![]() |
SINGAPURA dan LONDON, 18 Julai 2023 /PRNewswire/ -- MODIFI, syarikat pembayaran perniagaan rentas sempadan global, telah memperoleh kemudahan hutang sebanyak $100 juta daripada HSBC Innovation Banking UK untuk pertumbuhan selanjutnya.
Kerjasama dengan HSBC Innovation Banking ini merupakan komponen utama bagi strategi pembiayaan semula MODIFI yang bertujuan untuk mempelbagaikan sumber pembiayaannya dengan penyedia modal bertaraf dunia. Kerjasama ini berlaku setelah kemudahan hutang MODIFI berjumlah $75 juta dimuktamadkan dengan sebuah lagi institusi kewangan global terkemuka baru-baru ini.
Nelson Holzner, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MODIFI, meluahkan keterujaannya tentang kerjasama dengan HSBC dengan menyatakan, "Kami teruja untuk bekerjasama dengan sebuah institusi kewangan terkemuka seperti HSBC Innovation Banking bagi memenuhi permintaan para pelanggan kami yang semakin meningkat terhadap kecairan yang lebih tinggi."
"Terdapat keperluan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian inovatif yang menghapuskan halangan, meningkatkan ketelusan dan membolehkan perniagaan kecil dan sederhana berdagang setanding dengan syarikat korporat yang lebih besar. Kami sangat teruja dengan HSBC Innovation Banking atas sokongan terhadap MODIFI kerana ia meneruskan trajektorinya untuk menjadi penyedia produk pembiayaan perdagangan yang terkemuka," kata Conor Sheehy, Ketua Kewangan Gudang Teknologi Kewangan HSBC Innovation Banking UK.
Tentang MODIFI
MODIFI ialah sebuah syarikat pembayaran perniagaan global yang membantu pengeksport dan pengimport untuk memudahkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa. Melalui platform digitalnya, syarikat ini membolehkan pembekal menerima pembayaran segera sambil menawarkan pilihan kepada pembeli untuk menangguhkan pembayaran sehingga 180 hari. Diasaskan pada tahun 2018, MODIFI mempunyai kehadiran di 11 buah lokasi di seluruh dunia termasuk di Amsterdam, Berlin, New York, Bandar Raya Mexico, Delhi, Mumbai, Shenzhen, Hong Kong, Singapura, Dubai dan Dhaka dengan lebih 1,500 pembeli dan penjual di lebih 50 buah negara.
Tentang HSBC Innovation Banking
HSBC Innovation Banking menawarkan penyelesaian perbankan yang fleksibel untuk syarikat pemula, syarikat yang sedang meningkat naik, syarikat pertumbuhan, pelabur dan syarikat yang sedang berusaha untuk melaksanakan IPO. Daripada perbankan komprehensif kepada pengurusan aliran tunai hingga rancangan untuk pembelian dan Perbankan Dana Global, kami menyemarakkan idea pada setiap peringkat perjalanan mereka.
Untuk butiran tambahan, sila hubungi:
Alyona Povarova
Pengarah Pemasaran Global, MODIFI
marketing@modifi.com
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2154649/MODIFI_HSBC.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2080100/Modifi_Logo.jpg?p=medium600