omniture

Sorotan Baharu Pameran Canton ke-134: Pengoptimuman dan Pelarasan Bahagian Pameran

Canton Fair
2023-07-24 08:20 53

GUANGZHOU, China, 24 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China ke-134 ("Pameran Canton" atau "Pameran") dijadualkan untuk diadakan baik di lapangan mahupun secara dalam talian menerusi format tergabung pada 15 Oktober, menampilkan sorotan dan ciri baharu dengan bahagian pameran dioptimumkan yang disesuaikan dengan trend pasaran global dan permintaan untuk menawarkan perkhidmatan kepada pengunjung global dengan lebih baik.


Pameran di lapangan, yang akan diadakan secara 3 fasa di Kompleks Pameran Canton di Guangzhou, akan menyelaraskan penjadualan beberapa bahagian pameran.

  • Bahan Binaan dan Hiasan, Peralatan Sanitari dan Bilik Mandi akan dibawakan dalam Fasa 2 (23-27 Okt);
  • Mainan, Produk Kanak-kanak, Bayi dan Ibu Bersalin, Produk & Makanan Haiwan Peliharaan, Produk Penjagaan Diri dan Kelengkapan Dandanan Diri akan dihoskan dalam Fasa 3 (31 Okt-4 Nov).

Pameran tersebut akan turut mengoptimumkan persediaan beberapa kategori pameran:

  • Produk Kimia dalam Fasa 1 (15-19 Okt) akan dinamakan semula sebagai Bahan Baharu dan Produk Kimia. Kenderaan Terhubung Tenaga Baharu dan Pintar akan dinamakan semula sebagai Kenderaan Tenaga Baharu dan Mobiliti Pintar;
  • Jentera Pembinaan dan Pertanian akan dibahagikan kepada dua kategori: Jentera Pembinaan dan Jentera Pertanian

Di samping itu, Pameran Canton ke-134 akan menyokong pembeli global berhubung permohonan visa Cina dengan cara yang tepat pada masanya dan lancar, serta mempermudah proses pendaftaran di lapangan bagi meningkatkan kecekapan menghadiri pameran. Laman sesawang rasminya akan membuka permohonan prapendaftaran dan undangan dalam masa terdekat.

Bagi menyokong pembeli global untuk menghadiri pameran di lapangan Pameran Canton dengan cekap, laman web rasmi Pameran Canton menawarkan perkhidmatan termasuk permohonan untuk surat jemputan, prapendaftaran, pengurusan maklumat peribadi dan syarikat, jemputan rakan-rakan, perkhidmatan interpretasi, perkhidmatan perniagaan dan perdagangan, berserta pertanyaan mengenai pempamer dan produk serta menyiarkan permintaan penyumberan.

Pembeli yang menghadiri Pameran Canton buat julung kalinya boleh melengkapkan prapendaftaran di laman web untuk memohon surat undangan. Selepas prapendaftaran diluluskan, pembeli boleh mengemukakan resit pemulangan dan ID yang sah di pejabat pendaftaran Pameran Canton, pejabat Pameran Canton Hong Kong atau hotel-hotel yang ditetapkan di Guangzhou untuk mengumpul lencana kemasukan secara percuma dan menikmati pengalaman menghadiri tanpa bimbang. Pembeli yang menghadiri Pameran Canton sebelum ini boleh memohon surat undangan terus selepas melog masuk ke laman web rasmi.

Untuk maklumat lanjut tentang prapendaftaran dan Pameran, sila kunjungi https://invitation.cantonfair.org.cn/BuyerUser/RegisterUser?MediaType=16 atau hubungi caiyiyi@cantonfair.org.cn.

Source: Canton Fair
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Chemical Construction/Building Household Products Household/Consumer/Cosmetics Machinery Mining/Metals Oil/Energy Retail Utilities Bankruptcy Trade show news Future Events