omniture

The Independents, kumpulan pemasaran dan komunikasi global terkemuka untuk jenama mewah dan gaya hidup, mengambil alih CTZAR, sebuah agensi pemasaran dan pengaruh media sosial yang inovatif

The Independents; CTZAR
2023-07-10 15:30

PARIS, 10 Julai 2023 /PRNewswire/ -- CTZAR menyertai The Independents, kumpulan pemasaran dan komunikasi antarabangsa terkemuka yang menggabungkan kemewahan dengan gaya hidup. Sejak penubuhannya pada tahun 2017, TheIndependents telah muncul sebagai peneraju, menyatukan agensi terbaik dan menyampaikan pendekatan yang holistik dan komprehensif kepada para pelanggannya. Melalui dedikasi jangka panjangnya terhadap strategi, kreativiti, acara, PR, data dan pengaruh, kumpulan tersebut mencapai kecemerlangan dalam industrinya dengan menghimpunkan entiti terkenal seperti Bureau Betak, Karla Otto, K2, Prodject, Lefty dan The Qode. CTZAR menjadikan jenama sebagai suatu perbualan hangat dalam kalangan komuniti digital. Organisasi ini bermula sebagai rangkaian persendirian yang menjadi penentu trend serta mengkhusus dalam pemasaran mulut-ke-mulut pada tahun 2008 untuk menjadi sebuah agensi strategik dan kreatif yang terkemuka dengan kepakaran yang tiada tandingan dalam aspek rangkaian sosial, kandungan dan pengaruh. Penggabungan ini memberikan CTZAR laluan masuk yang berharga ke platform global merentasi sepuluh buah negara, sekali gus mengukuhkan kehadirannya secara signifikan di peringkat antarabangsa, terutamanya di rantau utama seperti Asia, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Eropah.

Thomas Silve (CTZAR), Camille Olivier (CTZAR), Isbelle Chouvet (The Independents) Photo by Pierre Mouton
Thomas Silve (CTZAR), Camille Olivier (CTZAR), Isbelle Chouvet (The Independents) Photo by Pierre Mouton

Pertanyaan media:

The Independents:
Lissy von Schwarzkopf
Lissy.vonschwarzkopf@karlaotto.com

Jodie Tillman
Jodie.Tillman@karlaotto.com

CTZAR:
Elisa Palmer
elisa.palmer@ctzar.com

Foto- https://mma.prnewswire.com/media/2148721/The_Independents_CTZAR.jpg
PDF- https://mma.prnewswire.com/media/2149225/The_Independents_CTZAR_PDF1.pdf
PDF - https://mma.prnewswire.com/media/2149226/The_Independents_CTZAR_PDF2.pdf
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/2149224/The_Independents_CTZAR_Logo.jpg

 

Source: The Independents; CTZAR
Keywords: Advertising Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers