omniture

Sir Elton John Mempesonakan Penonton di Battersea Power Station

Battersea Power Station Development Company
2014-05-01 23:05 109

LONDON, 1 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Battersea Power Station telah mengadakan parti tahunan sulungnya malam semalam, dengan Sir Elton John mempersembahkan alunan lagu yang memukau kepada ribuan penonton di bawah serombong terkenal Battersea Power Station London yang penuh legenda.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140430/685226-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140430/685226-b)

Artis bergelar 'Rocket Man' yang menjadi pujaan ramai itu mengimbau kehebatan sejak bertahun lamanya, dengan mendendangkan lagu klasik seperti The One, Your Song, serta The Greatest Discovery, sambil turut mempersembahkan lagu pilihan daripada album beliau tahun lepas yang mendapat pujian ramai, berjudul The Diving Board.

Persembahan itu, yang diadakan di dalam salah satu mercu tanda UK yang paling dikenali, merupakan tumpuan utama parti itu, yang diadakan sebagai tanda menghargai semua orang yang telah merealisasikan pembangunan Battersea dan turut membawa bersama orang ramai daripada segenap lapisan komuniti.

Sokongan muzik didatangkan daripada pemenang Anugerah Pilihan Pengkritik BRIT Awards tahun 2013, yakni Tom Odell. Penyanyi selaku penulis lagu itu, yang mengakui sebagai peminat tegar Elton John, telah mempersembahkan lagu daripada album sulung UK No.1 beliau, Long Way Down, termasuk lagu hit carta UK 10 teratas, Another Love.

Selebriti turut membanjiri acara pada malam itu, termasuklah Grace Jones, Jeremy Renner, Chris Evans, Kit Harington, Rose Leslie, Tom Daley, Eliza Doolittle, Sharleen Spiteri, Philip Treacy, Jack Whitehall & Gemma Chan, Will Young, Lily James, Sally Greene, Theo Hutchcraft, Lorraine Pascale, Luke Evans, Luke Treadaway, Thomasina Miers, Nicky Haslam, Jade Parfitt, Ben Goldsmith, Sir David Tang, Detmar Blow, Erdem, Thom Evans, James Haskell, Patrick Grant, Alan Yentob, Lilah Parsons, Zara Martin, Diana Vickers, George Craig dan juga David Morrissey.

Hiburan lain yang turut disajikan ketika acara yang dibarisi bintang terkenal itu berlangsung termasuklah persembahan cahaya 4D yang memukau mata di muka bangunan Power Station itu, yang membabadkan sejarahnya dan turut memaparkan masa hadapannya. Makanan telah disediakan oleh restoran London L'Anima, Benares, Brindisa serta Caravan, manakala Veuve Clicquot dan Fiji Water pula membekalkan minuman.

Rob Tincknell, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pemaju Battersea Power Station, berkata: "Mengacarakan persembahan, bagi pihak pemegang saham dan semua orang yang sedang membantu memulihkan mercu tanda London yang terkenal ini, daripada salah seorang artis rakaman British yang paling terkenal dan dipuja sepanjang zaman ini, di salah satu bangunan UK yang paling ikonik memang merupakan peristiwa yang hebat.

"Terima kasih kepada Sir Elton John untuk persembahan yang memukau pada majlis pertama kami untuk meraikan warisan hebat tapak ini dan turut mengiktiraf usaha begitu ramai pihak mencipta komuniti baharu yang meriah di Battersea Power Station. Kuasa sudah semestinya telah kembali ke Battersea."

Nota: 

Laman Web: http://www.batterseapowerstation.co.uk

Twitter: @BatterseaPwrStn

SUMBER  Syarikat Pemaju Battersea Power Station

Source: Battersea Power Station Development Company
Keywords: Entertainment Music