omniture

Solenis Memuktamadkan Pengambilalihan Diversey bernilai $4.6 Bilion

Solenis
2023-07-06 10:29 0

Perjanjian yang menggabungkan dua peneraju industri dalam pasaran berkaitan namun sangat saling melengkapi 

WILMINGTON, Delaware, 6 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Solenis, pengeluar terkemuka bagi bahan kimia khusus yang digunakan dalam industri intensif air, telah memuktamadkan pengambilalihan Diversey Holdings, Ltd., berkuat kuasa pada 5 Julai, dalam suatu urus niaga secara tunai sepenuhnya yang dinilaikan pada nilai perusahaan kira-kira $4.6 bilion seperti yang diumumkan sebelum ini. Diversey ialah pembekal produk dan teknologi kebersihan, pencegahan jangkitan dan pembersihan yang terkemuka.

Solenis has completed its acquisition of Diversey for $4.6 billion.
Solenis has completed its acquisition of Diversey for $4.6 billion.

Dengan pengambilalihan tersebut, Solenis telah berkembang menjadi sebuah perusahaan yang beroperasi di lebih 130 negara dengan 71 buah kemudahan perkilangan dan lebih 15,000 orang pekerja. Beribu pejabat di Wilmington, Delaware, Solenis telah diambil alih oleh Platinum Equity pada tahun 2021. Bain Capital, pemegang saham majoriti Diversey akan memegang pegangan minoriti dalam Solenis hasil daripada urus niaga ini.

"Penggabungan ini menjadikan Solenis sebagai sebuah syarikat yang lebih pelbagai dengan skala yang meningkat dengan ketara, jangkauan global yang lebih luas dan keupayaan untuk menawarkan rangkaian penyelesaian 'kedai sehenti' yang memenuhi permintaan pelanggan serta menangani masalah pengurusan air, pembersihan dan kebersihan pada peringkat global," kata John Panichella, Ketua Pegawai Eksekutif Solenis. "Secara bersama-sama, kami mempunyai sebuah asas yang membolehkan kami terus memanfaatkan perkongsian pelanggan kami yang kukuh, inovasi termaju dan perkhidmatan nilai tambah untuk memacu trajektori pertumbuhan Solenis yang agresif. Dengan sokongan berterusan daripada Platinum Equity, kami yakin bahawa kami akan memaksimumkan peluang yang memberangsangkan ini di masa hadapan."

Panichella menyatakan bahawa penambahan barisan produk dan teknologi pembersihan dan kebersihan Diversey membantu mewujudkan peluang jualan silang yang akan menjadikan Solenis sebagai rakan kongsi yang lebih berharga untuk para pelanggannya. "Kami kini mempunyai keupayaan yang dipertingkatkan dengan lebih besar untuk membantu para pelanggan kami menangani cabaran kelestarian yang penting, mengurangkan kesan alam sekitar mereka serta membantu mewujudkan dunia yang lebih bersih dan selamat," kata beliau.

"Ini merupakan suatu peluang transformasi untuk menggabungkan dua buah syarikat inovatif yang masing-masing telah membangunkan penyelesaian untuk kebanyakan cabaran yang paling mendesak di dunia selama lebih 100 tahun," kata Presiden Bersama Platinum Equity, Jacob Kotzubei. "Dengan bergabung tenaga, mereka berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mempercepat kadar kemajuan merentasi pelbagai pasaran akhir dengan pertumbuhan tinggi yang lebih luas."

"Kami teruja untuk mewujudkan sebuah platform yang lebih besar dan lebih luas yang akan membolehkan lebih banyak peluang kepada Solenis untuk berkembang secara organik serta melalui pengambilalihan tambahan dalam pasaran teras dan berkaitan pada masa hadapan," tambah Pengarah Urusan Platinum Equity, Nathan Eldridge.

Penasihat 

BofA Securities, Goldman Sachs dan Piper Sandler berkhidmat sebagai penasihat kewangan kepada Solenis dalam urus niaga ini. Gibson, Dunn & Crutcher LLP menyediakan perkhidmatan sebagai penasihat undang-undang dan Willkie Farr & Gallagher LLP sebagai peguam pembiayaan hutang kepada Platinum Equity dan Solenis. BofA Securities dan Goldman Sachs mengetuai pembiayaan hutang untuk pengambilalihan ini.

Untuk maklumat tambahan tentang Solenis, sila layari www.solenis.com.

Untuk maklumat tambahan tentang Platinum Equity, sila layari www.platinumequity.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2147722/Solenis_Corporate.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1483837/Solenis_Logo_Logo.jpg?p=medium600

Source: Solenis
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Computer/Electronics Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Utilities Water Utilities Acquisitions, mergers, takeovers Licensing/marketing agreements