omniture

Groasis Memperkenalkan Greenboxx yang Diperbuat Daripada Kertas Kitar Semula bagi Melawan Penggurunan

Groasis B.V.
2014-05-21 09:05 181

STEENBERGEN, Belanda, 21 Mei 2014 /PRNewswire/ --

Ciptaan Groasis yang baharu, versi terbiodegradasikan Waterboxx yang terbukti berjaya, ialah jawapan untuk menentang penggurunan. Groasis Greenboxx, yang dibuat daripada kertas kitar semula, ialah kemajuan Waterboxx yang mesra alam. Groasis Greenboxx ini boleh digunakan untuk menanam satu pokok di kawasan gurun tanpa memerlukan pengairan. Ia menjimatkan sehingga 97 peratus air dalam proses penanaman. Selepas setahun, Groasis Greenboxx itu akan mereput dan berfungsi sebagai baja untuk pokok itu.

     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140521/687050 )

Groasis, syarikat mesra alam dan aktif secara sosial dari Belanda, telah memenangi Anugerah Sains Popular untuk "Bahan Baharu Terbaik – Inovasi Terbaik Tahun 2010" dengan Waterboxx itu. Waterboxx diperbuat daripada polipropilena dan boleh digunakan berkali-kali.

Melalui pengumuman akhbar ini, Groasis menjemput orang ramai atau organisasi untuk melanggan di laman web mereka bagi membantu menguji ciptaan revolusioner yang berikut: Groasis Greenboxx. Groasis diilhamkan daripada kaedah pengenalan Google Glass. Melalui model khidmat luar kumpulan, sejumlah besar syarikat dan individu menguji kaca mata Glass itu bagi menambah baik penggunaannya.

Dengan Greenboxx, Groasis merancang untuk menggunakan kaedah yang sama: melalui pemilihan rakan kongsi yang sesuai, Groasis Greenboxx boleh diuji seluruh dunia bagi menambah baik fungsinya.

Pieter Hoff, usahawan sosial dan pengasas Groasis, ialah penulis buku The Treesolution. Dalam buku ini, beliau menguar-uarkan idea untuk menanam semula semua gurun buatan manusia dengan pokok yang menjimatkan dan penting daripada segi ekologi. Dengan cara ini, kita boleh membantu menghasilkan makanan untuk penduduk dunia, memerangi hakisan dan turut membersihkan udara daripada karbon dioksida melalui model perniagaan yang menjana keuntungan. Menurut Pieter Hoff: "Dengan Groasis Greenboxx, kami memperkenalkan alat yang tidak disangka begitu mudah digunakan, untuk memerangi hakisan dengan penanaman semula hutan di gurun buatan manusia tanpa memerlukan pengairan. Saya harap ribuan orang lagi akan melanggan di laman web kami untuk membantu kami menguji dan turut menambah baik Greenboxx bagi mencapai objektif kami untuk memenuhkan semula dunia ini dengan hutan."

Groasis berfungsi aktif dengan jayanya, menanam pokok di lebih 30 negara dengan iklim yang sangat kering dan panas. Pada bulan Julai Groasis akan memperkenalkan alat seterusnya yang bakal memecah kebiasaan agar dapat mencapai objektif penanaman semula hutan seluruh dunia di gurun buatan manusia, yakni pelindung tumbuhan "Growsafe".

Pembentangan video tentang eksperimen Groasis Greenboxx dalam Bahasa Inggeris: http://youtu.be/K1uvqqfbfYQ

Pembentangan video tentang eksperimen Groasis Greenboxx dalam Bahasa Sepanyol: http://youtu.be/E4s4TKoniwk

Bagi maklumat lanjut tentang Teknologi Groasis:

Dua Anugerah Sains Popular: http://www.popsci.com/bown/2010/product/aquapro-holland-groasis-waterboxx dan http://www.popsci.com/bown/2010/awards

Ikuti kami https://www.facebook.com/thegreenmusketeer

Sumber: Groasis B.V.

Source: Groasis B.V.
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology New products/services