Badan pemikir global DQ Institute melancarkan Piawaian Pelaporan dan Penilaian Digital-ESG, yang bertujuan untuk menangani risiko berkaitan digital sambil memupuk pendekatan "teknologi berpusatkan manusia" dalam era AI ini
SINGAPURA, 24 Julai 2023 /PRNewswire/ -- DQ Institute, sebuah organisasi global terkenal yang berdedikasi untuk menetapkan piawaian global bagi kecerdasan digital, dengan bangganya mengumumkan pelancaran Piawaian Pelaporan dan Penilaian Digital-ESG dengan kerjasama Taejae Future Consensus Institute, sebuah badan pemikir terkemuka di Korea. Forum "Digital Age, A Pathway to Sustainability" telah diadakan di The Korean Foundation of Advanced Studies pada 13 Julai yang lalu, dengan penyertaan Ban Ki-moon, Setiausaha Agung PBB ke-8, Irina Bokova, bekas Ketua Pengarah UNESCO, Kim Yong-Hak, bekas Presiden Yonsei University dan Dr. Yuhyun Park, pengasas DQ Institute.
Sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kewujudan ancaman yang ditimbulkan oleh AI, DQ Institute berhasrat untuk memastikan pengurangan risiko AI dan risiko berkaitan digital yang lain, termasuk isu keselamatan dalam talian bagi kanak-kanak, berita palsu, serangan siber, manipulasi dan pencerobohan privasi sambil menangani isu persekitaran, sosial dan tadbir urus. Oleh itu, pengenalan kepada Piawaian Pelaporan dan Penilaian Digital-ESG menandakan satu peristiwa penting dalam menetapkan agenda global baharu. Garis panduan ini menyediakan senarai semak dan rangka kerja yang komprehensif untuk syarikat atau komuniti pelaburan bagi menangani risiko berkaitan digital sambil memupuk "teknologi berpusatkan manusia" dalam era AI ini.
Kemajuan pesat dan pelaksanaan meluas AI, data raya, analisis dan teknologi baru muncul yang lain telah mencetuskan transformasi digital yang besar terhadap syarikat merentasi semua industri. Bagaimanapun, transformasi ini juga telah menimbulkan pelbagai risiko berkaitan digital. Walaupun Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan rangka kerja ESG sedia ada tertumpu terutamanya pada isu berkaitan iklim, namun kebimbangan berkaitan digital belum ditangani dengan sewajarnya. Kelemahan ini telah membenarkan perniagaan dengan potensi atau kesan negatif sedia ada terhadap persekitaran digital dapat mengelak daripada menunaikan tanggungjawab ESG mereka, tanpa menghadapi risiko yang ketara terhadap portfolio pelaburan atau reputasi mereka. Dengan memasukkan Digital-ESG ke dalam strategi kelestarian, keseimbangan boleh dicapai antara memanfaatkan potensi teknologi dengan melindungi rakyat, planet digital dan fizikal serta masyarakat global.
Encik Ban Ki-moon, Setiausaha Agung PBB ke-8 mengulas: "Sektor swasta memainkan peranan penting dalam mencapai kelestarian dan perlu bertanggungjawab dari perspektif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Komponen digital perlu dimasukkan ke dalam ESG sambil kita cuba mengemas kini matlamat kelestarian kita, ketika perlumbaan global untuk penguasaan AI menjadi semakin rancak. Kita perlu mengembangkan rangka kerja ESG tradisional untuk merangkumi pelbagai aspek aktiviti digital syarikat seperti keterangkuman digital, kemahiran digital, keselamatan dan jaminan digital, hak digital serta banyak lagi."
Menyedari akan cabaran ini, DQ Institute menekankan keperluan mendesak untuk menangani isu kritikal seperti inisiatif teknologi berpaksikan manusia, peningkatan isu alam sekitar melalui ekonomi silang, pembangunan modal insan digital, keterangkuman digital, keselamatan & kesejahteraan digital pihak berkepentingan, keselamatan data & kebolehpercayaan sistem, hak & etika digital, serta komunikasi digital & penglibatan pihak berkepentingan.
Dr.Yuhyun Park, pengasas DQ Institute meluahkan keterujaannya dengan menyatakan, "Kami amat berbangga dalam memperkenalkan Piawaian Pelaporan dan Penilaian Digital-ESG baharu kami di sebuah acara yang penting dengan penyertaan tetamu-tetamu terhormat. Matlamat kami adalah untuk menyediakan alat dan panduan praktikal kepada pemimpin industri yang akan membantu setiap syarikat yANG berusaha untuk mengguna pakai AI dan teknologi digital. Digital-ESG memperkasa syarikat untuk memacu kemajuan teknologi mereka dengan ketelusan, akauntabiliti dan piawaian etika. Dengan adanya Digital-ESG, syarikat-syarikat boleh memaksimumkan pemerkasaan dan sumber sambil meminimumkan bahaya dan kawalan mereka."
DQ Institute juga telah membangunkan TDFD (Taskforce on Digital-related Financial Disclosure), sebuah inisiatif yang terdiri daripada organisasi serta ahli individu dari semua sektor, akademia, institusi kewangan, syarikat dan agensi awam untuk menyokong organisasi dengan penerimagunaan, penyepaduan dan pelaporan tentang matlamat Digital-ESG yang melangkaui strategi pengurusan risiko dan menyediakan asas bagi model, operasi dan pengurusan syarikat yang didorong tujuan yang membolehkan syarikat melakukan sumbangan positif kepada masyarakat sambil memaksimumkan keuntungan mereka melalui aktiviti digital mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang TDFD (Taskforce on Digital-related Financial Disclosure) dan Piawaian Pelaporan dan Penilaian Digital-ESG, sila layari https://tdfd-global.org/
DQ Institute
DQ Institute (DQI) ialah sebuah badan pemikir antarabangsa yang berdedikasi untuk menetapkan piawaian global bagi kecerdasan digital serta untuk memastikan keselamatan, pemerkasaan dan kesejahteraan individu, organisasi dan negara dalam era digital. Rangka kerja DQ miliknya telah diiktiraf sebagai piawaian global untuk celik digital, kemahiran dan kesediaan (IEEE 3527.1TM). DQI beroperasi sebagai sebuah organisasi 501(c)(3) di Amerika Syarikat dan sebagai sebuah organisasi bukan untung di Singapura.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.dqinstitute.org/.
Hubungan:
Eris Seah,
eris@dqinstitute.org
+65 9818 7704
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2159742/DQ_Institute_1.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2159743/DQ_Institute_2.jpg?p=medium600