omniture

Modul Pengatur DC/DC Output Boleh Ubah Amat Bersepadu yang Jimat Ruang Papan Tersedia Secara Eksklusif daripada RS Components

Menyediakan kelebihan masa untuk dipasarkan, modul kuasa langkah turun yang berkecekapan tinggi dan boleh diprogramkan menjimatkan ruang berbanding penyelesaian diskret
RS Components
2014-05-20 11:00 183

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Mei 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE: ECM), pengedar produk penyelenggaraan dan barangan elektronik dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia, telah mengumumkan ketersediaan eksklusif siri baharu litar bersepadu (IC) modul pengatur langkah turun boleh ubah peletakan-PCB yang inovatif daripada Wurth Elektronik. Modul MagI3C-VDRM yang memenangi anugerah ini terdiri daripada bekalan kuasa DC/DC ragam arus disepadukan sepenuhnya dengan gangguan EMI rendah yang turut merangkumi pentas kuasa pensuisan, komponen pasif serta litar kawalan dalam pakej tunggal berprofil rendah serta bergaris luar kecil. Ciri tersebut dapat menjimatkan masa reka bentuk bagi para jurutera dan turut mengurangkan masa untuk dipasarkan.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg)

Dengan menyediakan voltan output dikawal secara tepat dan kecekapan tinggi, siri ini menawarkan julat voltan input yang besar, daripada 6 hingga 42V DC, voltan output daripada 0.8 hingga 24V, serta arus output maksimum daripada 1 hingga 5A. Siri ini turut mempunyai litar pampasan terbina dalam dan fungsi permulaan lembut untuk hidup kuasa yang lancar serta selamat. Melalui voltan yang stabil dan riak rendah untuk komponen seperti mikropemproses, DSP, FPGA, MCU serta aplikasi antara muka I/O, penggunaan lazim bagi siri MagI3C-VDRM ialah penukaran DC/DC Titik Beban (POL) dalam bekalan kuasa sistem, dan juga dalam aplikasi komunikasi data/telekomunikasi dan pelayan, serta dalam pasaran kelengkapan hiburan, kelengkapan pengukuran dan juga kawalan perindustrian.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140513/8521402713)

Tiga peranti dalam siri MagI3C-VDRM output boleh ubah ini boleh mengawal voltan output 5 hingga 24V dan arus output masing-masing sebanyak 1, 1.5 serta 3A; manakala dua lagi peranti menyediakan voltan output 0.8 hingga 6.0V dengan arus output masing-masing sebanyak 2 dan 5A. Di samping permulaan lembut yang boleh diprogramkan, tetapan boleh ubah turut disediakan termasuk voltan output, kekerapan pensuisan, mod bersedia dan juga perlindungan UVLO (sekat masuk bawah voltan) boleh laras. Pengatur itu juga mempunyai litar pada papan bagi melindunginya daripada kerosakan akibat haba dan elektrik, termasuk perlindungan suhu lampau, arus lampau dan juga voltan lampau serta fungsi litar pintas output.

Sesuai untuk kegunaan pematerian menggunakan tangan atau pematerian mesin, IC ini hadir dengan pakej ketumpatan kuasa tinggi perindustrian TO263-7-EP (Pad Terdedah) 7-pin yang inovatif. Pakej ini turut menawarkan pad bumi kuasa (PGND) terdedah tunggal untuk pelepasan haba yang lancar dan prestasi terma yang terbaik dalam rangkaiannya. Di samping itu, induktor terlindung pada peranti tersebut mempunyai ciri gangguan rendah yang mematuhi piawaian Kelas B EN55022, lalu membolehkannya mengurangkan masa yang diperlukan bagi pengujian EMI secara signifikan. Siri ini turut menawarkan julat suhu operasi yang besar antara –40 hingga +125 darjah Celsius (simpang ke ambien) dan turut mematuhi kehendak RoHS dan REACH.

Modul pengatur langkah turun voltan MagI3C-VDRM boleh didapati untuk pembelian secara terus daripada stok RS di seluruh dunia.

Latar Belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar produk penyelenggaraan dan barangan elektronik dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia. Dengan menjalankan operasi di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk menerusi Internet, katalog dan di kaunter perdagangan kepada lebih satu juta pelanggan, dengan penghantaran kira-kira 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami yang diperoleh daripada 2,500 pembekal yang menerajui bidang masing-masing, termasuklah barangan elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan juga pengukuran, komponen elektrik serta komponen mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan beroleh hasil sebanyak GBP 1.24 bilion bagi tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2013.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web di www.rs-components.com.

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Bahagian Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components melalui Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components melalui Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

SUMBER  RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors New products/services