Shutterstock akan membantu mewujudkan mekanisme untuk menangani maklumat yang salah dan menawarkan perincian yang tepat tentang keaslian dan asal-usul kandungan pada skala yang besar
NEW YORK, 25 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), sebuah platform kreatif global terkemuka yang menawarkan kandungan berkualiti tinggi dan penyelesaian aliran kerja kreatif perkhidmatan penuh untuk jenama transformatif, media digital dan syarikat pemasaran, hari ini mengumumkan penyertaannya dalam Inisiatif Ketulenan Kandungan (Content Authenticity Initiative, CAI). Melalui penyertaannya, Shutterstock akan menyokong matlamat CAI untuk menangani kelaziman maklumat yang mengelirukan dalam talian melalui pelaksanaan piawaian teknikal untuk memperakui sumber dan sejarah kandungan media dengan menyepadukan Bukti Kelayakan Kandungan.
Shutterstock berhasrat untuk menyepadukan piawaian Gabungan untuk Asal-usul dan Ketulenan Kandungan (C2PA) yang asas ke dalam keupayaan AI dan pelbagai alatan kreativitinya, termasuk Penjana Imej AI yang dikuasakan DALL·E dan rangkaian aplikasi dikuasakan AI untuk terus melindungi penggunanya dengan maklumat yang boleh disahkan dan tidak boleh diganggu gugat merentasi semua bentuk kandungan. Dengan adanya Bukti Kelayakan Kandungan (Content Credentials), ini akan memastikan setiap aset diperakui dengan metadata yang selamat tentang sejarah penciptaan, pengarang dan pengeditannya. Piawaian sumber terbuka percuma CAI bertujuan untuk memastikan maklumat ini dikekalkan dalam jejak metadata yang merangkumi berbilang alatan, daripada penciptaan aset kepada kesemua pengubahsuaian seterusnya.
"Menyertai CAI dan mengguna pakai piawaian C2PA asas adalah langkah semula jadi dalam usaha berterusan kami untuk melindungi komuniti artis dan pengguna kami dengan menyokong pembangunan sistem dan infrastruktur yang mewujudkan ketelusan yang lebih besar serta membantu pengguna kami mengenal pasti dengan lebih mudah karya seni ciptaan artis berbanding karya seni yang dijana atau diubah suai AI," kata Dr. Alessandra Sala, Pengarah Kanan Kecerdasan Buatan dan Sains Data Shutterstock. "Kami teruja untuk bekerjasama dengan senarai organisasi yang membentuk industri bersama-sama dengan CAI untuk mengambil peluang dan tanggungjawab yang luar biasa ini sambil kami membuat langkah tegas yang dapat melindungi penggunaan dan meningkatkan kebolehtentusahan jenis kandungan baharu ini."
Sejak pelancarannya, CAI diterajui Adobe ini telah bekerjasama dengan pemimpin industri, media dan organisasi teknologi, penggubal dasar, ahli akademik dan lain-lain untuk meningkatkan kepercayaan dan ketelusan dalam kandungan digital. Dengan peningkatan kandungan yang dihasilkan AI, CAI memahami terdapat peluang dan cabaran unik, yang mendorong kepada pembangunan penyelesaian Bukti Kelayakan Kandungannya yang kini boleh digunakan pada pelbagai format, termasuk imej, video dan audio, untuk membantu pengguna membuat keputusan termaklum tentang kandungan yang mereka lihat dalam talian. Ia secara aktif bekerja merentasi komuniti keahliannya untuk memastikan inovasi teknikal dibina berdasarkan asas etika.
"Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan Shutterstock ke CAI, di mana syarikat ini membawa pengalaman yang mendalam dalam kedua-dua perkhidmatan kreatif dan pendekatan beretika terhadap penggunaan AI dalam pelbagai bentuk kesenian," kata Santiago Lyon, Ketua Sokongan dan Pendidikan untuk Inisiatif Ketulenan Kandungan. "Shutterstock menyertai badan piawaian yang semakin berkembang yang mengharapkan sokongan dan sumbangannya sambil kami berusaha untuk mewujudkan kepercayaan yang lebih besar di seluruh ekosistem media digital yang sedang berkembang."
Menyertai CAI dan mengguna pakai piawaian C2PA asas adalah langkah terbaharu daripada beberapa langkah strategik yang telah diambil oleh Shutterstock sebagai salah satu inovator terkemuka yang membawa kemajuan AI yang beretika dan bertanggungjawab kepada industri kreatif. Pada awal bulan ini, Shutterstock mengumumkan tawarannya untuk menyediakan pelanggan Perusahaan dengan pampasan penuh bagi lesen dan penggunaan imej AI generatif pada platformnya. Shutterstock juga baru-baru ini mengumumkan kerjasamanya dengan ITU AI for Good Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyokong pembangunan model, alatan, produk dan penyelesaian AI beretika. Dr. Sala dan Ketua Pegawai Teknologi Shutterstock, Sejal Amin menyampaikan pembentangan ucaptama semasa the AI for Good Summit di Geneva pada awal bulan ini yang terus membincangkan lagi visi syarikat ini untuk keaslian, asal-usul dan ketelusan kandungan.
Di samping itu, Shutterstock melancarkan Dana Penyumbang pertama seumpanya pada Oktober 2022, yang mana setakat ini telah memberi pampasan kepada ratusan ribu artis, dengan jangkaan pembayaran bernilai berjuta-juta lagi, untuk peranan yang dimainkan oleh IP kandungan mereka dalam melatih teknologi generatif Shutterstock serta telah menyediakan artis dengan royalti berterusan yang terikat dengan aktiviti pelesenan untuk aset yang baharu dihasilkan. Sebelum Dana Penyumbang ini ditubuhkan, Shutterstock turut melancarkan The Create Fund yang menyediakan para artis yang dikecualikan pada masa lalu dengan sokongan profesional dan kewangan untuk membantu merapatkan jurang akses, mengisi jurang kandungan serta meningkatkan kepelbagaian dan keterangkuman dalam pustaka kandungannya, rangkaian penyumbang dan merentasi model latihan AI generatif.
Sebagai rakan kongsi yang dipercayai, Shutterstock turut bekerjasama dengan NVIDIA, Meta, OpenAI, LG dan peneraju lain dalam industri teknologi bagi membangunkan alatan dan piawaian AI generatif asas untuk pencipta merentasi sektor 3D, imej dan teks.
Tentang Shutterstock
Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK) ialah rakan kongsi utama bagi jenama transformatif, media digital dan syarikat pemasaran, yang memperkasakan dunia untuk mencipta dengan yakin. Didorong oleh berjuta-juta pencipta di seluruh dunia, sebuah enjin data yang semakin berkembang serta pendekatan yang berani terhadap inovasi produk, Shutterstock merupakan sebuah platform global terkemuka untuk pelesenan daripada koleksi model 3D, video, muzik, gambar, vektor dan ilustrasi berkualiti tinggi yang paling meluas dan pelbagai. Daripada pasaran kandungan terbesar di dunia, kepada berita terkini dan akses senarai editorial hiburan terbaik, serta platform penyuntingan kandungan dan perkhidmatan penerbitan studio yang serba lengkap—yang mana kesemuanya menggunakan teknologi inovatif terkini—Shutterstock menawarkan pilihan sumber yang paling komprehensif untuk menghidupkan suatu penceritaan.
Ketahui lebih lanjut di www.shutterstock.com dan ikuti kami di LinkedIn, Instagram, Twitter, Facebook dan Youtube.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2160706/Shutterstock_CAI.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2147879/4178244/Shutterstock_AI_Logo.jpg?p=medium600