omniture

OLIGHT Perkenal Sensor Kedekatan Dipraaktifkan Revolusioner dalam Model Lampu Suluh Baharu

OLIGHT E-COMMERCE TECHNOLOGY CO., LTD
2023-07-11 14:18 49

SHENZHEN, China, 11 Julai 2023 /PRNewswire/ -- OLIGHT, penginovasi dan peneraju dalam industri lampu suluh, telah mencapai kejayaan penting dalam teknologi lampu suluh menerusi pengenalan Sensor Kedekatan Dipraaktifkan yang pertama dalam industri, yang dipaparkan dalam Warrior Mini 3 yang sememangnya dinanti-nantikan. Dilancarkan pada 5 Julai 2023, ciri yang canggih ini merevolusikan pengalaman pengguna dan menetapkan standard baharu untuk keselamatan dan kefungsian lampu suluh output tinggi.

 

Sensor Kedekatan Dipraaktifkan termaju mendemonstrasikan kecerdasan yang luar biasa, dengan kepantasan mengesan halangan dalam 0.5 saat sahaja selepas lampu suluh dihidupkan secara tiba-tiba dan ditetapkan pada mod tinggi atau turbo. Sistemnya pintar menganalisis niat pengguna untuk mengaktifkan tetapan dengan kecerahan tinggi dan akan melaraskan kuasa output, bagi memastikan prestasi yang optimum.

the sensor on Warrior Mini  3
the sensor on Warrior Mini 3

Sensor ini memfokuskan pada tempoh 0.5-saat awal dan tidak memantau mod yang digunakan secara berterusan. Ini bererti semasa lampu sedang digunakan, pengguna tidak perlu bimbang tentang fungsi sensor dihidupkan dan menukar mod yang sedang digunakan. Dalam keadaan di mana lampu dihidupkan ke mod tinggi atau turbo secara tidak sengaja semasa terhalang pada jarak dekat, Sensor Kedekatan Dipraaktifkan ini mengambil tindakan segera dengan menurunkan output secara automatik, demi mengutamakan keselamatan pengguna. Walau bagaimanapun, apabila lampu digunakan dalam mod tinggi atau turbo serta berdepan dengan objek seperti titisan air hujan atau kaca tingkap, sensor ini tidak mengganggu output yang diinginkan.

Sensor Kedekatan Dipraaktifkan ini mewakili generasi ketiga teknologi sensor OLIGHT yang mempunyai penambahbaikan ketara berbanding versi-versi terdahulu. Ia menyediakan pengalaman yang lancar dan andal kepada pengguna, mengelakkan pengaktifan secara tidak sengaja yang berkesan dan dalam masa yang sama membolehkan penggunaan kuasa penuh apabila diperlukan.

[Latar Belakang OLIGHT]

OLIGHT ialah penyedia penyelesaian lampu mudah alih yang terkemuka, berdedikasi terhadap misinya iaitu "menerangi dunia". Rangkaian produk kami yang pelbagai memenuhi keperluan pelbagai senario termasuk isi rumah, kawasan luar dan aplikasi lain. Produk kami dijual dan digunakan di seluruh Eropah, benua Amerika serta wilayah-wilayah lain di seluruh dunia.

Source: OLIGHT E-COMMERCE TECHNOLOGY CO., LTD
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Semiconductors New products/services