omniture

Data Connect for Marketing memperkasakan perniagaan saluran omni untuk menggunakan data pembayaran bagi mendorong pemperibadian dan meningkatkan kesetiaan

Adyen Inc.
2023-07-06 16:00

Produk terbaharu Adyen ini sudah pun membantu kumpulan fesyen global AWWG (Pepe Jeans London, Hackett dan Façonnable) meningkatkan program kesetiaan pelanggannya & Salesforce telah membina penyepaduan untuk menawarkan profil yang diperkaya dengan pembayaran kepada pangkalan pelanggannya 

AMSTERDAM, 6 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Adyen (AMS: ADYEN), platform teknologi kewangan global pilihan untuk perniagaan terkemuka, mengumumkan pelancaran Data Connect for Marketing, sebuah produk baharu yang membolehkan peruncit saluran omni memanfaatkan data pembayaran untuk meningkatkan inisiatif pemasaran dan memberikan pemahaman yang lebih baik tentang pelanggan. Pengecam profil unik boleh memautkan urus niaga dalam kedai yang tidak dikenal pasti sebelum ini kepada profil pembeli-belah, merungkai keluasan kes penggunaan yang didorong analisis. Dilengkapi dengan pemahaman pelanggan yang lebih kukuh, perniagaan boleh memberi ganjaran atas kesetiaan pelanggan, menyesuaikan pengalaman pembeli-belah dan memacu nilai untuk pelanggan sedia ada. 

Dengan majoriti urus niaga (82%) berlaku di kedai fizikal namun kekurangan pengenalan pelanggan, para peruncit menghadapi "titik buta" yang ketara dalam memahami pilihan pelanggan mereka. Data Connect for Marketing mengalih keluar masalah ini dengan menyediakan set data berstruktur yang disepadukan dengan mudah ke dalam alatan luaran perniagaan, dengan kes penggunaan yang berbeza daripada Platform Data Pelanggan (CDP) atau perisian Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM). Salesforce ialah salah satu pemain pertama yang membina penyepaduan ini untuk menawarkan profil yang diperkaya dengan pembayaran kepada pangkalan pelanggannya. 

"Memahami perjalanan pelanggan telah menjadi halangan utama bagi perniagaan runcit saluran omni," kata Brian Dammeir, Ketua Perdagangan Bersepadu Global Adyen. "Dengan adanya Data Connect for Marketing, Adyen merapatkan jurang antara pengalaman dalam kedai dan pengalaman dalam talian dengan menghubungkan kekayaan data kami kepada profil pelanggan tunggal. Ini bermakna kami boleh menyokong perniagaan untuk membina kesetiaan pelanggan, dan merungkai peluang penyesuaian dan pengiklanan baharu melalui penyepaduan sedia ada mereka dengan Adyen."

Daripada bergantung pada sumber data pihak ketiga dalam usaha untuk memahami pelanggan mereka, Data Connect for Marketing bermaksud syarikat perniagaan kini boleh memanfaatkan data pembayaran pihak pertama mereka sendiri untuk membina pandangan pelanggan yang komprehensif. Keupayaan ini memberikan peluang besar kepada perniagaan untuk meningkatkan tawaran kesetiaan mereka, di mana data Adyenmendedahkan bahawa 68% pengguna melaporkan bahawa mereka ingin melihat pemberian diskaun yang lebih diperibadikan daripada peruncit yang paling kerap mereka beli. Selain itu, hampir separuh (48%) pengguna memilih peruncit yang mengingati keutamaan dan kelakuan membeli-belah mereka sebelum ini untuk mencipta pengalaman membeli-belah yang lebih disesuaikan.

"Keutamaan kami yang teratas ialah mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang pelanggan kami," komen Angel Vázquez Cabezas, Ketua Kumpulan Penjagaan Pelanggan untuk AWWG. "Data Connect for Marketing membantu kami mengenal pasti pembeli individu yang membuat pembelian dengan kami merentasi pelbagai saluran, kadangkala dengan pendaftaran yang berbeza. Ini bermakna kami dapat berkomunikasi dengan lebih baik secara individu, dengan memberikan pengalaman yang benar-benar relevan dan tepat pada masanya." AWWG ialah kumpulan fesyen di sebalik jenama global seperti Pepe Jeans London, Hackett dan Façonnable.

"Memanfaatkan kuasa data pembayaran merupakan pembawa perubahan kepada perniagaan untuk mencipta pandangan menyeluruh pelanggan yang komprehensif," kata Brian Landsman, Naib Presiden Eksekutif Global Technology Partners di Salesforce. "Dengan adanya Data Connect for Marketing, pasukan boleh menawarkan pengalaman pelanggan yang luar biasa dengan menggunakan aplikasi Salesforce Commerce Cloud kami."

Untuk maklumat lanjut tentang Data Connect for Marketing, sila baca lebih lanjut di sini.

Mengenai Adyen
(AMS: ADYEN) ialah platform teknologi kewangan pilihan untuk syarikat terkemuka. Dengan menyediakan keupayaan pembayaran yang serba lengkap, cerapan dipacu data dan produk kewangan dalam satu penyelesaian tunggal global, Adyen membantu perniagaan mencapai matlamat mereka dengan lebih pantas. Dengan pejabat di seluruh dunia, Adyen bekerja dengan syarikat seperti Facebook, Uber, H&M, eBay dan Microsoft.

Adyen terus menambah baik dan mengembangkan penawaran produknya sebagai sebahagian daripada perjalanan biasa perniagaannya. Produk dan ciri baharu diumumkan melalui siaran akhbar dan kemas kini produk di laman web syarikat ini.

Tentang Laporan Runcit Global Adyen
Laporan Runcit Global merangkumi pandangan daripada tinjauan pendapat dalam talian melibatkan 12,000 pedagang merentasi 26 buah negara yang berbeza dan 36,000 orang pengguna yang dijalankan oleh Censuswide dan Opinium antara bulan Februari hingga Mac 2023. 

Tentang AWWG
Di asaskan pada tahun 2006, AWWG ialah sebuah syarikat fesyen global yang menyepadukan Pepe Jeans London, Hackett dan Façonnable sebagai jenama utama. Ia adalah pengedar sah bagi Tommy Hilfiger dan Calvin Klein di Sepanyol dan Portugal. AWWG kini mempunyai 238 kedai dengan kehadiran di 54 buah negara di seluruh dunia dengan tenaga kerja seramai 2,800 orang pekerja.

Tentang Salesforce
Salesforce memperkasakan syarikat dari setiap saiz dan industri untuk berhubung dengan pelanggan mereka dengan cara yang baharu melalui kuasa AI, data dan CRM. Untuk maklumat lanjut tentang Salesforce (NYSE: CRM), sila layari: www.salesforce.com.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1490851/Logo__Adyen_green_RGB_Logo.jpg?p=medium600

Source: Adyen Inc.
Related Stocks:
EuronextAmsterdam:ADYEN NYSE:CRM OTC:ADYEY
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Retail New products/services Survey, Polls & Research Data Analytics Financial Technology