WIL, Switzerland, 21 Mei 2014 /PRNewswire/ --
Laporan pasaran diterbitkan oleh Billentis, Mei 2014
Jika dibandingkan dengan proses berasaskan kertas, proses pengurusan invois elektronik lebih cenderung untuk menjimatkan kos sebanyak 50 hingga 80 peratus. Oleh itu, pelaburan dalam pemprosesan invois elektronik boleh mendapat pulangan hasil dalam tempoh 6 bulan.
Terdapat banyak syarikat yang telah pun menggunakan proses elektronik. Pada tahun 2014, kira-kira 40 bilion bil/invois mungkin dihantar dan direkodkan tanpa menggunakan kertas.
Jumlah hutang yang tinggi dalam sektor awam bermakna segmen ini perlu mengautomasikan prosesnya dan seterusnya mengurangkan kos. Potensi pengoptimuman sektor awam di Eropah sahaja mungkin berjumlah sekurang-kurangnya 40 bilion Euro.
Semakin ramai pelanggan menginginkan invois dalam bentuk elektronik daripada para pembekal mereka. Oleh itu, kadar peningkatan yang mampan sebanyak 20 peratus adalah dijangkakan bagi pasaran invois elektronik ini dalam beberapa tahun akan datang.
Disebabkan oleh daya tarikan pasaran ini, beberapa ratus penyedia perkhidmatan dan syarikat perisian menawarkan penyelesaian mereka bagi E-Invois, maka tiada kekurangan tawaran. Sebaliknya, para pengguna kini mula mencari kesemua maklumat yang berkaitan dengan topik ini. Laporan pasaran baharu turut disediakan bagi membantu syarikat yang berhasrat untuk memilih model terbaik bagi syarikat mereka dan turut mencari penyelesaian yang bersesuaian. Penulis ialah penganalisis pasaran antarabangsa iaitu Bruno Koch daripada Billentis.
Laporan tersebut patut menyokong para pengirim serta penerima invois yang mahu beralih daripada proses invois mahal dan berasaskan kertas kepada proses yang bersifat moden dan automatik. Ini termasuklah nombor dan maklumat paling penting berkaitan pasaran tersebut. Di samping fakta tentang perkembangan pasaran dan inisiatif yang relevan (piawaian, undang-undang), pembaca juga dapat memperoleh analisis kualitatif serta pelbagai butiran lanjut tentang beberapa penyelesaian yang ditawarkan.
Laporan tersebut boleh didapati secara percuma:
Maklumat perhubungan media sah sehingga penghujung tahun 2014: pr4 (at) billentis.com, +41-71-911-60-32
Sumber: Billentis