omniture

Lifera dan CENTOGENE Menyertai Kerjasama Strategik - Membentuk Usaha Sama Arab Saudi untuk Meningkatkan Akses kepada Pengujian Multiomik Dipacu Data Terkemuka

CENTOGENE; Lifera
2023-07-02 14:00
  • Usaha Sama (JV) ini menggabungkan penerajuan global CENTOGENE dalam bidang multiomik dengan pandangan tempatan Lifera, sebuah syarikat biofarmaseutikal yang dimiliki sepenuhnya oleh Public Investment Fund (PIF) yang berpangkalan di Riyadh.
  • JV ini memberi tumpuan dalam menyediakan perkhidmatan ujian multiomik terkini kepada pesakit, sistem kesihatan, pelanggan biofarmaseutikal dan institusi penyelidikan di Arab Saudi dan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC). CENTOGENE pada hari ini merupakan salah sebuah penyedia perkhidmatan ujian genetik yang terbesar kepada pasaran ini.
  • Perkhidmatan berkualiti tinggi akan menterjemahkan cerapan genetik kepada jawaban dipacu data yang mengubah kehidupan - mempercepatkan perubatan kepersisan, mengembangkan program kesihatan penduduk, menambah baik masa pusing balik diagnosis klinikal serta membina keupayaan dan kapasiti di Arab Saudi untuk memupuk penyelidikan dan kerjasama global.
  • JV ini akan membantu membolehkan Wawasan 2030 Arab Saudi dan beberapa inisiatif keutamaan negara yang lain berkaitan dengan ujian genomik dan pertumbuhan sektor bioteknologi Arab Saudi. 
  • CENTOGENE akan menerima pelaburan sebanyak $30 juta dalam bentuk pinjaman boleh tukar mandatori dengan tempoh selama enam bulan dan harga penukaran bernilai $2.20 sesaham untuk saham biasa CENTOGENE serta pembayaran mengikut pencapaian berdasarkan prestasi JV dan royalti berdasarkan pendapatan hingga tahun 2033.

RIYADH, Arab Saudi, 2 Julai 2023 /PRNewswire/ -- CENTOGENE N.V. (Nasdaq: CNTG), rakan kongsi sains hayat yang penting untuk jawaban dipacu data dalam penyakit yang jarang jumpa dan neurodegeneratif, dan Lifera, sebuah syarikat biofarmaseutikal yang dimiliki sepenuhnya oleh Public Investment Fund (PIF), telah mengumumkan sebuah kerjasama strategik dengan pembentukan sebuah Usaha Sama (JV) untuk meningkatkan akses tempatan dan serantau serta penyampaian pantas bagi ujian multiomik bertaraf dunia kepada pesakit di Arab Saudi dan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC). Di bawah terma kerjasama ini, CENTOGENE akan menerima pinjaman boleh tukar mandatori berjumlah $30 juta daripada Lifera. 

CENTOGENE, peneraju pasaran semasa dalam ujian genetik penyumberan luar untuk pesakit di Arab Saudi, akan menyediakan kepakaran diagnostik dan multiomiknya yang terkemuka kepada JV tersebut, yang bersama-sama dengan kehadiran dan sumber tempatan Lifera yang kukuh, akan mewujudkan akses meluas kepada penjujukan genetik canggih yang disesuaikan dengan keperluan serantau. JV ini akan membina sebuah makmal dan infrastruktur bioinformatik termaju – dengan memanfaatkan CENTOGENE Biodatabank, repositori data multiomik bersepadu dunia sebenar yang terbesar di dunia dalam biobank penyakit jarang jumpa di seluruh dunia dan penyakit neurodegeneratif, yang mempunyai lebih 70 juta dan lebih 35,000 set data pesakit Arab Saudi. JV ini akan membangunkan keupayaan untuk ujian dan tafsiran genetik melalui kerjasama dengan CENTOGENE di seluruh dunia – berfungsi sebagai wadah untuk program saringan dan genomik negara yang besar. Oleh itu, pesakit di Arab Saudi dan GCC, sebuah wilayah yang berkembang pesat dengan lebih 56 juta penduduk, akan mempunyai akses yang lebih baik kepada tawaran diagnostik yang paling maju dan berkesan di dunia, yang merupakan teras objektif strategik Lifera, sekali gus menyumbang kepada peningkatan daya tahan negara dan hasil kesihatan di Arab Saudi.

Dr. Ibrahim Aljufalli, Pengerusi Lembaga Pengarah Lifera berkata:  "Kerjasama strategik ini mencerminkan misi Liferauntuk mengembangkan sektor biofarmaseutikal di Arab Saudi. Dengan kepakaran CENTOGENE dalam bidang penyakit jarang jumpa, metabolik dan neurodegeneratif, kami melihat potensi nilai yang sangat besar untuk JV ini menyampaikan lebih banyak diagnosis tepat yang tepat pada masanya yang penting kepada pesakit dan keluarga mereka, didorong oleh portfolio diagnostik menyeluruh yang melangkaui ujian makmal dan tafsiran perubatan yang biasa. Kerjasama ini juga akan membolehkan penyelidikan biofarmaseutikal dalam penyakit jarang jumpa dan menyediakan sumber untuk memupuk penyelidikan kolaboratif di seluruh Arab Saudi dan dengan rakan kongsi global."

Kim Stratton, Ketua Pegawai Eksekutif CENTOGENE berkata: "Bekerjasama dengan Lifera menandakan satu langkah penting ke hadapan dalam misi kami untuk menyampaikan jawaban dipacu data yang mengubah kehidupan kepada pesakit di seluruh dunia serta membentuk laluan untuk mencapai pertumbuhan dan keuntungan mampan untuk CENTOGENE. "

Dan menambah: 

"Sebagai sebahagian daripada Wawasan 2030, Arab Saudi telah merangka program yang mengagumkan untuk meningkatkan hasil kesihatan di seluruh rantau ini. JV ini kini akan dibangunkan berdasarkan pengetahuan CENTOGENE yang meluas dan kedudukannya sebagai peneraju semasa dalam pasaran Saudi, serta pemahaman mendalam Lifera tentang landskap penjagaan kesihatan tempatan untuk menyumbang secara aktif kepada inisiatif penjagaan kesihatan ini. Ini, bersama-sama dengan pelaburan Lifera, menjamin CENTOGENE sebagai rakan kongsi strategik yang komited untuk masa hadapan."

Di bawah terma perjanjiannya, Lifera dan CENTOGENE akan membuat pelaburan ke dalam JV ini. CENTOGENE juga akan layak untuk pembayaran pencapaian berdasarkan prestasi JV dan royalti berdasarkan pendapatan yang besar hingga tahun 2033. Kedua-dua pihak akan diwakili dalam barisan Lembaga Pengarah JV tersebut. Perjanjian ini turut menjangkakan bahawa dua orang wakil dari Lifera akan menyertai Lembaga Penyeliaan CENTOGENE. 

Nota: 

Tentang Lifera
Lifera ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal baharu yang mengkhusus untuk memajukan sektor biofarmaseutikal Arab Saudi dan membina daya tahan kesihatan negara. Dengan membangunkan kapasiti pembuatan tempatan untuk vaksin, insulin, terapeutik plasma dan biologi lain serta melabur dalam ujian genetik dan perubatan kepersisan, Lifera bermatlamat untuk memastikan penduduk di Arab Saudi mendapat akses kepada ubat yang boleh dipercayai dan dengan harga berpatutan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lifera.com.sa

Tentang CENTOGENE
Misi CENTOGENE adalah untuk menyediakan jawaban dipacu data yang mengubah kehidupan kepada para pesakit, pakar perubatan dan syarikat farmasi untuk penyakit jarang jumpa dan neurodegeneratif. Kami menyepadukan teknologi multiomik dengan CENTOGENE Biodatabank - menyediakan analisis dimensi untuk membimbing generasi perubatan kepersisan yang seterusnya. Pendekatan unik kami membolehkan diagnosis yang pantas dan boleh dipercayai untuk pesakit, menyokong pemahaman doktor yang lebih tepat tentang keadaan penyakit dan mempercepat serta menghapuskan risiko penemuan, pembangunan dan pengkomersilan ubat farmasi yang disasarkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.centogene.com

Maklumat lanjut, Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan & Siaran akhbar yang lengkap boleh didapati di: www.lifera.com.sa www.centogene.com

 

 

Source: CENTOGENE; Lifera
Related Stocks:
NASDAQ:CNTG
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts Joint ventures