omniture

REYL Intesa Sanpaolo mengeluarkan edisi kedua penerbitannya, FORWARD, yang membincangkan tentang biodiversiti

REYL Intesa Sanpaolo
2023-07-19 19:38

GENEVA, 19 Julai 2023 /PRNewswire/ -- REYL Intesa Sanpaolo (REYL) memperkukuh program impaknya dengan mengeluarkan edisi kedua penerbitan kepemimpinan pemikirannya, FORWARD, yang menekankan bagaimana pelaburan dalam Penyelesaian Berasaskan Alam (Nature-based Solutions, NbS) berpotensi untuk menangani cabaran biodiversiti.

Laporan ini (https://www.reyl.com/forward/) bertujuan untuk meningkatkan kualiti perbincangan mengenai isu biodiversiti dan untuk menonjolkan peranan yang berpotensi bagi penyelesaian pembiayaan yang inovatif. Laporan ini membentangkan gambaran keseluruhan keadaan semasa sumber semula jadi bumi serta skala komitmen antarabangsa yang telah dipersetujui semasa sidang kemuncak COP 15. Ia meneroka potensi Penyelesaian Pelaburan Berasaskan Alam untuk menangani isu biodiversiti, termasuk cabaran yang berkaitan dengan penskalaan kewangan dan memadankan pelabur dengan projek. Laporan ini diakhiri dengan meneroka perkara seterusnya untuk biodiversiti.

Penerbitan ini merupakan sebahagian daripada program impak REYL yang lebih luas, yang memberi tumpuan kepada meningkatkan komunikasi dan kerjasama dengan pihak berkepentingan yang berbeza: secara dalamannya, pihak Bank menyokong pekerja untuk menyumbang kepada isu alam sekitar tempatan, manakala secara luaran, ia memberi tumpuan kepada perkongsian untuk menyumbang dan menyampaikan hasil yang lestari.

Untuk edisi FORWARD ini, REYL telah berbincang dengan tokoh industri dan ahli akademik terkemuka yang bekerja dalam bidang biodiversiti, yang mana telah berkongsi pandangan mereka tentang penyelesaian berpotensi untuk krisis biodiversiti dalam siri temu bual yang tersedia pada platform FORWARD.   

REYL telah berbincang dengan ahli akademik yang berpendapat bahawa terdapat banyak perkara yang dirasakan positif tentang masa depan biodiversiti, walaupun masih banyak lagi yang perlu dilakukan dengan sasaran dan pembiayaan yang tidak mencukupi daripada apa yang diperlukan serta perbincangan berterusan mengenai peraturan dan amalan pasaran. Namun begitu, menyedari akan kepentingan alam semula jadi dan keadaannya yang penuh dengan ketidakpastian adalah langkah penting dalam usaha untuk memelihara alam semula jadi.

Tentang REYL Intesa Sanpaolo 

www.reyl.com

REYL Intesa Sanpaolo ("REYL") ialah kumpulan perbankan keusahawanan yang pelbagai, dengan pejabat di Switzerland (Geneva, Zurich, Lugano), Eropah (London, Luxembourg, Malta) dan di seluruh dunia (Singapura, Dubai). Ia menguruskan aset yang bernilai lebih CHF26 bilion (CHF39.2 bilion termasuk faedah minoriti) dan mempunyai sekitar 400 pekerja profesional.

Kumpulan ini memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang terdiri daripada usahawan antarabangsa, pejabat keluarga dan pelabur institusi melalui lima barisan perniagaan: Pengurusan Kekayaan, Perkhidmatan Pejabat Usahawan & Keluarga, Kewangan Korporat, Perkhidmatan Aset dan Pengurusan Aset.

REYL & Cie Ltd dilesenkan di Switzerland dan menjalankan aktivitinya di bawah kawalan langsung badan kawal selia Pasaran Kewangan Switzerland (FINMA). Anak-anak syarikatnya juga dikawal selia oleh FCA di UK, MFSA di Malta, MAS di Singapura, DFSA di Dubai dan SEC di Amerika Syarikat.

Tentang FORWARD 

www.reyl.com/forward

FORWARD, dilancarkan pada tahun 2022, ialah sebuah platform bebas, dengan konsep yang dibentuk oleh REYL Intesa Sanpaolo, yang bertujuan untuk memupuk pandangan dan dialog mengenai beberapa isu sosio-ekonomi utama pada hari ini. Platform ini menggabungkan penyelidikan akademik, video dan audio siar bersama tokoh-tokoh antarabangsa yang terkenal dan terkemuka.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1920746/REYL_Intesa_Sanpaolo_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: REYL Intesa Sanpaolo
Keywords: Banking/Financial Service