omniture

Mentech Bekerjasama dengan Pasukan Berbasikal Kebangsaan China sebagai Penaja Jam Pintar Xe1

Mentech
2023-07-17 13:49 51

Syarikat merekrut ejen wilayah dan pengedar global serta terbuka untuk berkolaborasi dengan pempengaruh sukan untuk meluaskan capaian globalnya.

BEIJING, 17 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Mentech Innovation ("Mentech" atau "Syarikat"), sebuah jenama teknologi perintis yang menumpukan pada penyelesaian luar, teruja untuk mengumumkan penajaan rasminya bagi Pasukan Berbasikal Kebangsaan China dan perkongsian strategiknya dengan Chinese Cycling Association sebagai rakan kongsi jam pintar rasmi.

GLOBAL DISTRIBUTOR RECRUITMENT
GLOBAL DISTRIBUTOR RECRUITMENT

"Dengan tekad yang tinggi, kami berhasrat untuk membawa inovasi teknologi dan pengalaman dalam dunia berbasikal melalui penyelidikan berterusan dan pembangunan rangkaian produk baharu kami," ujar Yang Xianjin, Pengerusi Mentech. "Kami juga komited untuk mempromosikan gaya hidup rendah karbon dan kesejahteraan orang ramai."

Sebagai sebahagian daripada penajaan, Mentech akan menyediakan pasukan Berbasikal Kebangsaan China dengan produk dan kelengkapan ekologi luar - terutamanya Jam Pintar Xe1 Syarikat, aksesori boleh pakai yang direka untuk memenuhi kepelbagaian keperluan penggemar aktiviti luar dan atlet dalam pelbagai senario.

Jam Pintar Xe1 menawarkan data masa nyata mengenai keadaan persekitaran, pemantauan senaman menyeluruh, dan panduan sukan peribadi, menjadikannya penambahan yang sesuai untuk atlet luar.

Selain itu, jam pintar ini merevolusikan eksplorasi luar dengan sistem penentuan kedudukan empat titik canggihnya, yang menawarkan penjejak kedudukan dan analisis lintasan masa nyata. Jam Pintar Xe1 memastikan data lokasi yang tepat, memperkasakan pelumba untuk mencuba laluan baharu dengan keyakinan tanpa bimbang akan tersesat. Hal ini dicapai dengan menggunakan gabungan teknologi GPS, Glonass, Galileo dan Beidou.

Sementara itu, jam pintar ini menggunakan sensor denyut jantung optik fotofletismografi (PPG) untuk pengesanan, membolehkan pemantauan kesihatan yang menyeluruh dengan menjejaki kadar jantung dan tahap oksigen darah sepanjang hari. Para atlet dapat memperoleh pandangan berharga mengenai kesan latihan mereka terhadap tubuh, menjadikannya alat yang amat berguna untuk mengoptimumkan sesi latihan.

Mentech yang telah terbukti sebagai pemimpin global dalam teknologi pakai boleh ini sedang aktif mencari perkongsian dengan ejen dan pengedar jam di seluruh dunia, dengan matlamat untuk meluaskan capaian global dan memperkenalkan produk inovatifnya kepada pasaran baharu. (Lawati: https://store.mentech.com/pages/dealer untuk maklumat lanjut)

Pada masa yang sama, selaras dengan komitmennya untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif, Mentech juga terbuka untuk menaja pelbagai acara sukan, termasuk maraton, perlumbaan basikal, pertandingan lumba kereta, kejohanan golf, acara ski dan lain-lain.

Selanjutnya, Mentech mengakui kekuatan pempengaruh dalam membentuk pendapat pengguna dan bersedia untuk bekerjasama dengan individu yang bersemangat tentang kecergasan dan sukan, termasuk atlet profesional, pemblog sukan, dan pemblog aktiviti luar.

(Lawati: https://store.mentech.com/pages/affiliates untuk butiran lanjut.)

HUBUNGI: Luna Xiao, luna.xiao@mentech.com 

Mentech announces its official sponsorship of the China National Cycling Team.
Mentech announces its official sponsorship of the China National Cycling Team.

Source: Mentech
Related Stocks:
Shenzhen:002902
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Retail Sports Sports Equipment & Accessories Utilities Licensing/marketing agreements Outdoors/Camping/Hiking