omniture

TDK Ventures melabur dalam platform kepintaran digital Industri 5.0 Infinite Uptime

TDK Ventures
2023-07-26 22:00
  • Infinite Uptime merevolusikan penggunaan perindustrian dengan platform kecerdasan digitalnya yang canggih yang menyediakan diagnostik kerosakan masa nyata dan pemantauan kebolehpercayaan untuk peralatan mekanikal utama pada sebuah platform perisian pintar yang bersepadu
  • Platform ini menggunakan analisis frekuensi getaran yang dipantau oleh penderia yang disepadukan ke dalam jentera penting untuk meramalkan kegagalan
  • TDK Ventures bekerjasama dengan Infinite Uptime untuk mempercepat penerimagunaan teknologi termaju yang menggalakkan automasi, mengurangkan masa henti dan meningkatkan kemampanan sektor pembuatan dan perindustrian lain

SAN JOSE, California, 26 Julai 2023 /PRNewswire/ -- TDK Corporation (TSE: 6762) hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, TDK Ventures Inc. telah melabur dalam Industri 5.0  - yang menjadi fokus syarikat pemula, Infinite Uptime yang memiliki platform kecerdasan digital yang memanfaatkan teknologi penderia seni tercanggih, analisis termaju dan algoritma pembelajaran mesin bagi memantau peralatan mekanikal yang penting dalam penggunaan perindustrian untuk menjangka dan menangani kegagalan dengan segera bagi memastikan masa operasi yang optimum dan prestasi unggul.

Platform Penyelenggaraan Ramalan (Predictive Maintenance, PdM) daripada Infinite Uptime menawarkan dua keupayaan utama dalam satu platform: Diagnostik sebagai Perkhidmatan (DaaS) yang memantau peralatan penting sepanjang 24/7 dan memaklumkan kehadiran sebarang kerosakan, dan Perkhidmatan Kebolehpercayaan Digital (DRS) yang menyediakan tindakan/intervensi preskriptif dan penjimatan masa henti. Dengan menggunakan analisis frekuensi getaran yang dipantau oleh penderia yang disepadukan ke dalam jentera utama, platform ini mengesan kemerosotan dan kegagalan yang akan berlaku. Asas data berasaskan fizik ini mendorong pembuatan keputusan berdasarkan AI yang membolehkan industri menangani masalah yang berpotensi secara proaktif dan mengoptimumkan operasi mereka. Keupayaan ini memainkan peranan yang penting dalam memajukan transformasi Industri 5.0 untuk meningkatkan kecekapan pembuatan, pengeluaran dan industri sambil menggalakkan amalan yang lebih bersih dan lebih lestari melalui pengoptimuman sumber, pengenalpastian/pengurangan risiko serta pengurangan sisa.

Keperluan terhadap penyelesaian pemantauan dan penyelenggaraan yang cekap semakin penting apabila pasaran terus beralih menuju Industri 5.0. Platform Infinite Uptime menangani permintaan ini dengan menyampaikan sistem pemantauan masa nyata yang boleh diskala yang memperkasa syarikat untuk mengautomasi dan mengoptimumkan operasi, yang seterusnya mengurangkan masa henti dan meningkatkan kemampanan keseluruhan.

Platform Penyelenggaraan Ramalan (PdM)Infinite Uptime disepadukan secara lancar dengan infrastruktur perindustrian yang sedia ada, menawarkan sebuah pendekatan yang menyeluruh dan dipacu data untuk meramal dan mencegah kegagalan peralatan. Dengan memanfaatkan Internet Benda (IoT), pengkomputeran awan dan analisis termaju, platform ini memberikan maklumat yang boleh diambil tindakan kepada pembuat keputusan, sekali gus memacu kecemerlangan operasi dan menyokong pertumbuhan perniagaan.

Dr. Raunak Bhinge, Ketua Pegawai Eksekutif Infinite Uptime mengulas, "Misi kami adalah untuk membolehkan industri menerima sepenuhnya potensi Industri 5.0 serta melengkapkan mereka dengan alatan dan maklumat yang diperlukan untuk mempercepat pertumbuhan perniagaan dan meningkatkan kemampanan. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan TDK Ventures yang memiliki kepakaran dan sokongan yang akan mempercepat penerimagunaan platform kecerdasan digital kami pada pelbagai sektor perindustrian."

Nicolas Sauvage, Presiden TDK Ventures menambah, "Infinite Uptime berada di barisan hadapan revolusi Industri 5.0, menangani cabaran penting dalam automasi dan kecekapan perindustrian. Platform kecerdasan digital mereka berpotensi untuk mengubah cara industri beroperasi, sekali gus membuka laluan untuk masa depan yang lebih mampan dan cekap. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Infinite Uptime dan menyokong perjalanan mereka dalam membentuk masa depan penggunaan industri yang lebih lestari."

TDK Ventures melabur di seluruh dunia dalam syarikat pemula peringkat awal yang memanfaatkan sains bahan asas bagi menawarkan masa depan yang menarik dan lestari untuk dunia. Matlamat TDK Ventures adalah untuk membantu setiap syarikat pemula yang mereka melabur di dalamnya untuk mencapai potensi penuh bagi memberi impak dunia yang positif.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang TDK Ventures, syarikat pemula atau rakan kongsi pelaburan yang berminat perlu melayari www.tdk-ventures.com atau menghubungi contact@tdk-ventures.com.

Tentang TDK Corporation 

TDK Corporation ialah peneraju dunia dalam penyelesaian elektronik untuk masyarakat pintar yang berpangkalan di Tokyo, Jepun. Dibina berdasarkan asas penguasaan sains bahan, TDK mengalu-alukan transformasi masyarakat dengan terus kekal menerajui barisan hadapan evolusi teknologi dan dengan sengaja "Menarik Hari Esok." TDK ditubuhkan pada tahun 1935 untuk mengkomersialkan ferit iaitu bahan utama dalam produk elektronik dan magnetik. Portfolio TDK yang komprehensif dan dipacu inovasi menampilkan komponen pasif seperti seramik, elektrolitik aluminium dan kapasitor filem serta peranti perlindungan dan piezo magnetik berfrekuensi tinggi. Spektrum produk juga termasuk penderia dan sistem penderia seperti penderia suhu dan tekanan, magnetik dan MEMS. Selain itu, TDK turut menyediakan bekalan kuasa dan peranti tenaga, kepala magnetik dan banyak lagi. Produk ini dipasarkan di bawah jenama produk TDK, EPCOS, InvenSense, Micronas, Tronics dan TDK-Lambda. TDK memberi tumpuan kepada pasaran yang mendapat permintaan tinggi dalam bidang automotif, industri dan elektronik pengguna serta teknologi maklumat dan komunikasi Syarikat ini mempunyai sebuah rangkaian reka bentuk dan lokasi pembuatan serta pejabat jualan di Asia, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Pada tahun fiskal 2023, TDK mencatatkan jumlah jualan sebanyak USD16.1 bilion dan mempunyai kira-kira 103,000 orang pekerja di seluruh dunia.

Tentang TDK Ventures 

TDK Ventures Inc. melabur dalam syarikat pemula untuk meningkatkan inovasi dalam sains bahan, tenaga/kuasa dan bidang berkaitan yang biasanya kurang diwakili dalam portfolio modal usaha niaga. Ditubuhkan pada tahun 2019 sebagai anak syarikat milik penuh TDK Corporation, visi syarikat usaha niaga korporat ini adalah untuk mempercepat transformasi digital dan tenaga untuk segmen seperti kesihatan dan kesejahteraan, pengangkutan generasi seterusnya, robotik dan perindustrian, realiti gabungan dan pasaran IoT/IIoT yang lebih luas. TDK Ventures akan melabur secara bersama dan menyokong syarikat-syarikat portfolio yang berpotensi dengan menyediakan kepakaran teknikal dan akses kepada pasaran global tempat TDK beroperasi. Syarikat pemula atau rakan kongsi pelaburan yang berminat, boleh menghubungi TDK Ventures: www.tdk-ventures.com atau contact@tdk-ventures.com.

Tentang Infinite Uptime 

Infinite Uptime ialah sebuah syarikat penyelesaian Perkhidmatan Penyelenggaraan Ramalan dan Kebolehpercayaan Loji global. Kami membantu pasukan penyelenggaraan dan pembuatan untuk mencapai tahap tertinggi dalam kebolehpercayaan loji dengan mengurangkan masa henti yang tidak dirancang, mengurangkan risiko operasi dan meningkatkan kecekapan keseluruhan. Kami memanfaatkan teknologi Industri 5.0 dan pendekatan yang mengutamakan digital untuk mencipta strategi penyelenggaraan responsif kepada industri pembuatan global yang pelbagai termasuk sektor Simen, Keluli, Logam & Perlombongan, FMCG, Bahan Kimia, Minyak & Gas, Tenaga, Farmaseutikal, Tayar, Automotif, Pembinaan, Paip dan banyak lagi. Analisis termaju dan diagnostik perindustrian masa nyata kami membantu pemimpin penyelenggaraan loji dan pasukan pemantauan berdasarkan keadaan untuk meramal dengan tepat dan mengelakkan kegagalan mesin pada setiap masa.

Anda boleh memuat turun teks ini dan imej berkaitan daripada www.tdk-ventures.com/TDK-ventures-invests-in-infinite-uptimes-industry-50-digital-intelligence-platform/

Hubungan untuk media serantau 

Jenama

Hubungan


Telefon

E-mel

TDK

Cik S MACKENZIE

Publitek

Portland, Oregon, AS

+1 503 720 3743

sarah.mackenzie@publitek.com

TDK Ventures

Encik R. FINELLI

TDK Ventures

San Jose, California, AS

+1 408 667 5970

raphel.finelli@tdk-ventures.com

 

Source: TDK Ventures
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mining/Metals New products/services