omniture

Herbalife Melancarkan Herbalife SKIN di Asia Pasifik

Nutrisi penjagaan kulit berasaskan larutan untuk kulit yang tampak lebih muda dan sihat hanya dalam masa 7 hari*
Herbalife Asia Pacific
2014-05-16 16:00 167

SINGAPURA, 16 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Herbalife, syarikat nutrisi global yang menerajui bidangnya, telah melancarkan rangkaian penjagaan kulit terbaharunya Herbalife SKIN hari ini untuk pasarannya di Asia Pasifik. Herbalife SKIN ialah penambahan baharu dalam rangkaian produk nutrisi luaran Herbalife yang menyeimbangkan bahan, unsur tumbuhan, dan juga sari dengan sains terbukti bagi mencipta hasil harian maksimum untuk kulit cantik, lebih sihat serta tampak muda.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140513/8521402726 )

Nutrisi penjagaan kulit berasaskan larutan dengan Formula dan Rasa teroptimum serta Hasil Pantas

Produk Herbalife SKIN telah dirumus dengan adunan optimum Vitamin B3 dan juga antioksidan Vitamin C dan Vitamin E, serta Aloe Vera bagi mendapatkan kulit yang lebih lembut, licin dan berseri serta menghilangkan garis halus dan kedut. Dicipta bagi memulihkan dan turut menyegarkan semula kulit dengan hasil pantas, Herbalife SKIN telah terbukti secara klinikal dapat menghasilkan keputusan yang jelas kelihatan hanya dalam masa 7 hari*. Rangkaian Herbalife SKIN bebas paraben, bebas sulfat*, dan telah diuji oleh pakar kulit.

10 produk untuk menggilap, menghidrat, dan turut memperbaiki rupa kulit

Rangkaian Herbalife SKIN terdiri daripada 10 produk baharu, termasuk Pembersih Aloe Menenangkan, Pembersih Sitrus Menggilap, Pelembut Herba Memberi Tenaga, Serum Mengurangkan Kedut, Gel Menegangkan Kulit Mata, Krim Penghidrat Mata, Pelembap Seri Harian, Krim Malam Menyegarkan Semula, Penyental Buah Beri Penyeri Serta-Merta serta Pupur Pembersih Tanah Liat Pudina.

Dibuat dengan menggunakan sari buah-buahan, minyak pati, enzim tumbuh-tumbuhan, kamomil, dan juga vitamin antioksidan, Herbalife SKIN boleh digunakan oleh lelaki mahupun perempuan, dan sesuai untuk semua jenis kulit, kecuali dua jenis pembersih: Pembersih Aloe Menenangkan untuk kulit normal hingga kering, serta Pembersih Sitrus Menggilap untuk kulit normal hingga berminyak.

Tiga program penjagaan kulit tersuai khusus untuk memaksimumkan manfaat sepenuhnya

Herbalife SKIN menawarkan tiga program penjagaan kulit bagi menangani kerisauan penjagaan kulit tertentu dan turut memberikan hasil yang tersuai khusus.

  • Program Asas termasuklah Pembersih Aloe Menenangkan atau Pembersih Sitrus Menggilap, Pelembut Herba Memberi Tenaga, Pelembap Seri Harian serta Krim Malam Menyegarkan Semula
  • Program Lanjutan termasuklah Program Asas dengan penambahan Serum Mengurangkan Kedut, Gel Menegangkan Kulit Mata, dan juga Krim Penghidrat Mata
  • Program Unggul termasuklah Program Lanjutan dengan penambahan Pupur Pembersih Tanah Liat Pudina, dan Penyental Buah Beri Penyeri Serta-Merta

Rangkaian Herbalife SKIN boleh didapati dalam pasaran terpilih merentasi Asia Pasifik mulai pertengahan bulan Jun 2014, dan akan dikeluarkan dalam beberapa peringkat secara besar-besaran dalam pasaran lain menjelang tahun 2015.

* Keputusan Dalam Masa 7 Hari hanya benar untuk Serum Mengurangkan Kedut, Krim Malam Menyegarkan Semula, Pelembap Seri Harian, Krim Penghidrat Mata, Pembersih Sitrus Menggilap & Pupur Pembersih Tanah Liat Pudina.

** Merujuk kepada Pembersih Sitrus Menggilap, Pembersih Aloe Menenangkan serta Penyental Buah Beri Penyeri Serta-Merta.

Latar belakang Herbalife Ltd.

Herbalife Ltd. (NYSE: HLF) ialah syarikat nutrisi global yang menjual produk pengurusan berat badan, nutrisi dan juga penjagaan peribadi yang bertujuan untuk menyokong gaya hidup sihat. Produk Herbalife® dijual di lebih 90 negara kepada dan melalui rangkaian pengedar bebas. Syarikat itu menyokong Yayasan Keluarga Herbalife dan program Casa Herbalife mereka bagi membantu membawakan nutrisi baik kepada kanak-kanak. Laman web Herbalife mengandungi maklumat kewangan serta maklumat lain di www.herbalife.com.

Daliea Mohamad-Liauw
Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Herbalife Asia Pasifik
+852-3589-2643
dalieal@herbalife.com

Source: Herbalife Asia Pacific
Related Stocks:
NYSE:HLF
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics New products/services