REDWOOD CITY, California, 19 Mei 2014 /PRNewswire/ -- Coherus BioSciences, Inc. ("Coherus"), syarikat platform produk perubatan biologi yang menerajui bidangnya, dengan bertumpu terhadap produk perubatan ikutan biologi, hari ini mengumumkan kemuktamadan pusingan pelaburan Terpilih Siri C yang mengumpul $55 juta. Pelabur baharu KKR & Co. L.P. ("KKR"), Venrock, RA Capital Management, Rock Springs Capital serta Fidelity Biosciences menyertai pelabur sedia ada Sofinnova Ventures, Lilly Ventures dan juga Vivo Capital dalam urus niaga itu.
"Kami sangat gembira kerana dapat meraih keyakinan dan juga mendapat bantuan kewangan daripada kumpulan pelabur penjagaan kesihatan yang begitu luar biasa," kata Denny Lanfear, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Coherus. "Sejak penubuhannya empat tahun lalu, Coherus telah mencapai kemajuan cemerlang bagi matlamatnya untuk menggerakkan produk perubatan ikutan biologi ke dalam peringkat percubaan Fasa 3 dan seterusnya ke dalam pasaran. Sumber modal yang disediakan oleh para pelabur kami akan membenarkan kami melaksanakan pelan pembangunan kami, mengoptimumkan strategi perkongsian kami dan turut menyampaikan kaedah terapeutik penting kepada para pesakit dengan lebih pantas."
Sebagai sebahagian daripada urus niaga itu, Ali Satvat, Pengarah pasukan pelaburan penjagaan kesihatan KKR, akan menyertai Lembaga Pengarah Coherus. "Kami teruja dapat menyokong Denny serta pasukan beliau yang berpengalaman dalam inisiatif pertumbuhan mereka bagi mengubah pasaran produk perubatan biologi," kata En. Satvat. "Kami percaya platform Coherus berada pada kedudukan yang sesuai untuk berjaya memandangkan proses perancangan produknya serta kemampuan saintifik dan teknikalnya yang mantap."
Sejak penubuhannya, Coherus telah mengumpul lebih $220 juta daripada ekuiti dan fi pelesenan tidak boleh cair serta pencapaian syarikat.
Latar belakang Coherus BioSciences, Inc.
Coherus ialah syarikat platform produk perubatan biologi yang menerajui bidangnya, bertumpu terhadap penyediaan kaedah terapeutik produk perubatan ikutan biologi berkualiti tinggi yang akan memperluas capaian pesakit kepada ubat-ubatan yang mampu mengubah hidup di seluruh dunia. Sebagai syarikat yang beribu pejabat di Kawasan Teluk San Francisco dan ditubuhkan oleh sekumpulan perintis bioteknologi yang telah membantu membina industri bioterapeutik generasi pertama Amerika, Coherus telah membangunkan model perniagaan kolaboratif yang memanfaatkan konsortium strategik yang terdiri daripada penyedia perkhidmatan yang dijajarkan melalui insentif kongsian dan pemilikan. Perkongsian pengkomersilan global Coherus termasuklah syarikat biofarmaseutikal peringkat tinggi di Eropah, Asia serta Amerika Latin.
Produk perubatan ikutan biologi bertujuan untuk digunakan bagi menggantikan produk perubatan biologi berjenama sedia ada untuk merawat pelbagai penyakit yang kronik dan selalunya membawa maut, dengan potensi untuk mengurangkan kos dan turut memperluas capaian pesakit. Bagi maklumat tambahan, sila lawati www.coherus.com.
Hubungi – Beth Jimison – bjimison@coherus.com +1-650-649-3526
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120507/SF01448LOGO