daripada pemandu dengan pemeriksaan latar belakang kepada pengesahan dalam masa nyata, keselamatan merupakan keutamaan setiap hari. Di Uber, usaha imaginasi semula tidak pernah selesai, tidak pernah berhenti dan sentiasa baru bermula.

Tentang Valid 

Valid (B³: VLID3 – ON) menyediakan penyelesaian tersuai yang menyepadukan teknologi baru muncul bagi membolehkan pengalaman yang selamat dan boleh dipercayai. Daripada Data, Pembayaran, Identiti dan Mudah Alih kepada IoT, Jejak dan Kesan, Pensijilan Digital dan Teknologi Pertanian, Valid menawarkan portfolio perkhidmatan dan penyelesaian yang luas yang mempercepatkan transformasi digital perniagaan para pelanggan kami. Dengan lebih 60 tahun pengalaman dan mempunyai lebih 4,000 orang pekerja di 16 buah negara, Valid ialah pengeluar dokumen pengenalan diri terbesar di Brazil, yang menjadi antara 5 pengeluar utama kad SIM dan pengeluar kad perbankan terbesar di dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.valid.com.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2142434/Uber_Announcement.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2086610/4056412/Valid_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Valid
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Contracts New products/services