omniture

Pelancaran AziPac Ltd., Syarikat Cari Gali Minyak & Gas Asia Pasifik Baharu

AziPac Ltd
2014-05-06 14:00 116

SINGAPURA dan HAMILTON, Bermuda, 6 Mei 2014 /PRNewswire/ -- AziPac Ltd. ialah syarikat cari gali dan penghasilan yang baru diwujudkan, bertumpu terhadap usaha cari gali minyak dan gas di lembangan maritim yang terletak di luar pesisir rantau Asia Pasifik dan juga Teluk Bengal. AziPac disokong oleh Seacrest Capital Group, pelabur tenaga global. AziPac akan mempunyai ibu pejabat di Singapura.

Portfolio

Pada majlis pelancaran, AziPac telah berjaya mendapatkan beberapa lesen cari gali di kawasan luar pesisir rantau Asia Tenggara serta Teluk Bengal. Maklumat lanjut tentang portfolio pembukaan lesen tersebut akan didedahkan kepada orang awam setelah mendapat kelulusan kawal selia terakhir di setiap negara yang terlibat. AziPac juga telah membina saluran paip yang signifikan bagi membuka peluang cari gali yang menarik di seluruh rantau berkenaan.

Sumber Teknikal & Pengurusan

AziPac menyertai portfolio yang kian berkembang dan terdiri daripada syarikat serantau yang telah diwujudkan oleh Azimuth Group ("Azimuth") dan turut disokong oleh Seacrest Capital Group, pelabur tenaga global. Azimuth memiliki aset cari gali di luar pesisir Asia Pasifik, Ireland, Norway, United Kingdom dan juga Namibia. Azimuth mempunyai pasukan yang terdiri daripada tiga puluh ahli profesional industri minyak yang mempunyai rekod cemerlang dalam pencarian hidrokarbon signifikan di kawasan luar pesisir, termasuk rantau Asia Pasifik. Pasukan ini telah terlibat dalam lebih 100 penemuan minyak dan gas pada peringkat global. Seperti syarikat cari gali Azimuth yang lain, AziPac akan memanfaatkan perkongsian sumber yang terdiri daripada ahli profesional bertaraf dunia serta data seismik yang canggih bagi mengoptimumkan peluang cari gali dan turut melenyapkan risiko aset di rantau Asia Pasifik.

Azimuth Group diurus dan disokong oleh Seacrest Capital Group, pelabur tenaga yang menerajui pada peringkat global.

David Sturt, Pengarah AziPac, mengulas:

"Kawasan luar pesisir rantau Asia Pasifik dan Teluk Bengal sedang mengalami kebangkitan semula usaha cari gali untuk simpanan minyak dan gas baharu. Ini didorong oleh beberapa penemuan terkini yang menarik, pusingan pelesenan baharu, kemasukan syarikat baharu dan terutama sekali, potensi bagi membawakan teknologi baharu ke dalam kawasan cari gali baharu dan matang. AziPac telah diwujudkan dengan portfolio pembukaan aset cari gali bertaraf dunia serta mendapat sokongan sepenuhnya daripada Azimuth Group yang termasuklah ahli profesional yang telah membuktikan kemampuan masing-masing dalam pencarian hidrokarbon yang signifikan di rantau berkenaan. Kami berhasrat untuk mengembangkan syarikat ini dengan pesat, bertumpu terhadap pemikiran penerokaan inovatif dan teknologi bagi mencipta nilai lembangan minyak dan gas tradisional serta baharu yang belum ditemui di kawasan luar pesisir Asia."

Nota kepada Editor:

Seacrest Capital Group ialah pelabur tenaga yang menerajui dengan kepakaran dalam usaha cari gali di kawasan luar pesisir, dengan memanfaatkan aset proprietari serta hubungannya untuk mewujudkan portfolio global berkepelbagaian yang terdiri daripada syarikat cari gali minyak dan gas yang bertumpu terhadap kawasan serantau. Sejak tahun 2011, Seacrest Capital Group telah melabur dalam sejumlah syarikat baharu yang berjaya di United Kingdom, Laut Utara Norway, Afrika Barat, Ireland dan juga Asia Tenggara. Hasil daripada sokongan Seacrest, AziPac berkedudukan mantap untuk memanfaatkan peluang lanjutan di kawasan luar pesisir rantau Asia Pasifik dan juga Teluk Bengal.

Source: AziPac Ltd
Keywords: Oil/Energy Utilities Corporate Expansion New products/services