omniture

Perubahan Utama dalam Kedudukan Kuasa Pasport Dunia

Henley & Partners
2023-07-18 16:00

LONDON, 18 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Jepun telah tersingkir dari kedudukan teratas dalam  Indeks Pasport Henley (Henley Passport Index)  buat pertama kalinya dalam tempoh lima tahun dan jatuh ke tempat ke- mengikut kedudukan terkini yang mana ia berdasarkan data eksklusif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (International Air Transport Association, IATA). Singapura kini secara rasminya merupakan pasport paling berkuasa di dunia, di mana rakyatnya boleh melawat ke 192 destinasi pelancongan daripada 227 destinasi yang ada di seluruh dunia tanpa visa. Jerman, Itali dan Sepanyol kesemuanya menduduki tempat ke- dengan akses tanpa visa ke 190 buah destinasi, manakala pemegang pasport Jepun menyertai enam negara lain - Austria, Finland, Perancis, Luxembourg, Korea Selatan dan Sweden - di tempat ke- dengan akses kepada 189 destinasi tanpa memerlukan visa terlebih dahulu.

UK akhirnya berjaya mengubah kedudukan selepas mengalami penurunan selama enam tahun, dengan melonjak dua anak tangga kepada kedudukan ke- pada kedudukan terkini - kedudukan yang dicapainya sebelum ini pada tahun 2017. AS, sebaliknya, terus mengalami penurunan dalam indeks ini sejak sedekad lalu, jatuh dua anak tangga lagi kepada kedudukan ke- dengan akses kepada 184 destinasi sahaja tanpa visa. Kedua-dua UK dan AS bersama-sama memegang tempat pertam dalam indeks ini hampir 10 tahun yang lalu pada tahun 2014, namun sejak itu ia berada pada trajektori kedudukan yang menurun. Afghanistan kekal berada di kedudukan terakhir dalam indeks ini, dengan skor hanya 27 destinasi tanpa visa.

Dr. Christian H. Kaelin, Pengerusi Henley & Partners, berkata trend umum dalam sejarah senarai kedudukan yang berusia 18 tahun ini adalah menuju ke arah kebebasan perjalanan yang lebih meluas, dengan purata bilangan destinasi yang boleh diakses oleh pelancong tanpa visa meningkat hampir dua kali ganda daripada 58 pada tahun 2006 kepada 109 pada tahun 2023. "Bagaimanapun, jurang mobiliti global antara mereka yang berada di bahagian atas dan bawah indeks ini kini lebih luas berbanding sebelum ini, dengan Singapura berada di kedudukan teratas yang dapat mengakses 165 destinasi tanpa visa lebih banyak daripada Afghanistan."

Henley & Partners telah menjalankan penyelidikan baharu eksklusif tentang hubungan antara keterbukaan sesebuah negara kepada warga asing - berapa banyak negara yang dibenarkan untuk menyeberangi sempadannya tanpa visa - dengan kebebasan perjalanan rakyatnya sendiri. Indeks Keterbukaan Henley (Henley Openness Index) yang baharu ini menyenaraikan kesemua 199 buah negara di seluruh dunia mengikut bilangan kewarganegaraan yang mereka benarkan masuk tanpa membuat visa terlebih dahulu.

20 Negara Teratas yang 'paling terbuka' adalah kesemua negara kepulauan kecil atau negara Afrika, kecuali Kemboja. Terdapat 12 buah negara yang terbuka sepenuhnya kepada semua pasport dan empat negara yang tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke negara mereka tanpa visa. Walaupun hubungan antara skor keterbukaan yang tinggi dan skor akses tanpa visa yang tinggi adalah tidak linear atau jelas, adalah jelas sekali bahawa Singapura dan Korea Selatan - negara tertinggi dalam kedudukan 10 Teratas sepanjang dekad yang lalu - mempunyai tahap keterbukaan yang agak tinggi berbanding 5 negara tersebut dengan perbezaan terbesar antara kebebasan perjalanan yang mereka nikmati dengan akses tanpa visa yang mereka berikan kepada warganegara lain. Negara AS, Kanada, Australia, New Zealand dan Jepun mengalami sama ada penurunan dari segi kedudukan atau kekal di kedudukan yang sama disebabkan oleh keterbukaan mereka yang tidak berubah.

Baca Siaran Akhbar penuh 

Source: Henley & Partners
Keywords: Computer/Electronics Travel New products/services Survey, Polls & Research