PARIS dan NEW YORK, 9 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Publicis Groupe S.A. (Euronext Paris: PUB) dan Omnicom Group Inc. (NYSE: OMC), hari ini bersama-sama mengumumkan kedua-duanya telah menamatkan cadangan penggabungan sama rata menerusi perjanjian bersama, kerana kesulitan untuk menyempurnakan transaksi tersebut dalam jangka masa yang munasabah. Kedua-dua pihak juga telah membebaskan satu sama lain daripada sebarang kewajipan berkenaan dengan transaksi yang dicadangkan serta tiada bayaran penamatan akan dikenakan untuk kedua-dua pihak.
Keputusan ini telah diluluskan secara sebulat suara oleh Lembaga Pengurusan dan Lembaga Penyeliaan Publicis Groupe serta Lembaga Pengarah Omnicom.
Dalam kenyataan bersama, Maurice Lévy, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Publicis Groupe, serta John Wren, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Omnicom Group menyatakan: "Cabaran yang masih wujud dan perlu ditangani, di samping kadar kemajuan yang perlahan menyebabkan berlakunya ketidakpastian yang menggugat kepentingan kedua-dua pihak serta kakitangannya, pelanggan dan juga pemegang saham. Oleh itu, kami telah bersama-sama membuat keputusan untuk memilih haluan masing-masing. Pastinya, kami kekal sebagai pesaing, namun kami masih mengekalkan rasa hormat-menghormati antara satu sama lain."
Latar Belakang Publicis Groupe
Publicis Groupe [Euronext Paris FR0000130577, CAC 40] merupakan salah satu kumpulan komunikasi yang menerajui di dunia. Publicis Groupe menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemahiran: digital (DigitasLBi, Razorfish, Rosetta, VivaKi), pengiklanan (BBH, Leo Burnett, Publicis Worldwide, Saatchi & Saatchi), perhubungan awam, acara dan komunikasi korporat (MSLGROUP), strategi media, perancangan serta pembelian (Starcom MediaVest Group dan ZenithOptimedia), komunikasi penjagaan kesihatan, bersama Publicis Healthcare Communications Group (PHCG), serta pengeluaran aset jenama bersama Prodigious. Publicis Groupe juga berada di 108 negara dan mempunyai seramai lebih 62,000 kakitangan profesional.
www.publicisgroupe.com | Twitter: @PublicisGroupe | Facebook: www.facebook.com/publicisgroupe | LinkedIn: Publicis Groupe |http://www.youtube.com/user/PublicisGroupe | Viva la Difference !
Latar Belakang Omnicom
Omnicom Group Inc. (NYSE: OMC) merupakan syarikat pemasaran global dan komunikasi korporat yang menerajui bidangnya. Rangkaian berjenama Omnicom dan pelbagai firma kepakarannya menyediakan perkhidmatan pengiklanan, pembelian dan perancangan media strategik, pemasaran digital dan interaktif, pemasaran langsung dan juga promosi, perhubungan awam serta perkhidmatan komunikasi kepakaran yang lain untuk lebih 5,000 pelanggan di lebih 100 negara.
www.omnicomgroup.com | Twitter: @Omnicom