- Perikatan memantapkan sokongan pelanggan serantau, memperkukuh perluasan global
PORTLAND, Maine, 13 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Kepware Technologies, syarikat pembangunan perisian yang bertumpu terhadap komunikasi untuk automasi, hari ini mengumumkan sepuluh perkongsian penting di rantau Asia Pasifik dan Oceania. Rakan Kongsi Terpilih ini akan mempromosikan, mengedarkan, dan turut menawarkan sokongan untuk semua penyelesaian perisian merentasi portfolio produk Kepware.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130402/NE86794LOGO
Kepware dengan sukacitanya mengalu-alukan syarikat berikut ke dalam program Rakan Kongsi Terpilih 2014 mereka:
"Reputasi setiap syarikat ini serta pengetahuan mendalam mereka tentang pasaran tempatan menjadikan mereka rakan kongsi yang sesuai untuk memberikan produk dan perkhidmatan berkualiti di Asia Pasifik dan Oceania yang sudah sinonim dengan Kepware," kata Brett Austin, Presiden, Kepware Technologies. "Asia Pasifik dan Oceania sudah menjadi rantau penting untuk perniagaan kami, dan kami teruja untuk terus mengembangkan lagi rangkaian rakan kongsi terhubung kami di seluruh wilayah tersebut."
Kerjasama dengan Rakan Kongsi Terpilih Kepware akan menyediakan untuk para pelanggan sumber yang mempunyai kepakaran produk dan pengetahuan tentang cabaran industri tertentu yang hanya boleh ditemui di rantau itu sahaja. Rakan Kongsi juga akan menawarkan sokongan dalam zon masa serta bahasa ibunda pelanggan, rangkaian Penyepadu Sistem yang dipercayai, khidmat nasihat teknikal, dan juga kemampuan latihan. Setiap rakan kongsi mempunyai rekod kejayaan yang terbukti dan mempunyai prinsip panduan yang sejajar dengan objektif perniagaan Kepware serta komitmen mereka terhadap kecemerlangan.
Lawati Kepware secara dalam talian untuk senarai lengkap pengedar terhubung antarabangsa. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang saluran pengedaran Kepware, sila hantar e-mel kepada sales@kepware.com atau hubungi +1-207-775-1660.
Latar belakang Kepware Technologies
Kepware Technologies ialah syarikat pembangunan perisian swasta yang beribu pejabat di Portland, Maine. Kepware menyediakan portfolio penyelesaian perisian untuk membantu perniagaan menghubungkan peranti automasi dan aplikasi perisian yang berkepelbagaian. Dari lantai loji hingga ke tapak telaga hinggalah ke ladang angin, Kepware menyediakan perkhidmatan untuk pelbagai pelanggan dalam pelbagai pasaran menegak antarabangsa termasuklah dalam Pengeluaran, Minyak & Gas, Automasi Pembinaan, Pengedaran Kuasa, dan banyak lagi. Setelah ditubuhkan pada tahun 1995 dan kini telah diedarkan di lebih 100 negara, penyelesaian perisian Kepware membantu ribuan perniagaan menambah baik pengendalian dan proses membuat keputusan.
Ketahui lebih lanjut di www.kepware.com, dan lihat seimbas pandang struktur dalaman syarikat itu serta amalannya melalui video Gambaran Korporat Kepware yang boleh didapati di sini.
Maklumat Perhubungan Media
Ryan Lilly
rlilly@matternow.com
+1-978-518-4533
www.matternow.com