ABERDEEN, Scotland, 6 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Petrotechnics, peneraju peringkat global dalam usaha mengubah prestasi pengendalian barisan hadapan dan turut merendahkan risiko pengendalian telah mengumumkan pada hari ini firma penganalisis yang menerajui bidangnya, Gartner telah menamakan Petrotechnics sebagai "Vendor Hebat" daripada segi Minyak & Gas dalam laporan yang telah diterbitkan oleh Gartner pada 25 April 2014.
Laporan "Vendor Hebat bagi Minyak & Gas" tahunan oleh Gartner mengiktiraf vendor yang sedang membawakan kemampuan inovatif bagi membantu syarikat minyak dan gas berjaya. Vendor hebat sedang mengubah cara perniagaan dikendalikan dan cara pengguna melibatkan diri dengan teknologi. Mereka mengilhamkan organisasi untuk berfikir dengan cara yang berlainan, mencabar pemikiran konvensional dan turut menawarkan kelebihan daya saing yang berbeza.
Selama lebih 25 tahun lepas, Petrotechnics telah merintis, membuktikan serta berjaya menyediakan penyelesaian perisian inovatif yang mengubah cara kerja dijalankan dan bagaimana risiko diuruskan di barisan hadapan dalam industri berbahaya. Proscient, platform perisian Prestasi Pengendalian dan Risiko Ramalan bagi Petrotechnics, menyediakan syarikat dengan kemampuan untuk mengoptimumkan cara mereka menguruskan beban kerja sambil menangani risiko pengendalian dalam pengendalian dinamik mereka. Dengan pandangan umum terhadap risiko daripada barisan hadapan sehingga kepada bilik lembaga pengarah, proses pembuatan keputusan pengendalian diperhebat. Ini membenarkan syarikat tersebut menyelesaikan lebih banyak kerja yang sepatutnya dalam cara yang selamat dan cekap bagi menambah baik integriti aset dan turut memastikan keselamatan orang ramai terjaga.
Laporan Vendor Hebat bagi Minyak & Gas tahun 2014 oleh Gartner menyatakan: "Walaupun secara teorinya menjalankan kerja secara selamat dan cekap kelihatan mudah, tetapi dalam amalan sebenar, konflik akan timbul, dan tanpa ketampakan masa sebenar terhadap semua konflik ini dan bagaimana konflik tersebut menjejaskan pelaksanaan kerja yang selamat, masa akan terbazir manakala pendedahan risiko pula akan meningkat. Petrotechnics menghapuskan sebahagian besar kerumitan keadaan ini dengan mendedahkan risiko yang ada dan turut mengenal pasti halangan pelaksanaan kerja yang selamat dan cekap. Petrotechnics memang hebat kerana ia mengubah hubungan dinamik keselamatan-produktiviti dan turut membolehkan syarikat yang menggunakan produk itu berjaya mengurangkan risiko pengendalian sambil turut menambah baik produktiviti."
"Petrotechnics berbesar hati kerana diiktiraf oleh Gartner sebagai Vendor Hebat. Kami percaya penyertaan nama kami dalam laporan ini ialah pengesahan yang signifikan terhadap strategi serta usaha kami bagi membantu organisasi dalam industri berbahaya mengurangkan risiko pengendalian dan turut meningkatkan kecekapan pengeluaran," kata Scott Lehmann, Naib Presiden Pengurusan Produk dan Pemasaran di Petrotechnics. "Seperti yang dinyatakan oleh Gartner dalam laporan itu, organisasi yang ingin mengurangkan risiko dan turut menambah baik produktiviti pengendalian mereka patut mempertimbangkan penyelesaian pengurusan risiko bersepadu seperti Proscient. Ia berfungsi dengan melangkaui sistem EPTW legasi dan turut membantu menghubungkan proses pengurusan kerja yang berbeza sama sekali dengan lebih baik agar dapat menyediakan pandangan umum serta praktikal terhadap risiko pengendalian. Dengan pemahaman yang lebih baik terhadap risiko bahaya besar serta impak beban kerja, para pekerja barisan hadapan dan pemimpin kanan boleh membuat keputusan yang lebih baik agar lebih banyak kerja yang betul dapat dijalankan dengan selamat, cekap serta mampan agar dapat meningkatkan integriti aset dan turut memastikan orang ramai selamat," Lehmann berkata lagi.
Melalui Proscient anda boleh mengawal dan turut menguruskan semua aktiviti kerja barisan hadapan dan risiko pengendalian dengan lebih baik dalam pengendalian dinamik anda. Kemampuan pelaksanaan kerja berasaskan risiko kolaboratif Proscient merapatkan jurang dalam proses pengurusan kerja, lalu menambah baik penyelarasan serta kolaborasi merentasi fungsi Penyelenggaraan, Pengendalian, Perancangan, Kesihatan, Keselamatan & Alam Sekitar serta Kejuruteraan. Dengan alatan yang intuitif dan praktikal, ia memastikan pendekatan bersatu daripada barisan hadapan sehinggalah kepada bilik lembaga pengarah. Proscient boleh menyediakan faedah perniagaan signifikan tersebut untuk organisasi terlibat:
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Proscient, sila lawati:
http://www.petrotechnics.com/products/proscient
Penolak tuntutan
Gartner tidak menyokong apa jua vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikan kami, dan tidak menasihatkan para pengguna teknologi untuk memilih vendor dengan pemeringkatan tertinggi sahaja. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak patut dianggap sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan apa jua jaminan, sama ada dinyatakan atau dibayangkan, yang berkaitan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan ketersediaan untuk pasaran, atau kesesuaian bagi tujuan tertentu.
Sumber: Petrotechnics Ltd