-- Dew Nation berpeluang menyaksikan secara eksklusif kandungan karakter dan paparan di sebalik tabir X-MEN: Days of Future Past
PURCHASE, New York, 8 Mei 2014 /PRNewswire/ -- #DEWXMENDOFP – Mountain Dew® telah mengumumkan pada hari ini ia akan membawakan peminatnya dari seluruh dunia mendekati keterujaan blokbuster paling dinantikan musim panas ini, filem X-MEN: Days of Future Past milik 20th Century Fox, menerusi program digital antarabangsa yang bertumpu terhadap peminat, bertajuk "Unleash Your X."
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140507/85498
Kempen "Unleash Your X" akan menyediakan kandungan video eksklusif untuk Dew Nation digital: wawancara di sebalik tabir yang menarik bersama bakat terkenal filem tersebut termasuk Hugh Jackman, James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Halle Berry, Ian McKellen, Patrick Stewart, Ellen Page, Evan Peters dan juga BooBoo Stewart. Bermula dengan cerita di set penggambaran sehinggalah analisis perjalanan watak terlibat menerusi filem ketujuh dalam francais X-MEN ini, siri video yang belum pernah dipaparkan ini memberikan capaian yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini kepada peminat untuk mengetahui tentang filem yang amat dinanti-nantikan ini. Pada setiap minggu sepanjang tempoh program selama tujuh minggu itu, video tersebut akan dipaparkan secara eksklusif menerusi laman Facebook Mountain Dew di hampir 30 negara.
Kurt Frenier, Naib Presiden Pembangunan Jenama Global, Bahagian Minuman, PepsiCo mengulas: "Seperti setiap mutan X-Men yang mempunyai 'X' masing-masing – atau kuasa individu masing-masing – Dew menggalakkan peminat dari seluruh dunia untuk memperlihatkan minat dan kemahiran tersendiri mereka. Program 'Unleash Your X' berkongsi kandungan X-MEN: Days of Future Past yang hanya boleh didapati oleh para peminat menerusi Dew. Kami mahu membawa Dew Nation meneroka filem tersebut dengan cara yang tidak mungkin dilakukan oleh jenama lain."
Para pengguna juga boleh meneroka dan berkongsi dosier watak dengan imej, poster serta maklumat, mencipta profil mutan mereka sendiri untuk berkongsi maklumat 'X' peribadi mereka serta mendapatkan hadiah X-MEN: Days of Future Past dan juga peluang yang disediakan sekali seumur hidup ini.
Di samping pengalaman digital, kempen "Unleash Your X" turut melibatkan iklan televisyen (:30 dan :60) yang dijangka akan ditayangkan di lebih 15 negara pada peringkat antarabangsa. Unsur kreatif akan membawa peminat melalui perjalanan cecair neon, dengan menyepadukan kuasa Mountain Dew dan potongan filem X-MEN: Days of Future Past yang menarik. Apabila Dew meletus, setiap titisan akan memaparkan turutan menarik daripada X-MEN: Days of Future Past.
Anna Roca, Naib Presiden Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa 20th Century Fox pula berkata: "Kami amat teruja dapat bekerjasama dengan Mountain Dew sebelum tayangan peringkat antarabangsa X-MEN: Days of Future Past pada 23 Mei ini. Sama ada anda merupakan peminat setia alam semesta X-MEN atau sedang cuba mengenali lebih lanjut sebelum menonton filem tersebut, pengalaman Mountain Dew 'Unleash Your X' adalah yang paling tepat bagi mencetus keseronokan untuk blokbuster ini."
Nota kepada Editor:
Latar Belakang 20th Century Fox:
Salah satu penerbit dan pengedar filem terbesar di dunia, 20th Century Fox Film menerbitkan, memperoleh dan turut mengedarkan filem ke serata dunia. Filem ini diterbitkan atau diperoleh daripada unit 20th Century Fox Film berikut: Twentieth Century Fox, Fox 2000 Pictures, Fox Searchlight Pictures, Fox International Productions dan juga Twentieth Century Fox Animation.
Latar Belakang PepsiCo:
PepsiCo merupakan peneraju global dalam bidang makanan dan minuman dengan pendapatan bersih sebanyak lebih $65 bilion dan turut mempunyai portfolio produk termasuk 22 jenama yang menjana lebih $1 bilion setiap satu menerusi jualan runcit tahunan. Perniagaan utama kami - Quaker, Tropicana, Gatorade, Frito-Lay dan juga Pepsi-Cola – menghasilkan ratusan makanan dan minuman lazat yang amat diminati di seluruh dunia. Individu PepsiCo disatukan menerusi komitmen tersendiri kami terhadap pertumbuhan mampan dengan melabur dalam masa depan yang lebih sihat untuk setiap individu dan dunia ini, yang kami percaya turut menjanjikan kejayaan yang lebih cemerlang untuk PepsiCo. Kami menamakan komitmen ini sebagai Prestasi Bermatlamat: Janji PepsiCo untuk menyediakan pelbagai makanan dan minuman yang terdiri daripada makanan manis sehingga makanan sihat; mencari kaedah inovatif untuk meminimumkan kesan terhadap alam sekitar dengan menjimatkan tenaga dan air serta mengurangkan jumlah pembungkusan; menyediakan tempat kerja yang selesa untuk rakan sekerja kami; dan juga untuk menghormati, menyokong serta melabur dalam komuniti tempatan di kawasan operasi kami. Bagi maklumat lanjut, sila layari www.pepsico.com.