NYON, Switzerland, 29 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Tourbillon pada bahagian tengah jam tangan ini boleh ditafsirkan sebagai hasrat Hublot untuk membawa kembali Haute Horlogerie menjadi perhatian ramai. Atau, sarungnya yang berbentuk bulat yang kelihatan seperti lukisan bunga daisi yang mempunyai 12 kelopak bunga yang dilukis oleh kanak-kanak, dengan hujungnya berwarna hijau bagi melambangkan harapan. Walau apa pun, kekuatan MP-15 Takashi Murakami Only Watch Sapphire terletak pada hakikat bahawa semua orang akan melihatnya sebagai simbolik terhadap perkara yang mereka hargai. Ia akan berkembang menjadi pelbagai nilai sebagaimana warna yang ada, sama ada ia adalah berteknologi tinggi, indah, nakal, unik, hipnotik... Haute Horlogerie bekerjasama dengan Haute Joaillerie dalam menghasilkan jam tangan yang sangat kreatif ini yang diilhamkan daripada karya bunga tersenyum Takashi Murakami yang ikonik.
Komposisi bentuk bunga merupakan fokus utama dalam hasil karya Takashi Murakami. Seniman Jepun ini telah bangkit dari asal-usul yang sederhana menjadi salah seorang seniman yang mempunyai permintaan paling tinggi di dunia dan beliau juga telah menjadi Rakan Hublot sejak tahun 2020. Ciptaan bersama ini sentiasa dihasilkan dalam siri edisi terhad. Namun begitu, jam tangan ini adalah lebih terhad – ia benar-benar unik. Ia bukan sahaja unik dari segi sifatnya (hanya satu sahaja yang telah dihasilkan), tetapi juga dari segi pembinaannya. Apa yang membezakan MP-15 daripada mana-mana jam tangan lain yang pernah dihasilkan oleh pengeluar ini dalam tempoh lebih empat puluh tahun pengalamannya, ialah turbillon di bahagian tengahnya.
Tourbillon di bahagian tengah jam tangan ini mewakili gabungan seni dan reka bentuk horologi. Idea yang diilhamkan daripada dedikasi Hublot kepada Haute Horlogerie dan oleh dunia Takashi Murakami. Ideanya sudah tentu untuk membuat Haute Horlogerie menjadi tumpuan secara fizikal, namun ia bukan setakat itu sahaja. Idea ini juga untuk menunjukkan bahawa tourbillon – iaitu denyutan jantung jam tangan tersebut – mewakili jantung orang yang membelinya di lelongan sebagai bantuan penyelidikan terhadap penyakit Duchenne dan juga jantung kanak-kanak yang melawan penyakit itu.
Membayangkan hasil karya ini, Takashi Murakami secara jelas telah meminta supaya dimasukkan turbillon di bahagian tengahnya. Sebagai satu cabaran tersendiri, ia akan menjadi jam tangan dengan turbillon di bahagian tengah yang pertama bagi Hublot. Ini merupakan suatu cabaran yang sukar kerana ia menjadi sangat rumit untuk menunjukkan jam dan minit yang bersaing untuk berada pada kedudukan di bahagian tengah yang sama. Dengan menyahut cabaran Takashi Murakami, Hublot perlu membuat pilihan yang tepat untuk menyepadukan komponen estetik tourbillon pada bahagian tengah ini dengan keperluan teknikal.
Dalam reka bentuk ini, pinan kecil dan roda jam perlu berputar di sekeliling sokongan tourbillon dengan mencipta binaan paksi bersama. Perkara ini berjaya dilakukan disebabkan adanya turbillon terbang pada bahagian tengah yang kelihatan tergantung di udara dengan dua tangan bergerak di bawah sangkarnya untuk menunjukkan jam dan minit. Kedua-dua tangan ini berpusat ke arah indeks pendarkilau nombor 12 yang menunjukkan warna edisi 2023 Hublot for Only Watch serta mengekalkan perkadaran tepat yang diperlukan oleh reka bentuk yang sangat digemari oleh Murakami dan huruf yang perlu diikuti oleh Hublot R&D.
Daripada turbillon dan indeks hingga kelopak bunga, para peminat puisi Takashi Murakami yang berwarna-warni akan mengikut rentaknya pada MP-15 ini, dari dalam ke bahagian luar, di mana 12 kelopak yang dihias dengan mewah dengan 444 batu permata yang memberikan estetik yang ceria dan menggembirakan kepada hasil karya tersebut. Seperti bunga sebenar, kelopak ini bersudut ke arah pusat pergerakannya. Penandaan warna yang jelas dan berani mewakili siri Only Watch 2023. Ideanya bukan sahaja untuk menawarkan kesan kecerunan warna pelangi tradisional, tetapi juga untuk bermain dengan kecerahan warna dan keindahan batu permata, seperti seorang kanak-kanak bermain dengan krayon mereka, mencipta hasil karya Superflat Art yang terang untuk pergelangan tangan.
Tetapi ia bukan setakat itu sahaja: demi menepati dunia Murakami, MP-15 Only Watch ini mendedahkan ukiran laser halus di bawah kristal nilamnya yang berbentuk kubah yang menggambarkan senyuman lebar yang lengkap dengan dua mata yang tersenyum. Hasil seni yang berwarna-warni ini menawarkan pelarian ke dunia imaginasi Takashi Murakami yang meriah, malah tenaga jam tangan tersebut yang terang menggambarkan kuasa luar biasa keajaiban kanak-kanak dan rasa ingin tahu mereka yang tidak berkesudahan.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2141634/Hublot_SA_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2141635/Hublot_SA_2.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2141636/Hublot_SA_3.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1920991/3915377/Hublot_Logo.jpg?p=medium600