![]() |
LAS VEGAS, 27 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, jenama gaya hidup moden yang didorong oleh tujuan dan salah SATU daripada francais yang paling pesat berkembang di dunia, telah menjual hak francais miliknya kepada seorang pemilik di Argentina yang teruja untuk mengembangkannya dengan pesat dan membawa jenama dinamik ini ke negara Amerika Selatan yang popular.
Pemilik baharu Eugenia Aiello percaya bahawa gabungan COOLTURE ('cool + culture' atau hebat + budaya), jenama, bimbingan perniagaan dan sistem sokongan yang unik akan dapat membawa hartanah ke tahap baharu di Argentina yang merupakan negara kedua terbesar di Amerika Selatan dan kelapan terbesar di dunia. Dengan pengalaman beliau selama lebih 25 tahun dalam hartanah di Argentina serta pengalaman luas dalam pembangunan di luar negara, gabungan Aiello dan Realty ONE Group sudah pun mewujudkan keterujaan dalam industri ini.
"Keluarga, semangat untuk perniagaan, cinta terhadap apa yang kami lakukan - kami berkongsi semua pemacu penting ini dengan Eugenia, sekali gus menjadikan beliau rakan kongsi yang sempurna untuk berkembang di Argentina," kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group. "Argentina mempunyai permintaan yang tinggi untuk COOLTURE baharu dan fasa baharu hartanah yang menarik, dan bersama-sama dengan Eugenia, kami akan menyampaikannya!"
"Ini adalah saat yang sesuai untuk Realty ONE Group mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama terkemuka di Argentina," kata Aiello. "Saya berazam untuk menawarkan perkhidmatan profesional hartanah yang dipertingkatkan, untuk memenuhi minat dan keperluan para pelanggan kami dengan lebih berkesan dan saya pasti kita semua akan mendapat manfaat yang besar daripada COOLTURE (cool + culture) Realty ONE Group yang menarik."
Realty ONE Group baru-baru ini dinobatkan sebagai Francais Global Teratas 2023 oleh Entrepreneur dan turut menduduki tempat No. 1 bagi francaisor hartanah untuk tahun kedua berturut-turut dalam senarai Franchise 500® 2023 Entrepreneur yang sangat kompetitif.
UNBrokerage, seperti yang dikenali dalam industrinya, mempunyai lebih 19,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 49 negeri, Washington DC dan di 16 lagi negara dan wilayah serta semakin berkembang.
Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.
Tentang Realty ONE Group
Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE Group terus menjadi salah satu jenama gaya hidup yang paling pesat berkembang dalam bidang hartanah dengan model perniagaannya yang terbukti, COOLTUREyang dinamik, lokasi yang inovatif serta bimbingan perniagaan, sokongan, teknologi dan rakan kongsi yang unggul. Syarikat ini telah berkembang pesat kepada lebih 19,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah lokasi merentasi 49 buah negeri AS, Washington DC serta 16 buah negara dan wilayah. Realty ONE Group telah dinobatkan sebagai jenama hartanah nombor SATU oleh Entrepreneur Magazine selama dua tahun berturut-turut dan francaisor ini disenaraikan oleh REAL Trends dalam kelompok satu peratus terbaik di negara ini. Realty ONE Group sedang melonjak ke hadapan, membuka pintu bukan hanya untuk pelanggannya tetapi untuk profesional hartanah dan pemilik francais. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600