omniture

MAS Holdings melabur dalam HeiQ AeoniQ™: satu alternatif lestari kepada sintetik

MAS Holdings; HeiQ
2023-07-07 00:50

ZÜRICH, 6 Julai 2023 /PRNewswire/ -- MAS Holdings, sebuah konglomerat teknologi dan perkilangan pakaian & tekstil global yang beribu pejabat di Sri Lanka dengan jejak global merentasi 16 buah negara, memperoleh pegangan dalam HeiQ AeoniQ™ sebagai sebahagian daripada inisiatifnya, Rancangan untuk Perubahan bagi menyokong pembangunan gentian filamen selulosa generasi seterusnya untuk menggantikan poliester dan nilon.

 

MAS Holdings and HeiQ administrators celebrate the deal that makes HeiQ AeoniQ™ stronger and scaled-up.(From left to right: Nipuna Gunaratne – Sustainable Product Lead, MAS Holdings; Rajiv Dharmendra – Chief Executive Officer, MAS Intimates; Nemanthie Kooragamage – Director - Group Sustainable Business, MAS Holdings; Mahesh Amalean – Co-Founder & Chairman, MAS Holdings; Carlo Cen-tonze – Co-Founder & CEO, HeiQ Group; Musa Raibin - VP South Asia Brand Force, HeiQ Group; Ran-il Vitarana – Chief Innovation Officer, MAS Holdings
MAS Holdings and HeiQ administrators celebrate the deal that makes HeiQ AeoniQ™ stronger and scaled-up.(From left to right: Nipuna Gunaratne – Sustainable Product Lead, MAS Holdings; Rajiv Dharmendra – Chief Executive Officer, MAS Intimates; Nemanthie Kooragamage – Director - Group Sustainable Business, MAS Holdings; Mahesh Amalean – Co-Founder & Chairman, MAS Holdings; Carlo Cen-tonze – Co-Founder & CEO, HeiQ Group; Musa Raibin - VP South Asia Brand Force, HeiQ Group; Ran-il Vitarana – Chief Innovation Officer, MAS Holdings

 

HeiQ peneraju inovasi bahan dari Switzerland dan MAS Holdings, sebuah konglomerat teknologi dan perkilangan pakaian & tekstil global yang beribu pejabat di Sri Lanka serta merupakan pengilang pakaian dan tekstil yang terbesar di Asia Selatan dengan perolehan kira-kira USD2 bilion, telah memeterai sebuah kerjasama bagi membolehkan MAS memperoleh pegangan dalam HeiQ AeoniQ GmbH, sebuah anak syarikat HeiQ Group yang akan mengeluarkan HeiQ AeoniQ™, sejenis benang selulosa yang positif iklim.

Melalui pelaburan ini, MAS Holdings menjadi pengilang pertama yang bekerjasama dengan HeiQ AeoniQ™ dalam usaha mereka untuk menyediakan alternatif yang lestari kepada poliester dan nilon. Pelaburan yang akan dibuat oleh MAS Holdings itu adalah sebahagian daripada strategi kumpulan tersebut untuk memacu impak yang positif terhadap alam sekitar. Rancangan untuk Perubahan oleh MAS adalah bertujuan untuk menjana 50% hasil syarikat melalui produk lestari menjelang tahun 2025, merevolusikan industri tekstil dengan tumpuan pada inovasi, penyumberan yang lestari dan merintis perkitaran pada skala yang besar.

Dengan memuktamadkan perjanjian ini, HeiQ dan MAS bersetuju dengan Perjanjian Dagangan 5 tahun untuk 3,000 tan benang HeiQ AeoniQ™ pada tahun 2025 dan 5,000 tan setahun dari tahun 2026 sehingga 2029, yang dinilai oleh HeiQ secara agregat berjumlah USD100 juta. MAS akan memuktamadkan komitmen ini dalam tempoh masa yang ditetapkan selepas mencapai perkembangan 1, serta rancangan bersama untuk pengkomersilan. HeiQ dan MAS yakin bahawa penskalaan pantas adalah kunci untuk memudahkan penerimagunaan pantas teknologi kitaran yang lestari seperti HeiQ AeoniQ™.

HeiQ AeoniQ™: pembawa perubahan kepada industri tekstil

Sejak suku keempat tahun 2021, pelancaran teknologi HeiQ AeoniQ™ oleh HeiQ telah menarik perhatian pemain global utama dalam industri tekstil dan pakaian.

Dengan kaedah pengilangan proprietari, buat pertama kalinya dalam sejarah, benang filamen selulosa boleh dihasilkan daripada pelbagai bahan suapan tidak bervalori dan mampu menghasilkan ciri prestasi yang setanding dengan poliester atau nilon, sambil dihasilkan secara lestari dan berada dalam kitaran tanpa henti.

Kilang rintis HeiQ AeoniQ™ di Austria ini sedang mengeluarkan benang filamen selulosa berterusan revolusioner ini sejak suku ketiga tahun 2022, dengan kapasiti penghasilan sehingga 100 tan yang akan ditingkatkan sehingga 300 tan menjelang penghujung tahun 2023.

Peningkatan pengeluaran HeiQ AeoniQ™ dirancang akan mendapat rangsangan muktamadnya menjelang awal tahun 2026 dengan pembinaan sebuah kilang giga baharu sepenuhnya yang mampu menghasilkan 30,000 tan pengeluaran setahun, dengan anggaran pelaburan bernilai USD250 juta.

Carlo Centonze, Ketua Pegawai Eksekutif HeiQ Group berkata, "Sejak awal lagi, HeiQ telah mempelopori inovasi tekstil, merevolusikan kefungsian lestari dan meningkatkan kehidupan berbilion-bilion manusia. Kini, dengan pengenalan HeiQ AeoniQ™, kami mengukuhkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk membawa perubahan kepada industri tekstil—iaitu sebuah sektor yang telah lama dicurigai sebagai pencemar kedua terbesar di dunia. Perjanjian pelaburan dan dagangan MAS bertindak sebagai bukti kukuh bahawa pemain rantaian nilai tekstil terkemuka mengiktiraf HeiQ AeoniQ™ sebagai pembawa perubahan yang unggul, sekali gus meletakkan kepercayaan mereka pada kuasa transformatifnya dan merupakan hasil semula jadi daripada keyakinan yang dibina selama sedekad melalui perniagaan bersama yang dijalankan antara HeiQ dengan MAS" 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Holdings, Suren Fernando menambah"MAS telah dibangunkan berdasarkan kepercayaan asas untuk melakukan perkara yang betul. Sebagai sebuah organisasi global yang memupuk lebih 100,000 orang individu, kami yakin dengan tanggungjawab kami untuk memacu perubahan positif dalam industri pakaian melalui penyelesaian produk yang lestari. Kami percaya bahawa pelaburan ini merupakan langkah penting dalam usaha kami untuk membentuk semula industri kami dengan memacu inovasi, kolaborasi dan penskalaan. Dengan HeiQ AeoniQ™ sebagai pemangkin utama, kami bersedia untuk membuka laluan ke arah masa depan yang lebih lestari."

Polyester dan nilon ialah dua jenis gentian berasaskan minyak yang hampir tidak boleh dikitar semula, ia menyumbang kepada kira-kira 70% daripada semua pengeluaran tekstil global, mengambil masa antara 350 hingga 1000 tahun untuk terurai secara semula jadi, di mana buat masa ini hampir 1% sahaja yang boleh dikitar semula secara berterusan, dan merupakan punca kepada 35% mikroplastik yang boleh ditemui di lautan hari ini. HeiQ AeoniQ™ telah diinovasikan dan sedang melalui proses penskalaan besar-besaran untuk mengubah situasi ini.

Tentang HeiQ

Diasaskan pada tahun 2005 sebagai sebuah syarikat pecahan kepada Swiss Federal Institute of Technology Zurich (ETH) dan disenaraikan pada Pasaran Utama Bursa Saham London (XLON:HEIQ), HeiQ merupakan peneraju inovasi tekstil dan bahan yang mencipta beberapa teknologi paling berkesan, tahan lama dan berprestasi tinggi dalam pasaran hari ini. HeiQ berusaha untuk meningkatkan kehidupan berbilion-bilion manusia melalui inovasi rintis dalam tekstil dan bahan. Dengan menggabungkan tiga bidang kepakaran – penyelidikan saintifik, pembuatan bahan khusus dan penjenamaan bahan pengguna – HeiQ merupakan rakan inovasi yang ideal untuk mencipta produk yang berbeza dan lestari serta memberikan nilai tambah pada pusat jualan. Dengan 14 buah pejabat, 7 tapak pembuatan dan 7 hab R&D, HeiQ mempunyai lebih 200 orang kakitangan profesional pada hari ini. Ia memiliki kapasiti bahan kimia khusus keseluruhan sebanyak 45,000 tan setahun dan memenuhi permintaan lebih 1,000 pelanggan industri di lebih 60 buah negara. Hari ini, teknologi HeiQ boleh didapati di lebih 60 buah negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.heiq.com

Tentang MAS Holdings

MAS Holdings, syarikat teknologi pakaian terbesar di Asia Selatan, adalah antara penyedia penyelesaian reka bentuk-kepada-penghantaran yang paling diiktiraf dalam pembuatan pakaian dan tekstil. Menempatkan sebuah komuniti dengan lebih 110,000 orang, MAS hari ini memiliki kilang pembuatan di 16 buah negara dengan lokasi reka bentuk yang kukuh diletakkan di pusat-pusat fesyen utama di seluruh dunia. Dengan memenuhi permintaan industri yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah, portfolio MAS telah berkembang dengan pesat; merangkumi jenama, teknologi boleh dipakai, Teknologi Wanita (FemTech), syarikat pemula dan tempat pembuatan fabrik di seluruh dunia.

Selama lebih 35 tahun beroperasi, MAS telah mendapat pengiktirafan global atas persekitaran kerja yang beretika dan lestari serta atas usaha gigih organisasinya dalam pembangunan sosial dan pemerkasaan wanita. Hari ini, usaha syarikat ini untuk memacu impak positif digariskan dalam Pelan untuk Perubahan MAS (MAS Plan for Change), sebuah komitmen untuk mencipta perubahan yang lestari di bawah tiga bidang tumpuan: produk, kehidupan dan planet. Melalui inisiatif ini, MAS berhasrat untuk memberi inspirasi kepada semua pekerja untuk menjadi pembuat perubahan, membolehkan impian tercapai dan memperkaya fabrik kehidupan di planet kita.

Sila layari www.masholdings.com untuk butiran lanjut.

Tentang HeiQ AeoniQ™

HeiQ AeoniQ™ merupakan inisiatif utama HeiQ untuk membawa pembaharuan kepada industri tekstil. Sebagai peneraju global dalam inovasi tekstil, HeiQ bermatlamat untuk mencipta benang filamen selulosa positif iklim secara berterusan yang pertama di dunia melalui proses pengilangan proprietari yang menghasilkan semula ciri-ciri benang poliester dan nilon buat kali pertama dalam gentian selulosa yang tahan lasak, boleh biodegradasi dan boleh dikitar semula selama-lamanya. HeiQ telah menubuhkan HeiQ AeoniQ™ sebagai sebuah syarikat kendiri dan membolehkan rakan kongsi perniagaannya untuk menyertai daripada peringkat pembangunan dan menjadi sebahagian daripada pasukan yang merintis inisiatif ini untuk memulihkan jejak karbon dalam industri tekstil. Bagi merealisasikan HeiQ AeoniQ™, HeiQ telah memeterai kerjasama jenama penggerak yang pertama dengan HUGO BOSS dan mereka bersama-sama menukar HeiQ AeoniQ™ menjadi sehelai pakaian. LYCRA Company terlibat dalam inisiatif ini sebagai pengedar global. MAS Holdings pula menjadi rakan kongsi terbaharu projek ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.heiq-aeoniq.com/

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2146222/MAS_Holdings_and_HeiQ.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2146221/MAS_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2146223/HeiQ_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

 

Source: MAS Holdings; HeiQ
Related Stocks:
LSE:HEIQ
Keywords: Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Textiles Financing agreements