omniture

Keystone Heart Raih $14 Juta menerusi Pembiayaan Siri B bagi Peranti Perlindungan Serebrum

Keystone Heart
2014-05-19 18:35 152

CAESAREA, Israel, 19 Mei 2014 /PRNewswire/ --

Semua hasil yang diperoleh akan disalurkan kepada kajian klinikal rawak dan pengkomersilan selanjutnya.

Keystone Heart akan mengadakan pameran dan turut membuat pembentangan di EuroPCR, minggu hadapan di Paris.

Keystone Heart, syarikat peranti perubatan dan pencipta Peranti Perlindungan Serebrum TriGuard™ dengan penandaan CE, telah berjaya meraih sebanyak $14 juta melalui pembiayaan siri B yang diterajui oleh OrbiMed. OrbiMed merupakan firma pelaburan yang menerajui dengan pengkhususan eksklusif terhadap sektor penjagaan kesihatan, menguruskan pelaburan syarikat awam dan swasta yang berjumlah hampir $11 bilion.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130522/614227 )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140515/686822 )

TriGuard™ oleh Keystone Heart ialah satu-satunya peranti perlindungan serebrum yang direka khas bagi memberi perlindungan sepenuhnya kepada semua permulaan arkus aorta. Dengan melindungi keseluruhan bahagian otak, Peranti Perlindungan Serebrum TriGuard™ ini dihasilkan untuk mengurangkan risiko kerosakan serebrum ketika menjalankan prosedur TAVR (Penggantian Saluran Aorta Transkateter) dan prosedur kardiovaskular yang lain.

Pusingan pembiayaan kali ini akan dikhususkan untuk menjalankan ujian klinikal secara rawak, berbilang pusat Eropah ketika prosedur TAVR dan juga kajian IDE FDA yang telah dirancang. Kajian ini akan membantu membuat penilaian selanjutnya terhadap kecekapan dan prestasi TriGuard™ serta dijangkakan dapat menghasilkan data klinikal tambahan bagi menyokong pengkomersilan TriGuard™ pada peringkat global. Keystone Heart merancang untuk menjalankan beberapa kajian tambahan bagi memanfaatkan penghasilan produk TriGuard™ yang masih dibangunkan menerusi TAVR dan indikasi kardiovaskular lain.

En. Hank Hauser, mantan Naib Presiden Hal Ehwal Klinikal di Vessix Vascular telah menyertai Keystone Heart baru-baru ini sebagai Naib Presiden Operasi Klinikal bagi menyokong aktiviti klinikal yang terus berkembang ini.

Data klinikal DEFLECT I telah dibentangkan di PCR 2013 dan telah menunjukkan penurunan yang signifikan terhadap jumlah lesi otak baharu sebanyak lebih 60 peratus ketika prosedur TAVR dijalankan dengan perlindungan menggunakan TriGuard™, berbanding data sebelumnya berkenaan dengan prosedur TAVR tanpa perlindungan. DEFLECT III, ujian klinikal rawak berbilang pusat yang telah dijalankan di hampir 12 pusat di seluruh Eropah dan Israel, kini merekrut pesakit yang sedang menjalani prosedur TAVR bagi menilai kesan kritikal yang terhasil dengan lebih lanjut.

"Ketika menjalankan prosedur TAVR, kita seharusnya menyediakan perlindungan serebrum emboli bagi melindungi otak daripada sebarang kecederaan. Saya amat yakin TriGuard™ dapat membawa perubahan ini," kata Prof. Joachim Schofer, Ketua Universitāres Herzzentrum di Hamburg, Jerman iaitu salah seorang penyelidik utama yang terlibat dalam kajian ini.

Keystone Heart akan mengadakan pameran di EuroPCR 2014 pada minggu hadapan di Paris dan akan mengkaji semula beberapa aktiviti utama dalam pembentangan klinikal di Kongres Kardiologi Eropah yang menerajui bidangnya ini.

Peranti Perlindungan Serebrum TriGuard™ belum lagi dipasarkan secara komersil di AS.

Latar Belakang Keystone Heart
Keystone Heart Ltd. merupakan syarikat peranti perubatan yang membangunkan dan turut menghasilkan peranti perlindungan serebrum bagi mengurangkan risiko penyakit strok, kemerosotan neurokognitif dan juga demensia yang berpunca daripada emboli otak melalui prosedur kardiovaskular.

Syarikat tersebut memberi tumpuan terhadap usaha melindungi otak daripada emboli agar dapat mengurangkan risiko infark otak ketika menjalani prosedur TAVR, penggantian injap pembedahan, ablasi fibrilasi atrium dan juga prosedur kardiovaskular yang lain. Produk TriGuard™ baharu yang masih dibangunkan ini direka khas bagi membantu pakar kardiologi intervensi, pakar elektrofisiologi serta pakar bedah jantung untuk melindungi otak ketika menjalankan prosedur tersebut.

Dengan beribu pejabat di Israel, Keystone Heart berusaha untuk meningkatkan tahap penjagaan pesakit menerusi teknologi inovatif serta penyelidikan klinikal. Bahagian pengurusan Syarikat ini mempunyai pengalaman luas dalam bidang kardiologi intervensi dan juga peralatan perubatan.

Hubungi: 
En. Shuki Porath, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif
info@keystoneheart.com
Tel: +972-4-615-8000
http://www.keystoneheart.com

Sumber: Keystone Heart

Source: Keystone Heart
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Financing agreements Trade show news