GUANGZHOU, China, 24 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pada 11 Julai, Pameran Hiasan Bangunan Antarabangsa (Guangzhou) China kali ke-25, yang turut dikenali sebagai Pameran CBD (Guangzhou), berserta Pameran Barang-barang Mandian dan Sanitari Antarabangsa Guangzhou pertama, melabuhkan tirai dengan jayanya di Guangzhou.
Pameran CBD (Guangzhou), diadakan di Kompleks Pameran Canton mulai 8 hingga 11 Julai, meliputi kawasan keseluruhan seluas kira-kira 400,000 meter persegi, satu peningkatan hampir 100,000 meter persegi berbanding dengan tahun 2022. Dengan penyertaan daripada hampir 2,000 syarikat, acara berkenaan menganjurkan sekitar 100 persidangan dan forum termaju, termasuk lima pameran reka bentuk khas dan hampir 30 forum persidangan reka bentuk. Selama empat hari, pameran berkenaan menarik minat sejumlah 255,078 pengunjung profesional yang berkualiti tinggi.
Pada tahun ini, Pameran CBD (Guangzhou), mempamerkan lima kawasan bertema utama yang meliputi penyesuaian, sistem, kecerdasan, reka bentuk dan bahan. Sebagai tindak balas kepada trend penyesuaian seluruh rumah yang semakin berkembang, Pameran Barang-barang Mandian dan Sanitari Antarabangsa Guangzhou pertama telahpun diadakan secara serentak. Dengan memaparkan pencapaian dan trend yang terkini dalam bidang penyelesaian bilik mandi tersuai, pameran tersebut menonjolkan kepakaran dan inovasi industri ini, memberi pemerkasaan yang tepat untuk perusahaan barang-barang mandian dan sanitari untuk meninjau kedalaman pasaran hiasan rumah.
Susun atur pameran 5+1 sedemikian memaparkan permulaan sebuah era baharu dalam penyesuaian seluruh rumah, yang telahpun muncul sebagai kuasa yang menonjol dalam industri hiasan rumah. Trend ini bukan sahaja mendorong pertumbuhan permintaan pasaran, tetapi turut memacu industri ini ke arah laluan pembangunan yang berkualiti tinggi.
Pameran CBD (Guangzhou) turut memainkan peranan penting dalam memperkasa industri ini, seterusnya menunjukkan kedudukannya sebagai platform penting untuk memperkenalkan buat julung kalinya produk, reka bentuk, bahan, teknologi, strategi dan inovasi perindustrian baharu. Ia turut berfungsi sebagai hab untuk meninjau peluang perniagaan dan kerjasama sekali gus memupuk pertumbuhan ekosistem reka bentuk. Ia memfokuskan pada topik-topik mendesak seperti hala tuju pembangunan yang baharu dalam industri hiasan rumah dan trend baru muncul dalam pembangunan kitaran rantaian industri ini. Dengan berbuat demikian, ia membawakan peluang baharu untuk pembangunan yang berkualiti tinggi dan juga penaiktarafan pintar.
Acara berkenaan menunjukkan secara komprehensif pemulihan kukuh industri hiasan rumah, mengumpul peluang pasaran dengan berkesan, meningkatkan keyakinan pasaran dan memacu penggunaan pasaran. Tambahan pula, ia mencapai kemajuan yang besar ke arah menggalakkan inovasi, penyelarasan dan memupuk pertumbuhan yang berkualiti tinggi dalam industri ini.