omniture

Coty Inc. dan Avon Products, Inc. Menandatangani Perjanjian untuk Brazil

Perjanjian Akan Meningkatkan Jejak Coty dalam Pasaran Baru Muncul, dan Menguatkan Tawaran Wangian Avon di Brazil
Coty Inc.
2014-05-14 23:50 455

NEW YORK, 14 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Coty Inc. dan Avon Products, Inc. telah memeterai perkongsian yang dengannya wangian Coty terpilih akan dipasarkan dan dijual melalui rangkaian Avon Brazil yang terdiri daripada 1.5 juta Wakil jualan bebas.

Brazil, pasaran terbesar Avon, juga merupakan pasaran wangian terbesar pada peringkat global. Perjanjian ini membawa bersama rangkaian menyeluruh Wakil Avon di Brazil dan portfolio Coty yang terdiri daripada jenama wangian selebriti dan gaya hidup dalam usaha untuk meningkatkan syer pasaran wangian global, kesetiaan pengguna serta tarikan jenama bagi kedua-dua syarikat itu di Brazil.

"Perkongsian komersil ini membenarkan Coty untuk memperluas jangkauan geografinya dan turut mengukuhkan jejak kami dalam pasaran baru muncul, dengan Brazil sebagai pemacu utama dalam strategi pertumbuhan kami," kata Renato Semerari, Presiden Coty Beauty. "Pengalaman Avon yang menyeluruh di Brazil menjadikan syarikat itu rakan kongsi yang ideal, dan kami tidak sabar-sabar lagi untuk bekerjasama dengan mereka."

"Kami gembira dapat memeterai persetujuan pemasaran ini dengan Coty, sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan kami di Brazil," kata David Legher, Presiden Avon Brazil. "Wangian selebriti dan gaya hidup Coty memperluas lagi portfolio kami yang terdiri daripada wangian berkualiti tinggi di sini, yang akan membantu Wakil kami meningkatkan pendapatan mereka dan turut mencapai lebih ramai pengguna tetap."

Kenyataan Pandang ke Hadapan: Kenyataan tertentu yang dibuat dalam siaran ini boleh dianggap sebagai kenyataan pandang ke hadapan yang terangkum dalam makna Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995. Risiko, ketidakpastian serta faktor lain yang wujud mungkin akan menyebabkan keputusan nyata berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan ini. Sebarang kenyataan pandang ke hadapan hanya benar setakat tarikh kenyataan tersebut dibuat. Avon Products, Inc. dan Coty Inc. tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan pandang ke hadapan.

Latar belakang Coty Inc.
Coty ialah syarikat kecantikan global yang menerajui bidangnya dengan hasil bersih sebanyak $4.6 bilion bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2013. Setelah ditubuhkan di Paris pada tahun 1904, Coty ialah syarikat kecantikan semata-mata dengan portfolio yang terdiri daripada wangian, kosmetik warna dan juga produk penjagaan tubuh serta kulit yang dikenali ramai dan dijual di lebih 130 negara dan wilayah. Tawaran produk Coty termasuklah jenama global seperti adidas, Calvin Klein, Chloe, Davidoff, Marc Jacobs, OPI, philosophy, Playboy, Rimmel serta Sally Hansen.

Latar belakang Avon Products, Inc.
Avon, syarikat untuk wanita, ialah syarikat kecantikan global yang menerajui bidangnya, dengan hasil tahunan sebanyak $10 bilion. Sebagai salah satu penjual langsung terbesar di dunia, Avon dijual melalui lebih 6 juta Wakil Jualan Avon bebas yang aktif. Produk Avon boleh didapati di lebih 100 negara, manakala rangkaian produknya pula termasuklah kosmetik warna, penjagaan kulit, wangian, dan produk fesyen serta produk kediaman, dengan nama jenama yang sudah dikenali ramai seperti Avon Color, ANEW, Skin-So-Soft, Advance Techniques, dan juga mark. Ketahui lebih lanjut tentang Avon dan produknya di www.avoncompany.com.

Source: Coty Inc.
Related Stocks:
NYSE:COTY
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Contracts