HUBLOT, NAMA TERKEMUKA DALAM KETEPATAN PENJAGAAN MASA PERLAWANAN BOLA SEPAK, KEMBALI SEBAGAI PENJAGA MASA RASMI BUAT KALI KETIGA UNTUK KEJOHANAN UTAMA TERSEBUT
NYON, Switzerland, 20 Julai 2023 /PRNewswire/ -- FIFA Women's World Cup 2023™ sudah hampir tiba! Hublot akan berada di kejohanan ini sebagai Penjaga Masa Rasmi yang menjaga masa pada setiap satu daripada 64 perlawanan kejohanan tersebut daripada perlawanan peringkat kumpulan pertama di Eden Park, Auckland antara New Zealand dengan Norway pada 20 Julai, hingga perlawanan akhir di Sydney pada 20 Ogos. Setiap perlawanan akan berjalan mengikut masa Hublot, yang dicatatkan oleh papan rasmi keempat berbentuk Big Bang yang ikonik, papan LED dan Hublot Big Bang e Gen 3, jam tangan pintar yang mewah daripada pembuat jam tangan tersebut yang dikhaskan untuk kejohanan terhebat di dunia ini, pada pergelangan tangan kesemua para Pengadil Rasmi pertandingan ini. Hublot menyukai bola sepak!
Kejohanan wanita ini semakin berkembang dan Hublot – sentiasa menjadi yang pertama, berbeza dan unik – berbangga kerana dapat menyokong perkembangannya dan membawa kisah tentang dedikasi, kecemerlangan dan permainan adil kejohanan ini kepada dunia serta memberi inspirasi kepada para peminat dan pemain generasi baharu. Kejohanan ini akan menjadi kali ketiga bagi pembuat jam tangan terbaik dari Switzerland ini menjadi penjaga masa FIFA Women's World Cup™, setelah berkhidmat sebagai Penjaga Masa Rasmi pada kejohanan tahun 2015 dan 2019, masing-masing di Kanada dan Perancis. Sejak itu, Hublot telah meningkatkan komitmennya untuk mengembangkan kejohanan wanita dengan berkhidmat sebagai Penjaga Masa Rasmi kepada UEFA European Women's Championship™ dan UEFA Women's Champions League™.
Pada kejohanan tahun ini, terdapat 107 orang pegawai perlawanan (33 pengadil, 55 penolong pengadil dan 19 pegawai perlawanan video), di mana 94 daripadanya adalah wanita. Setiap daripada mereka akan dilengkapi dengan jam tangan pintar yang mewah dan berkuasa tinggi, Big Bang e daripada Hublot yang menggabungkan reka bentuk jam tangan utama jenama tersebut iaitu Big Bang dengan bahan termaju dan teknologi terhubung yang terkini. Edisi yang direka khusus untuk para pegawai ini menampilkan beberapa fungsi khas yang dicipta untuk membantu mereka semasa permainan, seperti memantau kad kuning dan menambah masa pada akhir permainan. Lebih-lebih lagi, aplikasi FIFA Women's World Cup 2023™ akan tersedia untuk dimuat turun kepada semua pemilik Big Bang e Gen 3 melalui Google Play Store dengan membawa semua aksi kejohanan ke pergelangan tangan. Edisi peminat ini menjejak setiap perlawanan dengan kemas kini tentang skor dihantar terus ke pergelangan tangan dalam masa nyata.
Beberapa Rakan Hublot Jenama tersebut akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini, termasuk Ada Hegerberg dari Norway, pemenang pertama Ballon d'Or wanita pada tahun 2018; kedua-dua pemenang Ballon d'Or Sepanyol, Alexia Putellas; dan Alex Morgan yang akan turut bermain di Australia dan New Zealand sebagai ahli pasukan Amerika Syarikat, yang merupakan pemenang bagi kedua-dua edisi FIFA Women's World Cup™ sebelum ini.
Salah seorang pegawai yang akan memakai jam tangan terhubung Hublot Big Bang e ialah pengadil dari Perancis yang juga merupakan Rakan Hublot Jenama tersebut, Stéphanie Frappart yang telah mencapai pelbagai kejayaan sebagai yang pertama sepanjang kerjayanya yang cemerlang. Tahun lepas, beliau menjadi wanita pertama sebagai pengadil perlawanan Piala Dunia lelaki di FIFA World Cup Qatar 2022™.
Selain kejohanan pada musim panas ini, Hublot kini turut diiktiraf sebagai nama terkemuka dalam penjagaan masa kejohanan bola sepak elit. Pembuat jam tangan terbaik dari Switzerland itu menyertai sukan ini buat pertama kali pada tahun 2006 sebagai penaja kepada pasukan kebangsaan Switzerland dan telah mengembangkan penglibatannya dalam sukan tersebut sejak itu. Hari ini, Hublot ialah penjaga masa rasmi bagi acara utama FIFA dan UEFA lelaki serta termasuk FIFA World Cup™ dane UEFA European Championship™. Hublot juga menjadi penjaga masa untuk UEFA Champions League™ dan English Premier League™, liga bola sepak yang paling diikuti di dunia.
Ramai pemain bola sepak dan personaliti bola sepak yang paling terkenal di dunia menjadi duta Hublot termasuk mendiang Pelé, Kylian Mbappé dan Jose Mourinho yang hebat.
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2149857/Hublot_Alex_Morgan.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2149858/Hublot_Alexia_Putellas.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2149859/Hublot_Stephanie_Frappart.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2149860/Hublot_Ada_Hegerberg.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1920991/4154648/Hublot_Logo.jpg?p=medium600