omniture

Oxford Royale Academy: Remaja dari 90 Negara Bersedia untuk Pengalaman Musim Panas Global

Oxford Royale Academy
2014-05-19 16:00 87

OXFORD, England, 19 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Pelajar remaja dari 90 negara sedang bersiap sedia untuk mengikuti kursus pendidikan musim panas yang tidak akan dilupakan di Oxford Royale Academy (ORA), yang akan bermula pada Julai ini. Ditubuhkan pada tahun 2005, ORA menawarkan beberapa kursus akademik berkaliber tinggi kepada para pelajar yang berusia antara 13 hingga 18 tahun, dengan program yang terdiri daripada aktiviti kokurikulum dan juga rombongan bagi melengkapkan pembelajaran bilik darjah superlatif.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140519/686991-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140519/686991-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140519/686991-c )

Persekitaran akademik bagi mereka yang mengikuti kursus ORA adalah yang terbaik. Dengan 45 pilihan pengajian yang disediakan, para pelajar akan menerima pengajian bertaraf dunia daripada fakulti ORA, dengan 70 peratus daripada mereka mempunyai kelulusan daripada Oxford atau Cambridge. Penginapan turut disediakan untuk kesemua pelajar dalam persekitaran ilmiah kolej bersejarah Universiti Oxford.

Memandangkan pelajar pintar dari seluruh dunia membanjiri ORA, kepelbagaian pendapat yang disuarakan dalam perbincangan di bilik darjah tiada bandingannya – begitu juga persahabatan global yang terjalin melalui pengalaman pendidikan yang tersendiri ini. Para pelajar dari tahun-tahun sebelumnya telah mewujudkan rangkaian persahabatan yang berkekalan menjangkaui keluasan dunia, dari Carolina Selatan hinggalah ke Sydney. Dengan begitu ramai remaja berbakat yang tidak sabar-sabar untuk menikmati pelbagai peluang hebat ini, di bandar yang terkenal dengan kecemerlangan akademiknya, tidak menghairankan persaingan untuk mendapatkan tempat di situ adalah sengit.

ORA amat komited dalam memastikan kesemua pelajar yang berbakat akan mendapat peluang untuk meraih manfaat daripada kursus yang ditawarkan, menggalakkan mereka yang kurang berkemampuan untuk memohon bantuan kewangan bagi menampung sehingga 100 peratus yuran pengajian mereka. Setelah berjaya melalui proses pemilihan yang kompetitif dan ketat daripada segi akademik, para penerima biasiswa tahun ini terdiri daripada mereka yang datang dari lokasi yang jauh seperti Indonesia, Kanada serta Pakistan.

Reputasi kecemerlangan ORA telah diiktiraf menerusi penerimaan pelbagai anugerah termasuk anugerah Produk Pendidikan Terbaik selama empat kali berturut-turut di Anugerah Pelancongan Belia BETA dan juga Anugerah Queen untuk Syarikat, yang mengiktiraf peningkatan kemasukan pelajar yang menyertai ORA. ORA turut mendapat pengiktirafan daripada British Council dan British Accreditation Council, mencerminkan dedikasinya terhadap kecemerlangan akademik dan bimbingan serta nasihat kelas pertama.

ORA telah memperlihatkan lagi komitmennya terhadap pendidikan dengan menyiarkan rencana pendidikan harian secara percuma. Rencana tersebut menyediakan nasihat ilmiah untuk para pelajar dan turut meliputi pelbagai topik akademik seperti peribahasa Inggeris, etika dalam perubatan serta keberkesanan tribunal dalam sistem keadilan Inggeris.

Permohonan untuk mengikuti Kursus Musim Panas 2014 anjuran Oxford Royale Academy masih diterima secara dalam talian di http://www.oxford-royale.co.uk/apply.

Butiran lengkap di http://www.oxford-royale.co.uk

Hubungi:
Thomas Whale
twhale@oxford-royale.co.uk
+44(0)8451306021

Sumber: Oxford Royale Academy

Source: Oxford Royale Academy
Keywords: Education Higher Education Children-related news