SINGAPURA, 11 Mei 2014 /PRNewswire/ --
- Laba Lain sebanyak S$1.0 bilion sebahagian besarnya kerana nilai penyenaraian Mandarin Orchard Singapore dan Mandarin Gallery sebagai entiti berasingan
- Pendapatan dirangsang dengan sumbangan daripada harta tanah Lippo Plaza di Shanghai serta U.S. Bank Tower
- Baki tunai memberangsangkan sebanyak S$864.6 juta
Sorotan Kewangan
S$ juta |
3 bulan berakhir 31 Mac |
Perubahan |
|
S1 2014 |
S1 2013 |
% |
|
Hasil |
106.9 |
105.4 |
1.5 |
Pendapatan Sebelum Faedah dan Cukai |
40.2 |
38.5 |
4.5 |
Keuntungan Bersih |
1,012.2 |
2.0 |
>100.0 |
Keuntungan Bersih Usaha |
945.6 |
1.8 |
>100.0 |
Pemaju harta tanah bersepadu yang tersenarai di Papan Utama SGX OUE Limited ("OUE" atau "Kumpulan") hari ini telah mengumumkan keuntungan bersih sebanyak S$1.0 bilion untuk tiga bulan yang berakhir pada 31 Mac 2014 ("S1 2014"), mencerminkan peningkatan sebanyak lebih 100 peratus daripada S$2.0 juta berbanding suku tahun pertama pada tempoh kewangan sebelumnya ("S1 2013").
Peningkatan ini sebahagian besarnya adalah disebabkan pengiktirafan laba nilai wajar bersih untuk harta tanah Lippo Plaza yang berjumlah S$114.8 juta, serta laba yang berjumlah S$986.4 juta, hasil daripada penyenaraian Mandarin Orchard Singapore dan Mandarin Gallery sebagai entiti berasingan, yang telah dijual kepada OUE Hospitality Trust ("OUE H-TRUST"). OUE H-TRUST telah dipecahkan hasil daripada pengurangan kepentingan berkesan Kumpulan itu berikutan pengedaran in specie yang dibuat kepada pemegang saham semasa S1 2014. OUE H-TRUST ialah rakan sekutu Kumpulan itu setakat 31 Mac 2014. Laba di atas diimbangi dengan mengambil kira kerugian boleh ramal sebanyak S$105.0 juta yang disebabkan oleh Twin Peaks berdasarkan penilaian terkini yang didapati.
Daripada segi pengendalian pula, S1 2014 juga melihat peningkatan jumlah hasil sebanyak 1.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya menjadi S$106.9 juta daripada S$105.4 juta semasa S1 2013. Sehubungan dengan itu, keuntungan kasar telah meningkat daripada S$55.2 juta menjadi S$60.4 juta untuk tempoh laporan yang sama. Inilah hasil sumbangan daripada harta tanah Lippo Plaza dan U.S. Bank Tower.
Kumpulan itu turut menyaksikan peningkatan pendapatan sebelum faedah dan cukai sebanyak 4.5 peratus kepada S$40.2 juta manakala pengurangan perbelanjaan kewangan pula sebanyak 26.9 peratus menjadi S$24.4 juta. Digabungkan dengan laba sekali dapat, Kumpulan itu telah mencatatkan keuntungan bersih sebanyak S$1.0 bilion semasa S1 2014, berbanding S$2.0 juta semasa suku tahun yang sama pada tahun sebelumnya.
Berdasarkan keuntungan bersih usaha bersandarkan asas harta cair sepenuhnya, pendapatan per syer untuk S1 2014 dan S1 2013 masing-masing adalah 103.93 sen dan 0.19 sen. Nilai aset bersih per syer biasa kekal memberangsangkan pada S$4.06 untuk S1 2014.
Ulasan Perniagaan
Semasa suku tahun yang diulas ini, divisyen Hospitaliti Kumpulan itu telah mencatatkan hasil sebanyak S$52.3 juta. Kecuali sumbangan daripada dua Hotel China yang dijual itu, hasil hospitaliti telah meningkat sebanyak 4.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Hasil yang dijana daripada Divisyen Pelaburan Harta Tanah Kumpulan itu telah meningkat sebanyak S$16.9 juta kerana kemasukan hasil daripada harta tanah Lippo Plaza, yang telah dibeli oleh OUE Commercial Real Estate Investment Trust ("OUE C-REIT") pada bulan Januari 2014. Peningkatan hasil ini juga datang daripada sumbangan di U.S. Bank Tower dan kadar penghunian lebih tinggi yang dicapai oleh harta tanah komersil Kumpulan itu yang tinggal pada S1 2014.
Serupa dengan itu, jualan unit kediaman untuk Twin Peaks menyumbang kepada pendapatan pembangunan harta tanah itu, membawakan hasil sebanyak S$9.4 juta untuk S1 2014.
Pandangan Masa Hadapan
Dr. Stephen Riady, Pengerusi Eksekutif OUE berkata, "Kami berpuas hati dengan keputusan kami semasa suku tahun ini sambil kami menyatakan pulangan daripada portfolio harta tanah kami. Dengan kerja pembersihan dan perhiasan hampir selesai di gedung runcit di One Raffles Place, serta kerja peningkatan aset di OUE Downtown yang sedang berjalan mengikut rancangan, kami berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat faedah daripada pengukuhan lanjut aliran pendapatan berulang kami."
"Di samping baki tunai kami yang meyakinkan sebanyak S$864.6 juta, kami berada pada kedudukan yang sesuai untuk merebut peluang yang akan meningkatkan nilai bagi pertumbuhan berterusan OUE," Dr. Riady berkata lagi.
Latar belakang OUE Limited
OUE Limited (SGX:LJ3) ialah pemilik, pemaju serta pembangun harta tanah berkepelbagaian dengan portfolio harta tanah yang terletak di lokasi hangat di Asia dan Amerika Syarikat. OUE mengembangkan perniagaannya secara konsisten dengan memanfaatkan jenamanya dan kepakarannya yang terbukti dalam membangunkan dan turut menguruskan aset mercu tanda merentasi sektor komersil, hospitaliti, peruncitan dan juga kediaman, sebahagian besarnya di Singapura. Dengan strategi terasnya untuk melabur serta memperhebat kumpulan harta tanah yang tampak berbeza, OUE komited untuk membangunkan portfolio yang mempunyai asas pendapatan berulang yang mantap, diseimbangkan dengan keuntungan pembangunan, bagi meningkatkan nilai pemegang saham dalam jangka panjang. OUE ialah penaja OUE Hospitality Trust dan OUE Commercial REIT.
Bagi berita terkini daripada OUE, lawati kami di www.oue.com.sg.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:
T.L. Woo
Tel: +65-6809-6050
E-mel: tlwoo@oue.com.sg