omniture

Xinhua Silk Road: Daerah pedalaman di China tengah menyaksikan kerjasama ekonomi, perdagangan berkembang pesat dengan Afrika

Xinhua Silk Road
2023-07-05 17:10 53

BEIJING, 5 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Daerah Changsha, sebuah tempat pedalaman di Wilayah Hunan, China tengah yang turut digelar Xingsha, menyaksikan kerjasama ekonomi dan perdagangan tempatan bersama Afrika berkembang pesat semasa Ekspo Ekonomi dan Perdagangan China-Afrika (CAETE) Ketiga.

Changsha County, an inland locality in central China's Hunan Province also called Xingsha, sees local economic and trade cooperation with Africa burgeoning during the Third China-Africa Economic and Trade Expo (CAETE).

Pada 1 Julai, apabila daerah itu menganjurkan Mesyuarat Pertukaran Ekonomi dan Perdagangan Xingsha·Afrika Pertama semasa ekspo berkenaan, kontrak untuk 14 program berkaitan yang melibatkan pelaburan sebanyak 1.5 bilion dolar A.S. telah ditandatangani, yang menandakan kerjasama China-Afrika yang baharu dalam sektor-sektor seperti pembuatan, tenaga, infrastruktur bandar, pengindustrian pertanian dan industri tertiari.

Sebagai sebuah daerah yang mana perdagangan asingnya mencecah hampir 130 bilion yuan dan perdagangan dengan rakan-rakan kongsi Afrika melebihi 7.0 bilion yuan pada tahun 2022, Xingsha telah menyerlahkan potensi pembangunan berpacukan keterbukaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Changsha County, an inland locality in central China's Hunan Province also called Xingsha, sees local economic and trade cooperation with Africa burgeoning during the Third China-Africa Economic and Trade Expo (CAETE).
Changsha County, an inland locality in central China's Hunan Province also called Xingsha, sees local economic and trade cooperation with Africa burgeoning during the Third China-Africa Economic and Trade Expo (CAETE).

Bagi mengembangkan bahagian jentera kejuruteraan tempatan, maklumat elektronik, pertanian dan industri-industri lain dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Afrika, Daerah Changsha berusaha tanpa henti untuk menggalakkan industri-industri yang menguntungkan berkembang ke peringkat global secara berkumpulan.

Syarikat gergasi jentera kejuruteraan Sany Group merupakan contoh jelas bagaimana pengeluar tempatan meneroka pasaran Afrika. Sejak tahun 2022 apabila kumpulan perata tanah pertamanya dieksport ke Maghribi, syarikat berkenaan telah beroperasi di benua itu selama 20 tahun dan meraih hasil jualan sebanyak hampir 17 bilion yuan di Afrika, menduduki tempat pertama antara semua rakan setara Cina.

Hasil daripada jalinan persahabatan selama lebih 40 tahun dengan negara-negara Afrika, Daerah Changsha menandatangani satu memorandum persefahaman semasa mesyuarat tersebut untuk wilayah-wilayah bersaudara dengan Rwamagana di Wilayah Timur Rwanda bagi mengeratkan lagi hubungan persahabatan China-Afrika. Kedua-dua pihak berjanji untuk berkomunikasi dan bekerjasama dalam sektor ekonomi dan perdagangan, sains-teknologi, kebudayaan, sukan, pertanian dan pelancongan.

Sementara itu, dewan perniagaan Daerah Changsha yang bertujuan untuk merangsang ekonomi dan perdagangan China-Afrika telahpun dirasmikan pada 1 Julai, yang mana ia berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan daerah itu dengan rakan-rakan sejawat Afrikanya bagi mendorong pelaburan dan keterbukaan yang berkaitan.

Fu Xuming, setiausaha jawatankuasa CPC Daerah Changsha, berkata bahawa daerah itu berusaha untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang paling selesa, perkhidmatan yang baik sekali dan keadaan kerja yang cemerlang untuk perusahaan-perusahaan dan rakan-rakan dari Afrika melabur, menetap dan bekerja dengan selesa di Daerah Changsha.

Dengan berganding bahu bersama Afrika, ia juga akan menyumbang lebih banyak kepada kerjasama China-Afrika di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan serta dalam membina sebuah komuniti yang berkongsi masa depan, ujar Fu.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/334872.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)