omniture

Huntingdon Life Sciences Ambil Alih Harlan Laboratories

Huntingdon Life Sciences
2014-05-01 23:00 115

HUNTINGDON, England, 1 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Huntingdon Life Sciences telah mengumumkan pada hari ini tentang pengambilalihan Harlan Laboratories. Syarikat baharu ini akan mempunyai dua bahagian operasi: Model Penyelidikan dan Perkhidmatan serta Perkhidmatan Penyelidikan Kontrak.

Pengambilalihan ini mewujudkan organisasi yang menerajui pada peringkat global dengan menawarkan penyelidikan kontrak bukan klinikal perkhidmatan penuh, serta model penyelidikan dan juga perkhidmatan. Peningkatan skala gabungan usaha sama ini meraih hasil tahunan yang mencecah hampir separuh bilion dolar, lalu menyediakan platform mantap untuk perkembangan dan pelaburan masa hadapan.

Brian Cass, Ketua Pegawai Eksekutif Huntingdon Life Sciences, mengulas, "Kami amat teruja dengan pengambilalihan Harlan, yakni peneraju yang amat dikagumi dalam sektor pasaran mereka. Pengambilalihan ini juga pastinya seiring dengan strategi kami untuk memperluas sokongan kami untuk industri farmaseutikal, perlindungan tanaman dan juga kimia serta universiti, kerajaan dan organisasi penyelidikan yang lain. Dua syarikat kami mempunyai warisan yang wujud sejak sekian lama. Oleh itu, kami akan bersama-sama mengekalkan serta membina reputasi kami daripada segi sains dan inovasi berkualiti tinggi."

Ketua Pegawai Eksekutif Harlan, Hans Thunem berkata, "Penggabungan dua syarikat peneraju ini, dengan tawaran perkhidmatan serta produk pelengkap masing-masing, menjadikan organisasi gabungan ini peneraju global yang menyokong pasaran berkembang untuk penyelidikan serta pembangunan sumber luar. Brian dan pasukan beliau yang baru dikembangkan ini membawakan kedalaman dan juga pengalaman yang luas agar dapat membantu para penyelidik bukan klinikal dan penyelidik praklinikal menangani cabaran yang semakin kompleks yang perlu dihadapi oleh penyelidik tersebut."

Latar Belakang Huntingdon Life Sciences

Huntingdon Life Sciences ialah penyedia perkhidmatan penyelidikan kontrak bukan klinikal yang penting pada peringkat global untuk industri farmaseutikal, perlindungan tanaman serta kimia. Huntingdon Life Sciences juga merupakan syarikat milik persendirian. www.huntingdon.com

Latar Belakang Harlan Laboratories

Harlan Laboratories, Inc. ialah peneraju penyedia penyelidikan kontrak bukan klinikal yang penting, model penyelidikan, makanan haiwan serta perkhidmatan untuk industri farmaseutikal, bioteknologi, peranti perubatan, perlindungan tanaman dan juga kimia serta universiti, kerajaan dan organisasi penyelidikan lain. Harlan Laboratories juga merupakan syarikat milik persendirian. www.harlan.com

Source: Huntingdon Life Sciences
Keywords: Chemical Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers