omniture

SANY 2023: Memupuk Bakat Kelas-Pertama untuk Masa Depan Industri Pembuatan

SANY Group
2023-07-13 21:13 132

BEIJING, 13 Julai 2023 /PRNewswire/ -- SANY Group ("SANY"), sepanjang tempoh 23 tahun sejarahnya, mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri dengan budaya korporat yang diiktiraf, persekitaran kerja, kebajikan dan faedah pekerja serta pemupukan bakat dan untuk "memupuk bakat kelas-pertama" merupakan salah satu daripada Tiga Wawasan Kelas-Pertama Syarikat ini. Falsafah pengurusan bakat "mengutamakan pekerja, berorientasikan pekerja" SANY merupakan kunci kejayaannya dalam mencipta platform terbaik untuk menyokong pertumbuhan pekerja, melindungi hak dan kepentingan pekerja serta memotivasikan bakat untuk mencapai pembangunan yang saling memberi manfaat bersama bakatnya.

 

Awal tahun ini, SANY dinamakan sebagai Majikan Luar Biasa Terbaik Tahun 2022 oleh Liepin, platform pembangunan kerjaya bakat terkemuka di China yang menganjurkan acara tahunan ke-8 bersempena dengan media utama China, The Paper. SANY diiktiraf untuk "program insentif pelbagainya yang memberi inspirasi kepada potensi pekerja, menghormati dan memuliakan nilai pekerja dan mencipta masa depan yang lebih baik bersama kakitangannya." Pada tahun 2021, SANY menduduki kedudukan ke-10 di Rantau Besar China dan ke-230 di peringkat global pada senarai kedudukan Majikan Terbaik Dunia Forbes yang disusun dengan kerjasama syarikat penyelidikan pasaran Statista selepas menyoal selidik 150,000 pekerja sepenuh masa dan separuh masa dari 58 negara. Setakat akhir tahun 2022, SANY memiliki sejumlah 26,374 pekerja dan komited untuk menggalakkan pembangunan mampan dalam tempoh jangka panjang terutamanya dalam mempromosikan "She Power" bersama wanita yang menyumbang sebanyak 12.5 peratus daripada eksekutif kumpulan itu.

Di samping itu, dengan memanfaatkan platform perkhidmatan HRSSC SANY, perbincangan kumpulan tetap, mesyuarat penyelarasan kakitangan, kongres pekerja, temu duga pekerja dan banyak lagi, SANY belajar dan bertindak balas kepada kebimbangan dan harapan pekerja. Satu tinjauan dalaman menerima 20,262 soal selidik yang melaporkan kadar kepuasan pekerja sebanyak 87 peratus. Sementara itu, SANY mewujudkan sistem insentif komprehensif termasuk pemberian margin kasar tambahan, opsyen ekuiti, insentif projek dan banyak lagi untuk menarik minat lebih ramai bakat teknologi terbaik. Pada tahun 2022 sahaja, ia memberi subsidi yang berjumlah 428,700 yuan kepada 32 orang pekerja yang mengalami kesukaran kewangan.

Pada tahun 2022, program latihan dan acara SANY dihadiri oleh 20,683 orang, dengan 78.4 peratus pekerja menyelesaikan latihan, dengan purata masa setiap orang ialah 96.8 jam.

"Saya telah bekerja dengan SANY selama lebih sedekad," kata Hu Jiangxue, timbalan pengarah Sumber Manusia SANY dan pengetua Hunan SANY Polytechnic College. "Falsafah utama kami untuk pengurusan sumber manusia ialah kejayaan pekerja. Program pemupukan bakat kami menyokong pekerja untuk menjalani latihan dan menjadi jurutera muda untuk operasi robotik dan melalui pembelajaran teknologi digital serta pintar, kami bermatlamat untuk membantu transformasi kerjaya jurutera, pakar jualan dan pekerja dalam beberapa tahun akan datang."

Tahun 2023 juga melambangkan titik perubahan penting untuk Hunan SANY Polytechnic College. Institusi sepenuh masa ini mendaftarkan kelas pelajar yang mengambil jurusan kenderaan tenaga baharu untuk tahun pengajian yang akan datang. Pusat pengajian ini kini mempunyai empat bidang utama iaitu pembuatan pintar, jentera pembinaan, pengindustrian pembinaan dan perdagangan antarabangsa bagi memupuk bakat yang amat diperlukan oleh industri-industri pembuatan Cina dalam era Industri 4.0.

Source: SANY Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Internet Technology Machinery Mining/Metals Telecommunications Workforce Management/Human Resources Corporate Social Responsibility STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)