omniture

Nama Domain .RICH - Simbol Status Unggul Dalam Talian

.RICH
2014-05-07 09:00 129

LONDON, 7 Mei 2014 /PRNewswire/ -- I-REGISTRY Ltd. melancarkan .RICH, sambungan domain eksklusif untuk simbol status unggul dalam talian. Pendekatan baharu ini terhadap komunikasi dalam talian menyediakan jenama gaya hidup mewah berprestij dengan akses kepada perkhidmatan kelas pertama serta faedah yang tiada tandingannya. Merangkumi kemewahan sehinggalah gaya hebat tidak terperi, .RICH menawarkan kehadiran dalam talian premium dengan ruang nama yang dilindungi kepada individu, syarikat serta jenama. Nama domain .RICH dicipta untuk personaliti kaya daripada bidang hiburan dan sukan sehinggalah golongan elit perniagaan, seni dan juga fesyen yang ingin mengagumkan dan turut menonjolkan diri.

"Kami telah membayangkan .RICH sebagai nama domain yang paling eksklusif dan berprestij berbanding yang seangkatan dengannya," jelas Anschelika Smoljar, ketua eksekutif I-REGISTRY. "Domain .RICH hanya tersedia untuk pelanggan terpilih sahaja, lalu menawarkan mereka perkhidmatan cemerlang dan juga manfaat bernilai tinggi."

Nama domain dan keahlian .RICH boleh dibeli daripada para penyedia domain terpilih dengan harga kira-kira US$3000 setiap tahun; penyedia boleh didapati daripada http://www.nic.rich. Ahli .RICH akan menerima pakej perkhidmatan kelas pertama termasuk e-mel tersulit (misalnya namapertama@namakeluarga.rich), laman web rekaan khusus dengan alatan penciptaan canggih serta teknologi keselamatan paling ketat yang sedia ada, pasukan perkhidmatan khusus serta pemegang amanah persendirian. Ahli juga dapat menikmati faedah eksklusif lain seperti jemputan ke acara VIP.

Berkongsi kemewahan 

Sebahagian daripada harga pembelian nama domain .RICH akan didermakan kepada badan amal. Para pemilik domain .RICH boleh menghantar saranan untuk pelbagai badan amal serta boleh mengundi badan amal yang akan menerima derma.

Latar belakang I-REGISTRY

I-REGISTRY telah memohon untuk sambungan domain .ONL, .ONLINE, .RICH dan juga .VIP daripada ICANN. Kakitangan syarikat itu mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun serta kepakaran teknikal dalam perniagaan domain. Kerjasamanya dengan Afilias dan nccgroup menjamin tahap tertinggi bagi keandalan, keselamatan serta perkhidmatan pelanggan.

Hubungi: 

I-REGISTRY Ltd.
Anschelika Smoljar
483 Green Lanes
London, N13 4BS
Telefon: +44-(0)20-8144-9010
press@i-registry.com
http://www.nic.rich

SUMBER  .RICH

Source: .RICH
Related Links:
Keywords: Internet Technology Multimedia/Online/Internet Web Site New products/services