LONDON, 25 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Rezolve AI Limited, inovator AI yang terkemuka di UK, hari ini mengumumkan pengenalan platform AI transformatifnya, 'Brain'. Perkembangan luar biasa ini menjanjikan untuk memangkin era baharu interaksi e-Dagang dan analisis data yang seterusnya meningkatkan reputasi UK dalam arena AI di peringkat global.
Dibangunkan oleh pasukan pakar di Rezolve yang diketuai oleh Dr. Salman Ahmad, 'Brain' ialahsebuah enjin penemuan produk yang membawa pembaharuan kepada interaksi e-Dagang. Dengan memanfaatkan algoritma canggih proprietari, pembelajaran mesin termaju dan pemprosesan bahasa tabii, Brain berkelakuan seperti pembantu jualan yang amat berpengetahuan, dilengkapi dengan maklumat dan pemahaman produk yang tiada tandingannya.
Dengan Brain, para pengguna boleh terlibat dengan tapak e-Dagang melalui perbualan, menyoal pertanyaan terperinci dan menerima jawaban yang mempamerkan pemahaman dan perkaitan produk yang mendalam. Interaksi ini boleh dilakukan dalam mana-mana salah satu daripada 95 bahasa berbeza yang membolehkan interaksi segera tanpa mengira kewarganegaraan dan kedai runcit. Pendekatan kepada penemuan produk dan interaksi pelanggan ini merevolusikan landskap e-Dagang dengan menawarkan tahap perkhidmatan diperibadikan yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Dan Wagner menyatakan, "Brain adalah lebih daripada sekadar sebuah produk; ia adalah pemangkin untuk era baharu kecekapan perniagaan yang memperkasakan organisasi untuk memanfaatkan data dan menyampaikan pengalaman pelanggan yang unggul. Britain sentiasa berada di barisan hadapan dari segi perkembangan dalam pencarian dan dapatan semula, malah dari awal tahun 90-an, saya telah bekerjasama dengan minda terbaik dari Universiti Cambridge dalam membentuk teks berbantukan komputer dan dapatan semula imej. Brain ialah kemuncak kepada kejuruteraan teknikal British yang canggih selama berdekad-dekad dan Brain menerajui dunia dalam Pemprosesan Bahasa Tabii dan Model Bahasa Besar yang direka untuk perdagangan pada masa kini."
Michelle Donelan, Setiausaha Negara untuk Sains, Inovasi dan Teknologi menambah, "Brain daripada Rezolve merupakan satu lagi contoh inovasi AI British yang hebat. AI berpotensi untuk mengubah perkhidmatan awam, mencipta peluang pekerjaan yang lebih baik dan mengembangkan ekonomi kita. Bersama-sama barisan kepemimpinan global kami tentang keselamatan AI, Jabatan Sains, Inovasi dan Teknologi mendorong inovasi di seluruh UK dengan mewujudkan persekitaran untuk syarikat bermula dan berkembang."
Saurabh Chandra, Pengarah Urusan Platinion Boston Consulting Group, perintis AI dan seorang veteran yang pernah berkhidmat dengan Ex Amazon dan Flipkart mengulas, " Tawaran AI perbualan daripada Rezolve – Brain – adalah amat sejajar dengan perubahan trend dalam industri peruncitan dan berpotensi untuk menjadi pembawa perubahan. Ia bukan sahaja meningkatkan pengalaman pengguna dan mendorong pertumbuhan perniagaan, malah ia juga menyampaikan cerapan masa nyata dengan menggunakan Data & AI/ML (pembelajaran mesin) pada skala yang besar. Brain menerajui pembangunan AI berdasarkan pengkomputeran teragih, seni bina data bersekutu, model AI/ML yang berkesan dan antara muka API terbuka yang menyediakan pengalaman pasang & pakai untuk pelanggan B2C & B2B serta ekosistem mereka."
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rezolve dan Brain, sila layari www.rezolve.com dan www.mybrain.zone.
Nota Editor:
Brain direka bentuk untuk perniagaan, pengguna dan institusi akademik bagi memahami dan menganalisis kandungan proprietari mereka sendiri dengan memberi tumpuan kepada katalog produk tetapi tidak terhad kepada itu sahaja. Sebagai contoh, institusi akademik boleh memuat naik disertasi yang kemudiannya boleh dirumus dan dianalisis oleh Brain dengan memberikan pandangan dan pemahaman yang penting.
Fungsi Brain yang boleh disesuaikan ini disepadukan dengan lancar dengan sistem sedia ada merentasi pelbagai industri, sekali gus mempromosikan peralihan yang lancar ke era AI yang inovatif ini. Fungsi Brain boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan khusus, daripada meningkatkan interaksi perkhidmatan pelanggan kepada mengoptimumkan pengurusan pulangan dan meningkatkan sokongan selepas jualan.