omniture

Huawei umum kadar royalti untuk program lesen patennya

Huawei
2023-07-17 13:35 50

Syarikat ini mempromosikan perlindungan IP, mencapai keseimbangan antara inovasi dan penerimaan teknologi

SHENZHEN, China, 17 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pada hari Khamis, salah satu pemegang paten terbesar dunia, Huawei, mengumumkan kadar royalti untuk telefon bimbitnya, Wi-Fi dan program lesen paten IoT.

"Huawei bersedia untuk berkongsi inovasi canggih dalam bentuk paten bersama dunia," kata Ketua Pegawai Undang-undang syarikat, Song Liuping, yang menambah, "Ini akan menyokong pembangunan bersama yang mampan bagi industri-industri di peringkat global."

Kenyataan beliau dibuat di acara unggulan tahunan Huawei mengenai inovasi dan perlindungan harta intelek di Shenzhen yang mana tahun ini bertemakan "Merapatkan Perbatasan Inovasi: Berkongsi IP, Memacu Inovasi."

Sejak lebih 20 tahun yang lalu, Huawei telah menjadi penyumbang besar kepada piawaian ICT arus perdana seperti codec selular, Wi-Fi dan multimedia.

Acara itu membawakan sesi perkongsian oleh pakar-pakar daripada pelbagai bidang, meliputi teknologi yang boleh digunakan di rumah, semasa dalam perjalanan dan di tempat kerja. Ini termasuk penyelidikan utama tentang teknologi 5.5G, audio dan video, apertur boleh laras sepuluh saiz dalam telefon mudah alih, rangkaian pengesanan halangan umum yang membantu kereta mengenal pasti objek tidak normal di luar senarai putih halangan umum serta algoritma yang boleh mengupayakan penjadualan dan pengoptimuman pengeluaran pintar.

Huawei komited untuk melesenkan paten penting piawaiannya (SEP) berdasarkan prinsip yang adil, munasabah dan tidak bersifat diskriminasi (FRAND). Acara tersebut turut menyaksikan Huawei mengumumkan kadar royalti untuk telefon bimbit 4G dan 5G, peranti Wi-Fi 6 serta produk Internet Pelbagai Benda (IoT), semua bidang yang mana Huawei merupakan pemilik SEP yang utama. Had kadar untuk telefon bimbit 4G dan 5G masing-masing ialah US$1.5 seunit dan US$2.5 seunit. Sementara itu, kadar royalti Huawei untuk peranti pengguna Wi-Fi 6 ialah US$0.5 seunit. Bagi IoT, kadar untuk peranti Bertumpu-IoT ialah satu peratus daripada harga jualan bersih, dihadkan pada US$0.75, manakala kadar untuk peranti Ditingkatkan-IoT bermula daripada US$0.3 hingga US$1 seunit.

Alan Fan, Vice President, Head of Intellectual Property Rights Department
Alan Fan, Vice President, Head of Intellectual Property Rights Department

Alan Fan, Naib Presiden dan Ketua Jabatan Hak Harta Intelek di Huawei, mengulangi bahawa kitaran positif di mana penginovasi dilindungi, diberi ganjaran dan didorong merupakan kunci kepada inovasi mampan.

"Huawei mengambil pendekatan yang seimbang untuk pelesenan paten. Kami percaya kadar royalti yang munasabah akan memberi insentif baik kepada penciptaan mahupun penerimaan inovasi," kata beliau.

Setakat ini, Huawei memeterai perjanjian hampir 200 lesen paten dwi hala, menurut Fan. Di samping itu, lebih 350 syarikat telah memperoleh lesen untuk paten Huawei melalui himpunan paten. Di bawah lesen ini, jumlah bayaran royalti terdahulu Huawei adalah kira-kira tiga kali ganda daripada pengumpulan royalti keseluruhannya dan hasil pelesanan 2022nya berjumlah US$560 juta.

Semasa berucap di acara itu secara jarak jauh, Tomas Lamanauskas, Timbalan Setiausaha Agung International Telecommunication Union, berkata Huawei telah menjadi pengusaha penting dalam proses kolaboratif yang menyokong inovasi meluas yang berkesan kos dan inklusif.

"Tatkala kami terus menangani cabaran global dan berusaha ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), dasar dan rangka kerja yang kondusif penting untuk membantu ekosistem inovasi berkembang maju," tambah Lamanauskas.

Pelaburan R&D kumulatif syarikat ini sejak lebih sepuluh tahun yang lalu berjumlah CNY977.3 bilion. Pada tahun 2022, perbelanjaan R&Dnya mencecah CNY161.5 bilion, atau 25.1% daripada hasilnya. Papan Skor Pelaburan R&D Perindustrian EU 2022 meletakkan Huawei di tempat ke-4 di seluruh dunia.

Huawei memeterai perjanjian lesen paten dengan kedua-dua pengusaha industri teknologi terkemuka seperti Samsung dan Oppo, serta pembuat auto terkemuka termasuk Mercedes-Benz, Audi, BMW, Porsche, Subaru, Renault, Lamborghini dan Bentley.

Ia juga merupakan penganjur dan penyokong aktif organisasi-organisasi industri sumber terbuka global yang utama, menurut Fan.

Laman web pelesenan rasmi Huawei juga dilancarkan di acara itu. Laman sesawang ini menawarkan butiran tentang program pelesenan dua hala syarikat ini bermula daripada telefon bimbit hingga Wi-Fi dan IoT selular.

"Harta intelek merupakan enjin kerjasama yang hebat bagi teknologi. Ia memajukan teknologi untuk dinikmati oleh semua orang," kata Randall R. Rader, bekas Ketua Hakim Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat bagi Litar Persekutuan.

Panel Discussion: “Working Together Balancing Perspectives in the Global IP Ecosystem”
Panel Discussion: “Working Together Balancing Perspectives in the Global IP Ecosystem”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program dan kadar pelesenan Huawei, kunjungi laman web pelesenan rasmi Huawei di sini: https://www.huawei.com/en/ipr

Main Balik: Forum "Merapatkan Perbatasan Inovasi: Berkongsi IP, Memacu Inovasi": https://www.huawei.com/en/events/ipr2023

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications