SHL Medical mengumumkan pengambilalihan LCA Automation AG, penyedia penyelesaian automasi inovatif Switzerland. Pengambilalihan ini adalah sebagai tindak balas SHL Medical terhadap permintaan pasaran yang semakin meningkat untuk penyelesaian pemberian ubat-ubatan dan akan menyokong operasi pembuatannya di peringkat global, terutamanya di tapak pembuatan yang akan datang di Zug, Switzerland.
ZUG, Switzerland, 3 Julai 2023 /PRNewswire/ -- SHL Medical, penyedia terkemuka dunia bagi penyelesaian pemberian ubat-ubatan termaju yang beribu pejabat di Zug, mengumumkan pengambilalihan LCA Automation yang berpangkalan di Switzerland, iaitu pembekal terkemuka bagi penyelesaian automasi inovatif, serta anak syarikatnya di Mexico dan China, berkuat kuasa pada 29 Jun 2023.
Pengambilalihan LCA Automation adalah sebahagian daripada strategi berterusan SHL Medical untuk bertindak balas terhadap permintaan pasaran yang berkembang dengan begitu pesat, memperluaskan kehadiran globalnya dan mengukuhkan lagi keupayaan vertikal SHL Medical secara global. SHL Medical dan LCA Automation mempunyai rekod kecemerlangan yang kukuh dalam bidang automasi. Gabungan kepakaran dan pengalaman mereka yang begitu lama dalam industri yang berbeza membolehkan SHL Medical meningkatkan lagi kapasiti automasinya di Eropah serta memanfaatkan sinergi untuk menawarkan penyelesaian yang lebih cekap kepada para pelanggan di sepanjang rantaian nilai yang merangkumi garis masa yang lebih pantas dan rantaian bekalan yang lebih pendek.
Perluasan kekuatan untuk para pelanggan
Pengambilalihan LCA Automation akan menyokong operasi pembuatan SHL Medical di seluruh dunia, terutamanya dalam menyediakan kepakaran automasi serta penyelenggaraan alat dan pembuatan logam untuk tapak pembuatan di Switzerland yang sedang dalam pembinaan. Kekuatan tempatan tambahan dalam bidang automasi ini meningkatkan lagi pembuatan berkelajuan tinggi dan berskala besar. Dengan pengambilalihan LCA Automation, SHL turut memperkukuhkan semula salah satu cirinya yang tersendiri dari segi pembuatan dalaman yang lengkap. Dengan beroperasi sebagai penyedia perkhidmatan yang komprehensif, para pelanggan boleh mendapat manfaat daripada lebih lagi fleksibiliti di sepanjang rantaian nilai pengeluaran.
"Kami teruja untuk mengalu-alukan LCA Automation ke dalam keluarga SHL", kata Ulrich Faessler, Ketua Pegawai Eksekutif SHL Medical. "Kepakaran LCA Automation dalam automasi dan penyelesaian pembuatan akan melengkapkan keupayaan sedia ada kami dan membolehkan kami menawarkan rangkaian perkhidmatan yang lebih komprehensif kepada para pelanggan kami serta mempercepatkan inovasi."
Chris Rennhard, Ketua Pegawai Eksekutif LCA Automation menambah: "SHL Medical dan LCA Automation yang bergabung tenaga dalam teknologi proses pengeluaran dan pembuatan peralatan dapat memberikan manfaat yang besar kepada para pelanggan. Teknologi automasi kilang peringkat tinggi yang terhasil akan membawa kepada garis masa terpendek dalam memenuhi permintaan pasaran, sambil mengekalkan kawalan proses dalaman dan pemantauan kualiti."
Tentang LCA Automation
LCA Automation ialah sebuah syarikat pembekal terkemuka bagi penyelesaian automasi untuk proses perindustrian. Dengan lebih 50 tahun pengalaman, LCA Automation merupakan pakar dalam mereka bentuk dan mengeluarkan penyelesaian tersuai untuk para pelanggan kami dalam pelbagai industri, termasuk automotif, elektronik dan farmaseutikal. Beribu pejabat di Switzerland dengan anak syarikatnya berada di Mexico dan China, pasukan pakar LCA Automation menawarkan pengalaman dalam mereka bentuk, membina dan melaksanakan sistem automasi yang membantu para pelanggan mereka meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti keseluruhan mereka.
Tentang SHL Medical
Sebagai penyedia penyelesaian terkemuka dunia bagi sistem pemberian ubat-ubatan termaju, SHL Medical ialah rakan kongsi pilihan bagi kebanyakan syarikat farmaseutikal dan bioteknologi terkemuka. Didorong oleh matlamat syarikat kami – Enabling Patients' Independence – kami menawarkan penyelesaian yang mengutamakan pesakit untuk reka bentuk, pembangunan dan penghasilan penyuntik auto, penyuntik pen, serta sistem pemberian khusus yang inovatif untuk volum besar dan formulasi berkelikatan tinggi. Kami juga menawarkan penyelesaian pemasangan akhir, pelabelan dan pembungkusan untuk sistem pemberian ubat-ubatan kami. Sebagai tindak balas kepada trend yang meningkat dalam terapi di rumah, SHL telah meningkatkan usaha pembangunan dalam sektor penjagaan kesihatan digital untuk membantu meningkatkan ekosistem pemberian ubat-ubatan.
Terletak di Switzerland, Taiwan, Sweden dan AS, pasukan pakar global kami bekerjasama dengan lancar sebagai satu pasukan dalam menggunakan keupayaan pembuatan dalaman kami yang komprehensif. Penyelesaian kami menawarkan penyesuaian dan pengoptimuman untuk setiap projek sambil mengorak langkah yang dipacu kelestarian secara proaktif ke dalam reka bentuk dan proses kami untuk menyumbang kepada pembentukan dunia yang lebih bersih. Untuk maklumat tambahan, sila layari www.shl-medical.com
Hubungan Media
Carl Gillblad
Komunikasi Korporat
Mel: info@shl-medical.com
Telefon: +41 41 368 00 00
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2143222/SHL_Medical_LCA_Automation.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2143223/SHL_Medical_Logo.jpg?p=medium600