omniture

Coherus Biosciences Lantik Lisa M. Bell, Ph.D., Naib Presiden Kanan, Hal Ehwal Kawal Selia Global

Coherus Biosciences, Inc.
2014-05-12 20:00 89

REDWOOD CITY, California, 12 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Coherus Biosciences, Inc. ("Coherus"), dengan bangganya mengumumkan pelantikan Lisa M. Bell, Ph.D. sebagai Naib Presiden Kanan, Hal Ehwal Kawal Selia Global. Dr. Bell menyertai Coherus dengan membawa pengalaman selama lebih 15 tahun dalam bidang hal ehwal kawal selia global serta penyelidikan ubat-ubatan merangkumi pelbagai lapangan terapeutik di syarikat bioteknologi yang terkemuka.

"Lisa mempunyai pemikiran strategik, saintifik dan juga global yang mantap untuk strategi kawal selia program kami," kata Denny Lanfear, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Coherus. "Kami amat teruja dengan penyertaan beliau bersama Coherus. Pengalaman Lisa dalam memantau aplikasi global serta kelulusan dan pelaksanaan strategi kawal selia terkini adalah penting memandangkan kami sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan label untuk pihak kami dan juga rakan kongsi kami."

"Saya amat berbesar hati dapat menyertai pasukan hebat di Coherus ini dan berkongsi komitmen mereka dalam menyediakan terapeutik biosimilar berkualiti tinggi yang dapat meningkatkan capaian pesakit kepada ubat-ubatan yang dapat mengubah kehidupan mereka di seluruh dunia," ujar Dr. Bell.

Baru-baru ini, Dr. Bell telah berkhidmat sebagai ketua global bahagian Kawal Selia, Pharmacovigilance, Penulisan Perubatan serta Jaminan Kualiti Pembangunan di BioMarin Pharmaceutical. Sebelum ini, beliau juga telah memegang beberapa jawatan penting di Facet Biotech dan Genentech, Inc. Dr. Bell mempunyai pengalaman luas dalam memacu strategi kawal selia program molekul besar dan kecil daripada fasa pembangunan praklinikal sehinggalah fasa pembangunan pascapemasaran. Beliau telah bertugas dalam beberapa bidang terapeutik termasuk onkologi, neurologi/keradangan dan juga penyakit jarang jumpa. Dr. Bell telah menerima ijazah Sarjana Muda (Biologi) serta Sarjana (Bioteknologi) daripada Universiti Boston manakala ijazah Kedoktoran beliau dalam bidang Biologi Sel dan Molekul pula diperoleh daripada Universiti California, Berkeley.

Latar Belakang Coherus Biosciences

Coherus Biosciences merupakan syarikat platform biologi yang menerajui dengan tumpuan terhadap usaha menyediakan terapeutik biosimilar berkualiti tinggi yang dapat meningkatkan capaian pesakit kepada ubat-ubatan yang dapat mengubah kehidupan mereka di seluruh dunia. Ia mempunyai ibu pejabat di San Francisco Bay Area dan telah ditubuhkan oleh sekumpulan perintis bioteknologi yang telah membantu industri bioterapeutik generasi pertama Amerika. Coherus telah membangunkan model perniagaan kerjasama tersendiri yang memanfaatkan konsortium strategik penyedia perkhidmatan utama yang sejajar menerusi pemilikan serta insentif bersama. Perkongsian pengkomersilan global Coherus termasuklah syarikat biofarmaseutikal terkemuka di Eropah, Asia dan juga Amerika Latin.

Biosimilar adalah bertujuan untuk digunakan agar dapat menggantikan ubat-ubatan biologi berjenama yang wujud bagi merawat pelbagai penyakit kronik dan penyakit mengancam nyawa, serta berpotensi dalam mengurangkan kos dan turut meningkatkan capaian pesakit. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.coherus.com.

Hubungi – Beth Jimisonbjimison@coherus.com +1-650-649-3526

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120507/SF01448LOGO

Source: Coherus Biosciences, Inc.
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Personnel announcements