omniture

Azentio merangkul kedudukan teratas merentasi pelbagai kategori dalam Kedudukan Liga Jualan IBSi 2023

Azentio Software Pvt Ltd
2023-07-06 11:17 0

Ia mendapat Kedudukan Nombor 1 dalam Keluasan Produk - Kepimpinan Global, Pinjaman Runcit Islam, Automasi Proses & Teknologi Insurans 

SINGAPURA, 6 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Azentio Software ("Azentio"), firma teknologi beribu pejabat Singapura yang dimiliki oleh dana yang diuruskan oleh Apax Partners, telah mengumumkan bahawa ia telah mencapai kedudukan teratas dalam pelbagai kategori bagi Kelab Kepimpinan Kedudukan Liga Jualan (Sales League Table, SLT) IBS Intelligence (IBSi) 2023 yang eksklusif, yang merupakan barometer prestasi tahunan yang diiktiraf secara global untuk mengukur prestasi pembekal teknologi.

Azentio telah menduduki kedudukan Nombor Satu dalam kategori berikut:

Syarikat ini turut diumumkan sebagai syarikat yang mendapat kedudukan kedua tertinggi dalam kategori ini:

  • Pemimpin Serantau – Timur Tengah (untuk platform Azentio ONEBanking dan rangkaian Azentio Islamic Banking)
  • Terbaik dalam Teras Universal – Perbankan Islam (untuk rangkaian Azentio Islamic Banking)
  • Terbaik dalam Teras Universal Perbankan Islam – Timur Tengah (untuk rangkaian Azentio Islamic Banking)
  • Terbaik dalam Pengurusan Pematuhan (untuk Azentio ONEBanking – Penyelesaian Risiko & Analisis).

Walaupun SLT IBSi mengiktiraf prestasi jualan vendor teknologi merentasi ratusan penglibatan pemilihan sistem yang dijalankan di seluruh dunia, Kelab Kepimpinan SLT (SLT Leadership Club) mengenal pasti sistem terkemuka yang telah menempa nama mereka merentasi pelbagai kategori sistem serta geografi.

Mengulas tentang pencapaian Azentio, Nikhil Gokhale, Ketua Platform Penyelidikan IBSi berkata, "Tahniah diucapkan kepada Azentio kerana berjaya tersenarai dalam Kelab Kepimpinan SLT 2023 merentasi lapan kategori utama, yang meliputi teras Islam dan pinjaman runcit, pengurusan pematuhan, teknologi insurans dan proses automasi, serta lain-lain lagi. Rangkaian produk perisian Azentio yang mengagumkan, yang membolehkannya menyampaikan penyelesaian tersuai untuk memenuhi cabaran khusus industri, telah diserlahkan oleh kemenangannya dalam kategori Keluasan Produk. Kemenangan ini mengesahkan lagi kedudukan Azentio sebagai pemain utama dalam sektor teknologi kewangan, mempamerkan kedalaman dan keluasan portfolio mereka."

Krish Narayanaswami, Pengarah Urusan - Perbankan, Perkhidmatan Kewangan dan Insurans Azentio menyatakan, "Kami berasa gembira kerana Azentio telah mencapai kedudukan tertinggi dalam Kelab Kepimpinan SLT 2023 IBSi merentasi pelbagai kategori di peringkat global dan juga serantau. Terpilih sebagai Peneraju Global dalam Keluasan Produk benar-benar mengukuhkan kedudukan rangkaian penyelesaian kami sebagai produk yang menyeluruh dan terbukti di pasaran yang menampilkan kedalaman serta keluasan vertikal produk untuk memenuhi keperluan industri pelanggan kami yang unik. Saya percaya bahawa pengiktirafan ini menyerlahkan kepercayaan yang diberikan kepada kami oleh pelanggan kami yang dihargai serta menonjolkan kejayaan mereka dalam mengatasi cabaran global yang tidak pernah berlaku sebelum ini untuk berkembang maju dan makmur dengan memanfaatkan inovasi teknologi yang berterusan."

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1978771/Azentio_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Azentio Software Pvt Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards