TAIPEI, 8 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Dimerco Express Corporation (TWSE: 5609) merupakan penyedia perkhidmatan logistik peringkat global yang beribu pejabat di Taiwan selama lebih 42 tahun. Bagi menghadapi arah aliran globalisasi yang baru muncul, perubahan operasi serta keperluan penyatuan yang melonjak naik, Dimerco mempromosikan Dimerco Value Plus System© selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan Consolidation Yield Management System© (CYM) yang terkini.
Edward Lin, Ketua Pegawai Eksekutif Dimerco berkata, "Dengan syarikat semasa menyelaraskan kawalan pengurusannya menerusi jualan dan pengeluaran, menyesuaikan dasar pemerolehan dengan berbilang negara, berbilang produk serta kuantiti rendah, keupayaan penyatuan kami dapat menjamin nisbah kerugian kargo yang rendah serta pengaturan ruang dengan syarikat pengangkutan untuk jangka panjang, yang seterusnya dapat memberi manfaat kepada para pelanggan global kami menerusi perkhidmatan yang berkualiti dan andal."
CYM telah berjaya memfailkan paten A.S. pada awal tahun ini. Malah, Dimerco, DFS (Sistem Muatan Berkepelbagaian) dan juga Dimerco Value Plus System© di bawah Dimerco Express Group kesemuanya memperoleh akreditasi dengan tanda dagangan di beberapa negara utama; tambahan paten A.S. CYM dalam kumpulan ini mewakili satu lagi pencapaian dan seterusnya meningkatkan daya saing Dimerco pada peringkat global.
3 kelebihan utama CYM menyediakan penyatuan yang cekap dan mudah
Menerusi penggunaan Web 2.0 dan pengurusan rantaian bekalan, Dimerco telah membangunkan Dimerco Value Plus System© yang dimilikinya sendiri. Melalui usaha yang berterusan, CYM Dimerco telah berjaya mewujudkan operasi penyatuan masa sebenar. CYM mempunyai tiga kelebihan utama termasuk automasi aliran kerja yang menghasilkan pengoptimuman kecekapan operasi; menyepadukan dan turut meningkatkan keupayaan penyatuan muatan antara kawasan di pinggiran dan bandar hab; serta meningkatkan hasil penyatuan dan juga kecekapan.
Baru-baru ini, Dimerco berjaya menganugerahkan satu lagi paten di Taiwan untuk "Kaedah Penyegerakan Data". Kaedah ini berperanan untuk mengumpulkan data Dimerco di seluruh dunia (termasuk CYM), dari kesemua lokasi ke dalam satu tapak berpusat. Menerusi "Alat Laporan Kepintaran Perniagaan" yang mampu menyediakan laporan yang tepat kepada para pelanggan peringkat global berdasarkan masa sebenar, ini menunjukkan Dimerco bukan sahaja menyediakan perkhidmatan yang cekap untuk para pelanggannya, malah ia turut berhasrat untuk memantapkan keupayaan IT yang dimilikinya menerusi aplikasi paten yang berjaya.
Dimerco terus mempromosikan dasar mesra alam serta perkhidmatan pengangkutan yang ditetapkan untuk memenuhi keperluan pelanggannya. Menerusi CYM, Dimerco mampu menguruskan kesemua sistem dan sumber pengangkutan dengan berkesan bagi mengurangkan jumlah pembungkusan serta mengoptimumkan penggunaan ruang. Daripada satu segi, ini dapat membantu memelihara alam sekitar dengan mengelakkan pembaziran sumber serta mengurangkan jejak karbon. Di samping itu, ia turut memperlihatkan profesionalisme syarikat tersebut dalam rangkaian logistik peringkat global.
Sila layari http://www.dimerco.com/dimerco/en/ bagi mendapatkan maklumat lanjut.