omniture

QS Mengumumkan Bandar Terbaik di Dunia untuk Pelajar

QS Quacquarelli Symonds
2023-07-19 19:19

LONDON, 19 Julai 2023 /PRNewswire/ -- QS Quacquarelli Symonds, pakar pendidikan tinggi global, mengeluarkan QS Best Student Cities (Bandar Pelajar Terbaik QS) edisi ke- 11 yang membandingkan 160 buah destinasi pendidikan utama, termasuk 26 penyertaan baharu. 

London mengungguli kedudukan sebagai bandar pelajar terbaik di dunia untuk kali kelima berturut-turut.

Tokyo melonjak naik ke tempat kedua, diikuti dengan Seoul pada tempat ketiga. Melbourne meningkat naik ke tempat keempat, manakala Munich jatuh ke tempat kelima.
Metodologi
: QS menyenaraikan kedudukan bandar-bandar yang mempunyai populasi minimum berjumlah 250,000 orang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua buah universiti dalam  Kedudukan Universiti Dunia QS. Kedudukan tersebut merangkumi maklum balas dan pendapat para pelajar serta 100,000 maklum balas tinjauan yang menyumbang kepada penunjuk Daya Penarik dan Suara Pelajar .

10 Bandar Terbaik 

2024

2023

 Bandar

1

1

London

2

7

Tokyo

3

2

Seoul

4

5

Melbourne

5

2

Munich

6

8

Paris

7

9

Sydney

=8

6

Berlin

=8

4

Zurich

10

11

Boston

London mendahului kedudukan di seluruh dunia disebabkan perkara berikut:

  • Kepadatan tinggi universiti bertaraf dunia dengan memperoleh markah kedua terbaik dalam penunjuk Kedudukan
    selepas Seoul.
  • Maklum balas yang sangat baik daripada pelajar semasa dan bekas pelajar: ia memperoleh markah sebanyak 98.4/100 untuk Suara Pelajar, yang hanya dikalahkan oleh Berlin sahaja.
  • Populasi pelajar yang pelbagai memberikannya markah keenam terbaik di dunia (94.7/100) untuk Campuran Pelajar.
  • Peluang kerjaya yang cemerlang untuk para graduan, meletakkannya pada kedudukan kelapan dalam metrik Aktiviti Majikan dengan mendapat markah sebanyak 91.7/100.

Jessica Turner, Ketua Pegawai Eksekutif QS menyatakan: "London merupakan satu tarikan global untuk bakat, dengan memupuk persekitaran pembelajaran yang pelbagai, progresif dan inklusif. Ia menawarkan gabungan unik dalam kecemerlangan akademik, kerancakan pelbagai budaya dan ekonomi yang berkembang maju kepada para pelajar. Saya memuji kejayaan London sambil turut meraikan kesemua Bandar Pelajar Terbaik QS 2024."

  • Jerman dan Australia masing-masing mempunyai dua daripada sepuluh bandar pelajar yang terbaik di dunia
  • Boston kembali ke kedudukan 10 terbaik di dunia. San Francisco naik ke kedudukan 20 terbaik
  • Kanada dan AS masing-masing mempunyai tiga buah bandar pelajar yang berada dalam kedudukan 20 terbaik
  • Miami (tempat ke-78) dan Rom (tempat ke-56) membuat peningkatan yang paling tinggi dari tahun ke tahun
  • Seoul mendominasi penunjuk Kedudukan Universiti Dunia yang mencatatkan rekod dengan mempunyai 23 buah universiti tersenarai dalam kedudukan tersebut
  • Coventry dan Edinburgh mengungguli penunjuk Campuran Pelajar
  • Copenhagen mengungguli penunjuk Daya Penarik, diikuti oleh Zurich dan Sydney
  • Tokyo mendahului di seluruh dunia bagi penunjuk Aktiviti Majikan, diikuti oleh Seoul dan Boston
  • 70% daripada 160 buah bandar yang tersenarai ini mengalami penurunan dalam penunjuk Kemampuan
  • Yogyakarta (Indonesia) adalah bandar tersenarai yang paling berpatutan
  • Madrid, Auckland dan Canberra berjaya memecah masuk dalam kedudukan 30 terbaik
  • Kemasukan tertinggi dari China (Tanah Besar) ialah Beijing (tempat ke-37)
  • Mumbai (tempat ke-118) ialah bandar dengan kedudukan tertinggi di India
  • Destinasi pelajar nombor satu di Amerika Latin ialah Buenos Aires (tempat ke-34)
  • Bandar terbaik untuk pelajar di Afrika ialah Cape Town (tempat ke-86)
  • Dubai (tempat ke-54) ialah bandar yang berada pada kedudukan teratas di Timur Tengah

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1503776/QS_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: QS Quacquarelli Symonds
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Publishing/Information Service Awards Survey, Polls & Research