LONDON, 26 Julai 2023 /PRNewswire/ -- BE OPEN Art, sebuah galeri seni dalam talian yang ditubuhkan oleh badan pemikir BE OPEN, iaitu sebuah inisiatif kemanusiaan yang diasaskan oleh ahli perniagaan antarabangsa dan dermawan Elena Baturina, sedang menjalankan sebuah pertandingan baharu bagi seniman yang sedang meningkat naik dengan matlamat untuk menyokong mereka yang memiliki seni terbaik yang mewakili identiti serantau, budaya dan etnik mereka – BE OPEN Regional Art.
Dengan bermulanya tahun 2023, pasukan komuniti pakar BE OPEN mula memilih seniman terbaik dalam mewakili tradisi keseniah wilayah tertentu untuk ditampilkan dalam galeri BE OPEN Art dan menawarkan keterlihatan yang lebih besar kepada mereka.
Peringkat ketiga program ini meliputi negara-negara Asia Tenggara sepanjang bulan Julai – September 2023: Brunei, Kemboja, Timor Timur, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.
Setiap peringkat wilayah berlangsung selama tiga bulan, maka empat peringkat dijalankan setahun di mana seorang pemenang akan dinobatkan untuk setiap peringkat. Hasil karya daripada 20 orang seniman yang sedang meningkat naik ini disiarkan di galeri dalam talian setiap bulan dan undian daripada orang ramai memilih Seniman Serantau Terbaik Bulan Ini. Pada akhir setiap peringkat, salah seorang daripada pemenang bulanan menjadi Seniman Terbaik Wilayah berdasarkan jumlah undian daripada orang ramai dan ahli komuniti BE OPEN art.
Pemenang wilayah mendapat hadiah wang tunai bernilai EUR500, manakala sebuah koleksi karya seni terbaik yang mewakili wilayah membentuk pameran bagi berkongsi seni tersebut dengan orang ramai dan meraikan seniman yang terlibat.
Peringkat pertama BE OPEN Regional Art dikhususkan kepada seni Mediterranean Timur. Sebuah koleksi karya membentuk pameran yang diadakan pada bulan Jun 2023 di Nicosia, Cyprus. Peringkat kedua baru sahaja berakhir untuk seniman dari Caribbean dan pemenangnya akan diumumkan tidak lama lagi.
Tumpuan pertandingan akan beralih ke Afrika Tengah pada akhir tahun ini. Pertandingan serantau ini berlangsung bersama-sama dengan usaha berterusan BE OPEN Art di mana para pakarnya memilih 20 orang seniman baharu pada setiap bulan untuk galeri tersebut dengan menggunakan undian dalam talian bagi menobatkan Seniman Terbaik Bulan Ini dan Seniman Terbaik Tahun Ini.