ULAANBAATAR, Mongolia, 11 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Mongolia Economic Forum (MEF) yang kesepuluh diteruskan di Ulaanbaatar hari ini ketika pengumuman dibuat oleh Kerajaan mengenai dua buah badan baharu untuk menyokong pelaburan ke negara ini dan perkongsian baharu dengan SpaceX Elon Musk dan syarikat geolokasi terkemuka, What3Words. Ia juga turut menyusul setelah peningkatan unjuran pertumbuhan ekonomi Mongolia pada tahun 2023 baru-baru ini.
2,200 tetamu dari seluruh dunia – termasuk wakil terkemuka dari perniagaan global, sektor ketiga dan organisasi pelbagai hala – berkumpul untuk acara selama dua hari ini (9-10 Julai) bagi membincangkan cara mereka boleh bekerjasama dengan Kerajaan Mongolia untuk mencapai matlamatnya bagi menggandakan KDNK negara menjelang tahun 2030 dan menjadikan Mongolia sebagai sebuah negara terkemuka di rantau ini menjelang pertengahan abad ini.
Wawasan 2050 dan Dasar Pemulihan Baharu yang telah diumumkan pada tahun 2022 menetapkan hala tuju strategik yang jelas untuk pembangunan Mongolia yang lestari bagi memaklumkan program dasar Kerajaan yang lebih luas. Hala tuju ini telah membolehkan kemajuan pesat dicapai setakat ini dan menyediakan asas untuk pusingan pencapaian terbaharu yang diumumkan tahun ini di Forum tersebut.
Pagi ini, Kerajaan Mongolia telah mengumumkan tentang penubuhan Pusat Perkongsian Swasta dan Agensi Perdagangan dan Pelaburan untuk menyokong lebih banyak pelaburan ke dalam negara ini. Agensi Perdagangan dan Pelaburan, sebagai contoh, akan menyediakan 'sebuah jambatan untuk perniagaan di Mongolia', menyediakan bantuan dalam perlindungan hak dan kepentingan sah pelabur, membantu mengembangkan kepelbagaian import serta meningkatkan daya saing industri pengganti import.
Di samping itu, dalam ucaptamanya dalam Forum tersebut pagi ini, Menteri Ekonomi dan Pembangunan dan Timbalan Perdana Menteri, Khurelbaatar Chimed menggariskan peluang pelaburan yang ada di Mongolia dan hasrat Kerajaan untuk meminda Draf Undang-undang Pelaburan bagi membantu memudahkan perkongsian pelaburan baharu.
Angka menunjukkan bahawa tumpuan Kerajaan untuk menghapuskan halangan kepada pertumbuhan melalui Dasar Pemulihan Baharu bernilai USD49 bilion – yang dilancarkan pada bulan Disember 2021 – dan cetakan biru Wawasan 2050 terus memberikan hasil. Susulan pertumbuhan ramalan di atas sebanyak 4.8% pada tahun 2022 – 1.1% daripadanya disebabkan oleh Dasar Pemulihan Baharu – dan pertumbuhan sebanyak 7.9% pada suku pertama tahun ini, ramalan pertumbuhan negara untuk tahun 2023 telah ditingkatkan daripada 5% kepada 6%. Ramalan pertumbuhan untuk tahun 2024 kini ialah sebanyak 6.5%.
Pertumbuhan ini, terutamanya setelah berlaku pandemik, telah berjaya dicapai melalui kerjasama rapat dengan Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Melalui kerjasama, kami mencapai liputan vaksinasi yang luar biasa terhadap rakyat Mongolia semasa pandemik, di mana 90% daripada kumpulan sasaran menerima sekurang-kurangnya dos pertama. Ini membantu kami menamatkan sekatan COVID-19 pada bulan Februari 2022 dan memastikan kadar kematian di negara kami lima kali lebih rendah berbanding negara-negara lain. Kami gembira kerana Dr. Ghebreyesus telah dapat menghadiri MEF pada tahun ini.
Bahagian penting dalam rancangan 'Wawasan 2050' kami ialah memupuk budaya kesejahteraan. Sejak bulan Mei 2022, Kerajaan ini telah menjalankan kempen untuk menggalakkan pengambilan perkhidmatan pemeriksaan dan diagnosis awal, satu pencapaian penting dalam menggalakkan pengurusan proaktif terhadap penjagaan kesihatan rakyat kami. Saya gembira kerana 1 juta rakyat telah mengambil bahagian dalam inisiatif ini setakat ini.
Dua pengumuman tentang pelaburan baharu yang penting di Mongolia juga telah dibuat sejak beberapa hari kebelakangan ini, menekankan manfaat yang disampaikan oleh agenda pro-pertumbuhan Kerajaan:
Perdana Menteri Mongolia, Oyun-Erdene Luvsannamsrai mengulas:
"Saya berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan para tetamu dari seluruh dunia ke Mongolia Economic Forum yang kesepuluh untuk membincangkan cara kami boleh bekerjasama untuk membuka potensi ekonomi Mongolia - yang kini merupakan salah satu ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia.
"Ini berikutan dua pengumuman utama pelaburan tambahan di Mongolia dan permulaan pengeluaran bawah tanah di lombong tembaga Oyu Tolgoi dan Rio Tinto pada bulan Mac, sekali gus menunjukkan daya tarikan Mongolia yang semakin meningkat kepada para pelabur antarabangsa.
"Pemulihan kami daripada pandemik yang mengagumkan serta disokong oleh Dasar Pemulihan Baharu Kerajaan, menyediakan asas yang kukuh untuk menangani halangan jangka panjang dalam mengekalkan tahap pertumbuhan yang tinggi. Saya mengalu-alukan peluang yang ditawarkan oleh Forum ini untuk membincangkan bagaimana kerjasama yang lebih besar boleh membantu kami melakukan lebih banyak kemajuan pada tahun-tahun akan datang."
MEF yang kesepuluh pada tahun ini sejak Forum sulung pada tahun 2010, dianjurkan secra bersama oleh Perdana Menteri Mongolia, Oyun-Erdene Luvsannamsrai dengan Pengerusi Lembaga Pengarah Rio Tinto Group, Dominic Barton, bertemakan 'Selamat Datang ke Mongolia' yang menekankan komitmen Kerajaan untuk menawarkan sambutan mesra kepada para pelawat ke negara ini sama ada mereka mengembara untuk tujuan perniagaan atau pelancongan. Dalam ucaptama beliau dalam Forum tersebut pagi ini, Encik Barton menekankan bahawa visi, cita-cita, sumber dan bakat yang dimiliki oleh rakyat Mongolia boleh mencapai pelbagai kejayaan dan beliau turut menambah bahawa keadaan ekonomi yang kukuh sedekad lalu telah kembali semula ke negara ini.
Sorotan MEF pada tahun ini termasuk:
Beberapa Menteri Kerajaan bersedia untuk ditemubual oleh pihak media, termasuk dalam bahasa Inggeris.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2150557/PM_MEF.jpg?p=medium600