omniture

Feng Zheng China Mobile: Rangkaian Teras 5G SA Tertumpu Sepenuhnya Cekap dan Mudah untuk Memperluaskan Perkhidmatan Baharu dan Menyampaikan Pengalaman Baharu

Huawei
2023-07-20 08:28 123

SHANGHAI20 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Di mesyuarat meja bulat industri 5G SA yang dihoskan oleh Huawei pada 27 Jun semasa MWC Shanghai 2023, Feng Zheng, ketua pakar peringkat kumpulan China Mobile, menyampaikan ucaptama mengenai pengalaman China Mobile dalam pembinaan dan pembangunan rangkaian teras 5G SA. Dalam ucapan berkenaan, beliau menyatakan bahawa membina rangkaian 5G SA tertumpu sepenuhnya merupakan pilihan yang optimum untuk memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI).

Feng Zheng, group-level chief expert of China Mobile
Feng Zheng, group-level chief expert of China Mobile

Pada masa lalu, rangkaian akses radio (RAN) dan rangkaian teras tidak segerak antara satu sama lain dari segi pembangunan standard dan 5G merupakan satu-satunya teknologi yang berupaya merapatkan kedua-duanya ekoran sokongannya untuk rangkaian NSA dan SA. Amalan dan statistik menunjukkan bahawa rangkaian 5G NSA boleh menyebabkan pelaburan yang besar dalam rangkaian 4G. Hal ini kerana rangkaian seperti itu memerlukan kedua-dua liputan rangkaian 4G dan 5G manakala penggunaan rangkaian 5G NSA (Pilihan 3) bergantung pada rangkaian 4G. Rangkaian 5G NSA juga memerlukan kos pembinaan rangkaian yang tinggi kerana kolaborasi yang rumit antara 4G eNodeBs dan 5G gNodeBs, selain pemilihan rangkaian yang terlalu rumit untuk terminal. Oleh yang demikian, rangkaian 5G SA yang kini sedia untuk penggunaan komersial, merupakan pilihan yang optimum dari segi ROI.

Bagi pembinaan rangkaian teras 5G SA, rangkaian teras tertumpu sepenuhnya menampilkan rangkaian dipermudah, O&M cekap dan pengalaman yang lebih baik serta menjadi yang paling penting berbanding berbilang generasi rangkaian teras selari atau bertindih. Dari segi rangkaian dipermudah, satu rangkaian teras tertumpu sepenuhnya disambungkan ke RAN berbilang teknologi akses radio (RAT). Satu fungsi rangkaian maya (VNF) memproses perkhidmatan untuk pengguna dalam mod akses radio yang berbeza dan berkongsi sumbernya dalam kalangan pengguna ini. Ini dapat mengurangkan VNF dan antara muka dengan ketara, serta mengelakkan peruntukan sumber rangkaian teras lewah untuk pengguna dalam mod akses radio yang berbeza. Dari segi O&M cekap, rangkaian 5G SA memerlukan penyelenggaraan hanya satu rangkaian teras tertumpu dan bukannya berbilang rangkaian teras. Ini dapat meningkatkan kecekapan O&M dan mengurangkan beban kerja O&M. Dari segi pengalaman pengguna pula, pengisyaratan antara generasi-generasi VNF yang berbeza kini diproses dalam VNF yang sama, lalu mengurangkan kerumitan kebolehoperasian dan kependaman serta meningkatkan pengalaman perkhidmatan pengguna.

Setelah pembinaan rangkaian siap, ia menjadi amat penting untuk menambah pengguna 5G SA dan menginkubasi perkhidmatan baharu bagi membolehkan rangkaian 5G mengambil alih lebih banyak perkhidmatan daripada rangkaian 4G. Bagi menambah pengguna 5G SA dengan pantas, operator perlu mengenal pasti terminal berbilang mod pengguna serta status dalam talian rangkaian mereka, selain melaksanakan dasar tertentu. Di samping itu, operator boleh melancarkan pakej 5G SA yang menarik dan menyampaikan pengalaman perkhidmatan yang berkualiti tinggi bagi menggalakkan penggunaan fungsi 5G pada terminal berbilang mod 5G SA. Justeru itu, pembangunan pesat pengguna SA akan merangsang pertumbuhan ROI daripada rangkaian SA. Bagi menginkubasi perkhidmatan baharu, operator harus memfokuskan untuk memupuk tabiat penggunaan perkhidmatan pengguna dan melancarkan pakej perkhidmatan yang menarik, menggalakkan pengguna mencuba perkhidmatan berkualiti tinggi baharu yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan. Dengan cara ini, operator boleh bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan bagi meningkatkan pengalaman pengguna, mempercepatkan pembangunan perkhidmatan baharu dan memacu pembangunan sosial dan ekonomi. Pertumbuhan perkhidmatan baharu yang semakin pantas akan membantu meningkatkan hasil operator dan membina ekosistem industri yang saling menguntungkan.

China Mobile sentiasa mengambil bahagian secara aktif dan mempromosikan evolusi standard 3GPP ke arah 5G-Advanced dan akan tetap komited untuk meninjau keupayaan baharu dan perkhidmatan baharu 5G-Advanced bersama semua pihak dalam industri ini serta berusaha sedaya upaya untuk mencapai 5G-Advanced.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services Trade show news