![]() |
RESTON, VA., 25 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Internet Society Foundation telah melancarkan sebuah pusingan geran baharu melalui program Daya Tahannya yang bertujuan untuk membantu komuniti meningkatkan kesiapsiagaan dan membina daya tahan Internet apabila berhadapan dengan keadaan buruk. Pembiayaan ini akan menyokong projek-projek yang meningkatkan daya tahan rangkaian dalam komuniti yang terdedah kepada bencana alam semula jadi dan berkaitan iklim dengan memastikan komuniti ini boleh bersedia dan menahan kesan bencana ke atas sambungan Internet.
"Apabila bencana melanda, sambungan Internet menjadi suatu alat yang penting untuk mereka yang memerlukan dan juga mereka yang bertindak balas terhadap kecemasan," kata Sarah Armstrong, Pengarah Eksekutif Internet Society Foundation. "Geran ini akan membantu komuniti untuk mewujudkan semula sambungan Internet apabila diperlukan, malah meningkatkan kesiapsiagaan serta membina keupayaan dan daya tahan bagi menangani kecemasan di masa hadapan."
Contoh jenis projek yang akan disokong oleh Yayasan ini termasuk: menyokong pembangunan rangkaian komuniti, melindungi pusat data dan titik pertukaran Internet (IXP) daripada ancaman alam sekitar, mengukuhkan kabel dan/atau stesen bawah laut serta menyokong penyedia perkhidmatan Internet (ISP) untuk menaik taraf infrastruktur.
Organisasi yang sedang melaksanakan projek di seluruh dunia melalui program geran Daya Tahan kami termasuk: Pusat Sumber Bencana Teknologi Maklumat (AS), Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (India), Help.NGO (AS), Rangkaian Pendidikan Penyelidikan Uganda (RENU) dan Télécoms Sans Frontières (TSF).
Program Daya Tahan ini akan dibuka untuk permohonan antara 20 Julai 2023 hingga 15 September 2023. Geran bernilai USD250,000 hingga USD500,000 akan diberikan untuk projek yang bertahan sehingga 12 bulan.
Maklumat lanjut mengenai geran ini termasuk proses permohonan boleh didapati di: https://www.isocfoundation.org/grant-programme/resiliency-grant-program/.
Tentang Internet Society Foundation
Internet Society Foundation telah ditubuhkan pada tahun 2019 untuk menyokong perbezaan positif yang boleh dilakukan oleh Internet kepada manusia di mana-mana sahaja. Berpandukan visi kami tentang Internet untuk Semua Orang, Yayasan ini memperjuangkan idea dan membolehkan komuniti membuka potensi Internet untuk menangani cabaran dunia yang semakin berkembang. Melalui pelbagai bidang pembiayaan, Yayasan ini memberi geran kepada Cawangan Internet Society serta organisasi bukan untung dan individu yang berdedikasi untuk menyediakan akses bermakna kepada Internet yang terbuka, terhubung di seluruh dunia, selamat dan boleh dipercayai untuk semua orang.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1866485/Internet_Society_Foundation_Logo.jpg?p=medium600